Growing
Sabtu lepas, aku temankan adik aku ke bank, ada sedikit urusan berkenaan Master dia.
Ya, dia nak sambung Master. Maknanya, dia akan mempunyai kelayakan pendidikan lebih tinggi dari aku.
Aku terfikir, semakin hari adik-adik aku akan jadi semakin hebat dari aku. Aku abang sulung. Dulu, kalau wrestling atau gaduh-gaduh mesti aku menang, main game mesti aku yang terer, kira duit mesti aku punya yang banyak, sebab aku lebih besar dan lebih pandai. Tapi sekarang, aku kena terima hakikat, adik-adik aku dah makin besar. Aku dah tak boleh sentiasa nak lebih hebat dari diorang, tak bolehlah nak berlagak sangat, makin susahlah aku nak jadi role-model :)
Terfikir lagi, agaknya benda sama lah terjadi pada mak bapak. Bila anak-anak dah besar, diorang akan jadi lebih pandai, lebih banyak duit dan sebagainya. Maka mak bapak dah lebih susah nak act as know-how dalam perkara-perkara tersebut.
Kita pulak, kalau dulu sebagai anak kecil, kita look up pada mak bapak kita. Kita rasa mereka ni hebat dan tahu macam-macam benda. Tapi lama-lama, bila kita makin besar, kita makin nampak kelemahan-kelemahan mereka, dan terasa kita lebih bagus dari diorang. Kita jadi kurang respect pada diorang.
Kita kena sedar bahawa tak ada manusia yang perfect, termasuklah mak bapak kita tu. Yang penting, kita percaya diorang dah cuba beri yang terbaik untuk kita, maka hargailah.
Dan kita, cubalah beri yang terbaik pulak untuk orang-orang yang di bawah jagaan kita, sama ada anak-anak, isteri, adik-adik dan sebagainya.
Malam tadi, aku tengok video clip “Less Than Jake - The Rest of My Life”, terselit satu quote dari Alden Nowlan, seorang writer dan poet:
The day the child realizes that all adults are imperfect, he becomes an adolescent;
The day he forgives them, he becomes an adult;
The day the child forgives himself, he becomes wise.
Things That Make Me Happy
Achievements
Previously by scoring exams, nowadays mostly by completing milestones and projects. But glorious achievements are paid with perseverance, sacrifice, and a lot of hard work. It needs motivation as the fuel, which I find lacking these days. May Allah give me strength.
A meaningful day at the office
At the end of the day, I’ll feel glad if I did a lot of meaningful work or gained lots of momentum. I feel happy if I did benefit the company and help people do their job more efficiently.
Praises
Who don’t. As much as I deny it, I do like it when people tell me I’m smart, kind, or even handsome (which I know I’m not). But always take it with caution.
Blogging
A good entry usually lift me up. Especially if it makes people happy, smile, laugh, and most importantly learn. If people replied with comments, then it raise up the happiness level ten notches. Good article are hard to write, and ideas don’t come often. Writing a good one is an accomplishment by itself. Having written it with good style and language is an added value.
Buying good things at cheap price
Call me a cheapskate. I shop at Reject Shop, and I wait until discounted sales. It ensures that while getting what I want, I still have excess money to save or to spend at something else (not that I have much anyway :). Good things with low price are rare, so I usually take a long time to shop, and don’t buy much or often. Buying stuff is a gamble anyway, sometimes you don’t like the stuff anymore after you bought it. Buying them at cheap eliminates the guilt and disappointment.
Good humor
Things that make me smile. Not necessarily need to make me laugh out loud, enough if it makes me go: “Owh, that’s a good one”. I love wordplays and puns. I love “clever” jokes. Even better if the good joke is from me :)
Identify the things that make you happy. Remember the moments.
Long Hiatus
Lama tak update blog. Haha. Takde alasan, just takde mood. Or mood telah diletakkan di tempat lain. Whichever comes first.
Hari ini gaji. Bulan ni dan bulan lepas memang bank account aku mencatatkan point pada paras terendah. Bulan lepas aku banyak beli barang. Bulan ni banyak orang kahwin. Terjejas jugak poket aku sebab kena hantar kawan aku seorang bertunang, dan seorang berkahwin. Hantar je tu no problem, tapi dah jalan jauh tu mesti nak beli-beli barang ke apa kan.
Dalam dua weekend, atas sebab hantar-menghantar orang ni, aku telah menjelajah beberapa negeri dan daerah orang, yang sebenarnya amat jarang aku lakukan. Kalau aku ada mood nanti aku story, upload gambar ke apa. Kalau aku ada mood la. Mungkin jugak takde. Haha.
Semoga Selamat, Encik Hamdi
En. Hamdi, yang aku kenal mulanya melalui ITTutor dan kemudian menjadi “bos angkat” aku di tempat kerja lama, kini berada di ICU kerana kecederaan tengkuk/tulang belakang.
En. Hamdi memang seorang yang sangat baik. Aku anggap dia macam guru, sebab dia banyak mengajar aku tentang software development, khususnya pasal Object Oriented Analysis/Design. Aku pernah pergi ke kelas yang dia ajar, tanpa minta bayaran (kecuali untuk urusan sewa dewan/bilik), dan ternyata, apa yang dia ajar tu memang ilmu yang bermanfaat dan aku gunakan sampai ke hari ni. Dia juga banyak bagi bantuan dan guide orang dalam forum-forum IT dan mailing list.
Minta tolong kawan-kawan doakan supaya dia selamat dan cepat sembuh, insyaAllah.
Jantan Ganteng Dah Datang
Hari Rabu lepas, aku pindah duit 12 ringgit ke akaun pihak ketiga lalu Maybank2U. Aku beli buku Kasut Biru Rubina. Dan seperti yang dijanjikan oleh penulisnya, Sufian Abas, “secara magis, dua, tiga atau empat hari kemudian buku itu akan dihantar oleh seorang jantan ganteng berseragam biru dan bermotor merah”.
Dalam kes aku, dua hari. Aku tak nampak pun jantan tu ganteng atau tak. Receptionist yang sambut. Err, bukan aku peduli pun sebenarnya perihal kegantengannya tu.
Bila dapat je, aku buka dan selak muka surat di tengah-tengah. Tersenyum bila baca:
Kipas berpusing laju, debu-debu di rak buku menari-nari dan jatuh semula. Menari-nari dan jatuh semula. Teh di atas meja sudah sejuk. Keropok dalam piring sudah lembik dan lemau.
Hari ini, macam hari-hari lain, aku tak ingat langsung pada kau.
(Teks asal ada typo, harapnya betul pembetulan aku)
Balik kerja, aku terus baca, dan tamat pukul 9 malam (tidak lupa untuk makan dan solat). Bila baca buku ni, secara jujurnya, aku tak impressed. Sebab aku dah impressed masa first time baca cerpen-cerpen dia dulu, dekat blog dia (yang sekarang dah tutup, dan berpindah). Aku jenis orang yang impressed sekali je, lebih dari cukuplah tu.
Isi kandungan buku ini, kebanyakkannya (semua?) adalah ulangan dari entry-entry dalam blog dia (orang panggil blook?). Tapi tak rugi beli, edisi istimewa pulak tu, harga lebih murah, ada signature, 300 naskhah terhad sahaja, aku yang ke 144. Aku memang lebih suka baca buku dlm bentuk kayu-kayuan mati. Lagipun dah tak dapat baca online lagi (blog dah tutup).
Sufian Abas (aku suspect bukan nama sebenar) memang handal. Pertama kali baca blog dia (yang sudah tutup tu), terus aku subscribe feednya, dan baca setiap entrynya. Dia tu.. otak dia.. perrgh. Alangkah bagusnya kalau aku dapat menulis seperti dia.
Aku bukan suka sangat baca benda sastera ni. Sebenarnya, suka jugak la, tapi aku tak banyak membaca. Sebab tu entry yang aku tulis ni, ada feel macam sastera, tapi not quite there. Kalau kau ulang baca dua tiga kali, rasa macam menyampah pun ada. Tapi sebab tengah mood sastera ni, jadi aku cuba jugak lah.
Pilihan Raya Umum Ke-12
Marilah rakyat Malaysia, marilah turun mengundi esok!
Pastikan anda memangkah kotak yang betul, sama ada anda pilih untuk:
- Petrol turun harga atau naik harga.
- Pendidikan percuma atau membayar pinjaman PTPTN (berserta faedah).
- Ketelusan atau korupsi.
- Keadilan atau kepincangan institusi kehakiman.
- Kebebasan mendapat maklumat atau menadah sogokan media massa.
- Keluhuran perlembagaan atau pemindaan sewenang-wenangnya.
- Kebajikan sendiri atau melihat orang lain memboroi makan duit cukai anda.
- Pemimpin beragama atau yang tahap moralnya diragukan.
- Keharmonian antara kaum atau sifat assabiyah racism melampau.
- Menikmati hasil mahsul negara atau melihat ia jatuh ke tangan negara asing.
- Check-and-balance atau monopoli kuasa.
- Melihat kebenaran atau membenarkan diri anda diperdaya tak sudah-sudah.
Rasa regret pun ada jugak sebab aku tak berapa nak ikut sangat kempen-kempen dan ceramah-ceramah, atas sebab kesibukan kerja dan peribadi (eleh, alasan), tapi insyaAllah, hari mengundi aku akan turun mencurah bakti pada negara.
p.s: Lagu pilihanraya yang kedengaran dicorong radio tu bunyi macam lagu zaman tahun bila la. Adeh, aku dengar pun bukan semangat nak mengundi, tapi semangat nak tengok boria.
Got Tweets On My Blog
Checkidout, I just put up a simple display of my Twitter updates in the sidebar there. I am looking ways to post bits and pieces of small chunk of texts, but I don’t want to make a it a full-blown blog entry. The act is called tumblelogging, but I’ll restrict mine to just texts, no images and other medias, so Twitter would suffice instead of Tumblr. I already have a Twitter account anyway, albeit dormant for quite some time.
So blog entries gonna be at the centerfold, tumblelogs at the sides, for anyone who cares enough to watch :)
Tumblelogs won’t appear in RSS, but you can follow me on Twitter, or subscribe RSS from there.

