Berapa Banyakkah 1 Billion?

Posted by Ikhwan on April 22, 2008

Semalam masa tengok video tentang startup companies, aku terfikir:

Kalau aku ada duit 1 billion ringgit/dollar (ehemm, hidup mesti penuh harapan), berapa banyakkah sebenarnya duit aku tu?

Dulu, aku ingat, kalau 1 juta itu ialah seribu ribu, maka 1 billion adalah sejuta juta, dan 1 trillion adalah sebillion billion. Tak berapa betul sebenarnya, tapi maafkanlah aku, aku budak hingusan lagi masa tu.

Kemudiannya, aku dapat tahu, ada dua definisi untuk 1 billion. Di UK, 1 billion adalah sejuta juta (1,000,000,000,000), tapi di Amerika ia adalah seribu juta (1,000,000,000). Definisi ini pun tak berapa tepat sebenarnya.

Yang lebih tepat, menurut artikel Wikipedia ini, wujudnya dua nilai ini ialah berdasarkan dua jenis numerical system:

  1. Long Scale : Menurut sistem ini, selepas nilai 1 juta, terma seterusnya bermaksud sejuta kali terma sebelumnya. Maknanya, 1 billion ialah 1 juta juta (1,000,000,000,000) dan 1 trillion ialah 1 juta billion (1,000,000,000,000,000,000).
  2. Short Scale : Dalam sistem ini pula, selepas nilai 1 juta, terma seterusnya bermaksud seribu kali terma sebelumnya. Maknanya, 1 billion ialah 1 ribu juta (1,000,000,000) dan 1 trillion ialah 1 ribu billion (1,000,000,000,000).

    Nilai yang kurang dari 1 juta adalah sama maknanya dalam kedua-dua sistem.

Jadi, bila kita dengar orang sebut 1 billion, apa sebenarnya yang dimaksudkan? Adakah ia 1,000,000,000,000 atau 1,000,000,000?

Amerika telah menggunakan sistem Short Scale dari awal lagi. UK (dan agaknya juga negara-negara bekas tanah jajahannya) pada awalnya menggunakan sistem Long Scale. Tapi pada tahun 1974, mereka telah mempiawaikan penggunaan Short Scale dalam semua media massa dan kegunaan rasmi.

Maka, selamatlah untuk mengandaikan, jika orang sebut 1 billion, maka maksudnya ialah 1 ribu juta (1,000,000,000).

Ok, aku lebih berminat dari segi sosiologi atau penggunaan terma ni dalam masyarakat. Semua yang aku sebut tadi lebih merujuk kepada nilai wang. Macam mana pula dalam lingkungan bidang lain? Sains dan matematik contohnya, apa sebenarnya dimaksudkan dangan nombor 1 billion? Ada yang tahu?

p.s: It bothers me a bit, kenapa kita tak ada perkataan Melayu untuk “billion”. Adakah orang kita hanya mampu berfikir sampai “juta” sahaja?

Update: Oh, rupanya penggunaan berbeza mengikut negara. Rujuk artikel Wikipedia yang sama, Current Usage. (Itulah, lain kali baca sampai habis.) Malaysia, secara rasminya guna yang mana ye?

Esofagus, Trakea, dan Kenikmatan Hidup Bersama Plankton

Posted by Ikhwan on July 26, 2006

Hemmmm, dah lama tak blog. Tak ada mood lately. Ok, sebab tu, maybe hari ini kita boleh tulis satu entry yang agak menyeronokkan. Ya, cerita pasal benda-benda yang seronok dan menarik, seperti esofagus dan sebagainya. Ya, betul tu, mari bercerita pasal esofagus. Alang-alang kita cerita pasal esofagus ni, mari kita bercerita sekali tentang sahabat karibnya, iaitu trakea.

Anda semua tentu pernah terfikir bagaimana makanan boleh masuk dari mulut ke dalam perut kan? Tak pernah?! Jangan tipu, setiap manusia yang hidup di dunia ini tentu akan terfikir tentang perkara ni walaupun cuma sekali seumur hidup. Jawapannya mudah, iaitu melalui esofagus. Ya, esofagus ialah saluran dari mulut ke perut untuk membawa makanan, minuman, dan benda-benda lain yang anda masukkan ke mulut (dan hidung) untuk sampai ke perut.

Bagaimana pula dengan sahabat karib encik esofagus ni tadi, iaitu trakea? Trakea pula ialah saluran yang menyambungkan hidung (dan mulut) ke paru-paru. Ya, oksigen, karbon dioksida, nitrogen, dan gas-gas nadir yang lain dibawa ke peparu melalui trakea. Trakea sangat penting dlm satu proses yang kita semua tak berapa suka nak buat, tetapi terpaksa dilakukan setiap waktu, iaitu proses pernafasan. Bernafas memang kadang-kala boleh jadi agak membosankan. Kalau kita tak perlu bernafas tentu kita dapat hidup di dalam air, bersama ikan-ikan dan plankton.

Makanan (seperti ikan dan plankton, yang telah digoreng) dari mulut yg telah dikunyah akan digerakkan melalui esofagus dengan proses peristalsis. Proses ini melibatkan pengecutan dan pengembangan otot-otot esofagus, yang menolak makanan hingga sampai ke perut. Udara pula ditolak ke paru-paru… eh, bukan trakea yang menolak udara tersebut. Udara disedut dan dipam oleh paru-paru sendiri. Err, sebenarnya oleh diafragma yg terletak antara paru-paru dan perut. Tapi tak apalah, yg penting trakea itu tidak bergerak-gerak. Ia boleh diibaratkan seperti sebatang paip air, yang keras begitu sahaja. Esofagus juga seperti paip, tetapi paip getah yang lembut, dan boleh bergerak-gerak.

Tahukah anda, kalau anda tersedak, itu bukan disebabkan ada orang tersayang sedang menyebut-nyebut nama anda dari satu tempat yang jauh seperti kisah mitos yang selalu kita dengar, tapi sebenarnya disebabkan objek seperti makanan atau minuman yang anda masukkan ke dalam mulut itu cuba meboloskan dirinya ke dalam trakea. Ini adalah perbuatan terlarang. Maka badan secara automatik akan mentersedakkan dirinya, memaksa objek tadi masuk semula ke laluan yang benar dan diredhai, iaitu esofagus. Bayangkan kalau anda tidak tersedak, tentu apple pie (atau kuih lepat pisang, pilih mana anda suka) yang anda cuba masukkan ke dalam perut itu termasuk ke dalam paru-paru. Ini tentu tidak diingini, kerana ia akan membuatkan paru-paru anda berasa.. manis. Perasaan manis bukanlah situasi yang normal bagi paru-paru.

Ya, begitulah dia adik-adik, episod Alam dan Manusia untuk kali ini. Semoga kita semua dapat bersama Abang Dozo lagi pada minggu hadapan, atau bulan hadapan, atau mungkin juga tahun hadapan. Perkara macam ni bukan boleh dirancang-rancang.

Stereogram

Posted by Ikhwan on April 29, 2006

Masa tingkatan dua dulu, ada satu majalah kecil, dalam tu ada banyak teka silangkata. Kalau tak silap, di beli kat kedai buku bernama kedai Keng Meng. Cuma aku tak ingat siapa yang beli. Sama ada aku, atau kawan-kawan aku, atau kitorang berkongsi beli. Aah, itu tak penting. Yang penting adalah dekat kulit belakang buku itu, ada satu semacam corak abstrak yang aneh. Tertulis kat situ, ada gambar tersembunyi dalam corak-corak tu. Ada panduan utk dapat melihatnya. Caranya, letak buku tu dekat pada muka, lepas tu tarik jauh dari muka perlahan-lahan.

Lama juga kami try. Jam demi jam, hari demi hari. Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan. Musim panas bertukar musim luruh, menjadi musim dingin, dan salji mencair menyambut musim bunga. Tapi kitorang tidaklah tunggu sampai lama macam tu, kitorang dapat selesaikan dalam masa beberapa hari, tak sampai seminggu pun. Itu pun setelah mengalami banyak kegagalan yang perit.

Gambar tersembunyi tu adalah komputer! Nampak 3D pulak tu!! Macam tengok gambar kat TV! Susah nak gambarkan dgn perkataan. Ringkasnya, akan nampak “depth” pada imej tu. Colornya akan jadi lebih “vivid”. Teknik menjadikan gambar begini dipanggil “stereogram”.

Gambar asal tu dah hilang, tapi aku ada jumpa beberapa gambar stereogram mcm tu di Internet.

Simbol infinity

Bukit dan lembah

Kiub-kiub kecil terapung!

* images belongs to their respective owners

Gambar ASCII art pun ada! (link)

___  .-~~'.      ___~~-_.-~~'.    ___~  ~~-.-~~'.  ___ -~  ~~-.-~~' ___
| ''|`-...--' ~' | ''|  `-...--'  | ''|    `-...-- | ''|      `-... | ''|
|' '| -'     ': _|' '| ..--'      |' '| _....--'   |' '| ___....--' |' '|
| ''|_   _     | | ''| _   _     || ''|  _   _     | ''|   _   _    | ''|
| ''| |_| |____| | ''|| |_| |____|| ''|_| |_| |____| ''||_| |_| |___| ''|
|'' | | | |    | |'' || | | |    ||'' | | | | |    |'' || | | | |   |'' |
| ''|____ |    | | ''|____  |    || ''|____ | |    | ''|____  | |   | ''|
| ' |'' '|_______| ' |'' '|_______| ' |'' '|_______| ' |'' '|_______| ' |
|' '|' ' |''''  '|' '|' ' |''''  '|' '|' ' |''''  '|' '|' ' |''''  '|' '|
| ' | '''| ''  ''| ' | '''| ''  ''| ' | '''| ''  ''| ' | '''| ''  ''| ' |
____  ______________  ______________  ______________  ______________  ___
=||=)(=||===||===||=)(=||===||===||=)(=||===||===||=)(=||===||===||=)(=||
#########################################################################
| \\#//  |'' '''  \\#//   |'' ''' \\#//    |'' '' \\#//     |'' ' \\#//
|' |#| ''| ''''  | |#|  ''| ''''   |#|   ''| ''''  |#| |  ''| '''' |#| '|
|''|#| ' |'''   '|'|#| '' |'''   ' |#| ''' |'''    |#|'|''' |'''   |#| '|
|' |#|  '| '  '' |'|#| ' '| '  ''  |#|  ' '| '  '' |#|'| ' '| '  ' |#| '|
   |#|             |#|             |#|             |#|             |#|
Geert-Jan Thomas

Apa yg aku faham mcm ni. Sebenarnya dunia yg kita nampak depan mata ni, adalah gabungan dari imej dari mata kiri dan mata kanan. Sebenarnya dua imej yg sedikit berlainan, satu ter”offset” ke kiri sedikit, dan satu “offset” ke kanan. Tetapi otak kita akan gabungkan 2 imej ni jadi satu, mewujudkan “depth” (apa bahasa melayu dia?) dalam imej tu, “depth” itulah satu lagi “D” (dimension), yg ditambah kepada yg asalnya “2D” (width x height). Sebab tu kalau kita guna 1 mata shj, kita sukar nak menganggar jarak.

Apa relevannya kepada corak istimewa tadi? Sebenarnya corak tu adalah 2 gambar, yg bila digabungkan menjadi 1 imej yg nampak 3D. Cumanya jarak “offset” tu berlainan dari biasa, dan otak kita tak dpt register serta-merta. Kita kena adjust imej yg dipandang oleh mata kiri dan kanan, sehingga jarak antara 2 imej tu membolehkan gambar yg tergabung tu nampak ciri-ciri 3Dnya. Apa aku cakap ni ha? Hahaha. Aku pun pening.

Tapi apa yg aku tahu, cara utk kita mengawal jarak pandangan kiri dan kanan ini ialah dgn mengawal ketebalan kanta mata. Seperti yg kita semua tahu, kanta mata menebal dan menipis utk fokus pandangan kepada objek jauh dan dekat (orang rabun ada masalah utk tebal dan nipis ni lah), supaya imej yg kita nampak ada terfokus dan tidak kabur. Utk itu, selalunya kalau nak lihat imej stereogram ni, caranya ialah kita guna ketebalan kanta mata nyg digunakan utk pandangan jauh, walaupun imej tu dekat pada kita.

It’s just amazing. Lepas tahu cara utk melihat dunia melalui cara ni, aku kadangkala cuba utk gunakannya ni utk tengok objek-objek biasa. Macam keyboard, tapak kasut, dsb. Tapi benda ni cuma berjaya dibuat pada imej-imej yg bentuknya nampak berulang-ulang je.

Kat bawah ada beberapa link pasal stereoram. Cubalah.. selamat menjulingkan mata.
http://google.com/search?q=Stereogram
http://en.wikipedia.org/wiki/Stereogram
http://www.eyetricks.com/3dstereo.htm
http://www.ascii-art.de/ascii/ab/3D.txt

Lihat Berbilang Perspektif

Posted by Ikhwan on February 06, 2006

Terjumpa ini dari Lan punya blog (mungkin ambil dari tempat lain).

Case 1

When NASA began the launch of astronauts into space, they found out that the pens wouldn’t work at zero gravity (ink won’t flow down to the writing surface). To solve this problem, it took them one decade and $12 million. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, underwater, in practically any surface including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees C.

And what did the Russians do…?? They used a pencil.

Case 2

One of the most memorable case studies on Japanese management was the case of the empty soapbox, which happened in one of Japan’s biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a consumer had bought a soapbox that was empty. Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line, which transported all the packaged boxes of soap to the delivery department.

For some reason, one soapbox went through the assembly line empty. Management asked its engineers to solve the problem. Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine with high-resolution monitors manned by two people to watch all the soapboxes that passed through the line to make sure they were not empty. No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent a whoopee amount to do so.

But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the same problem, he did not get into complications of X-rays, etc., but instead came out with another solution. He bought a strong industrial electric fan and pointed it at the assembly line. He switched the fan on, and as each soapbox passed the fan, it simply blew the empty boxes out of the line.

Moral
Always look for simple solutions. Devise the simplest possible solution that solves the problems.
Always focus on solutions & not on problems.

Menarik. Aku pernah dengar pasal pen dan pensil tu, yg kotak sabun tak pernah dengar lagi. Macam banyak benda kat internet, yg ini pun sama kita tak dapat pastikan kebenarannya (I doubt that they are real), tapi yg penting ada pengajaran kat sini.

Aku kurang setuju rumusan penulis: “Always focus on solutions & not on problems”. Dalam menyelesaikan masalah sudah tentu kita kena fahami masalah itu. Tapi utk memahami masalah, kita tak boleh tengok dgn akal pendek melalui satu arah pandangan shj. Itu tak kreatif namanya. Kalau kita dpt melihat masalah dari byk sudut, peluang menyelesaikannya lebih tinggi, sebab selalunya ada byk cara menyelesaikan masalah.

Dlm kes pen dan pensil, si engineer Amerika menafsir masalah sebagai “dakwat tidak boleh turun sebab zero-gravity”, yg membuatkan dia sedaya upaya supaya dakwat tu dapat turun juga ke kertas. Tapi si engineer Rusia melihat masalahnya ialah “kesukaran menulis di angkasa lepas menggunakan pen”. Kalau tak boleh pakai pen, pakailah alat tulis lain!

Engineer kilang sabun 1 melihat masalah sebagai “bagaimana nak tahu kotak sabun itu kosong”, hence the x-ray utk lihat ke dalam. Pekerja kilang 2 melihat masalah sebagai “kotak kosong terlepas ke bhgn delivery”. Apa susah, jangan bagi dia lepas, kita kasi terbang sama dia…

Perkara asas dlm kretiviti ialah melihat dari pelbagai arah, walaupun kadang2 arah tu tak logik diterima akal.

What To Do If Stopped by Malaysian Police

Posted by Ikhwan on November 16, 2005

I got this email that I think is usefull and should be shared. My friend actually got somewhat a related experience. While riding with his friend, some “undercover police” stopped them, and said that their car is brought into the country illegally. And then they told my friend to meet them at someplace so they can “settle” this is a “quite” manner. Luckily, my friend got curious and never went to meet those impostors. So be carefull, some people just so sick and would do anything for money.

WHAT TO DO IF STOPPED BY MALAYSIAN POLICE

This is is very useful information. Please pass it on to your friends and family………….especially the women folk!

The next time you are stopped by persons who claimed they are plainclothes police, you are under no obligation to answer their questions or follow their orders, lawyers told Malaysiakini today.

“Policeman who is not wearing his uniform does not have the authority to stop anyone,” lawyer and human rights activist Sivarasa Rasiah said.

Sivarasa was commenting on the alleged gang-rape of an 18-year-old Uni student by four men claiming to be police officers on New Year’s Eve. The girl said that her car was stopped in Taman Tun Dr Ismail in Kuala Lumpur and were asked by the men to open the car bonnet. She was then told that she had committed an offence and ordered to follow the men to a police station. The girl was driven in her car along the North-South expressway to the Tapah-Cameron Highlands road before she was raped in an oil palm estate.

This incident, and many others, have sparked confusion over the procedures which motorists must follow when flagged down by the police. The most common problem is that most people take instructions without determining if the other person is really a cop,” lawyer Annie Santiago said.

However, if you are stopped by a uniformed policeman, then you are required to stop. But you need not get out of the car because you are not expected to do so, Santiago said. He other rule to follow is to provide your identity card only when you are asked to do so. “Even then, you should get his ID first to confirm if he is a cop. There is no harm in calling the relevant police station to verify if he is supposed to be on duty that day,” Sivarasa said.

Both lawyers said that motorists should never follow an officer to the police station unless one is under arrest. “If you are not sure, and your instincts tell you that something is wrong, then drive off to the nearest police station and lodge a report,” Sivarasa said.

In response to the alleged gang-rape of the 18-year-old, Women’s Aid Organisation executive-secretary Ivy Josiah called on the police to launch an education program to teach the public about their rights to prevent them from being victimised by bogus police officers.

Procedures to follow in the event you are stopped by uniformed police Officers while driving.

  1. Stop the car and wind down your window.
  2. If the police officers ask for your documents, request to see their IDs first.
  3. If you are satisfied about their identity, ask them if you are being summoned, and for what offence.
  4. Produce your identity card and driver’s license and wait to collect your summon ticket.

In the event that the police officers ask you to follow them to the police station:

  1. Ask if you are under arrest and for what offence.
  2. If you are not under arrest, you have the right to leave.

In the event you are flagged down by persons you believe could be plainclothes police:

  1. Do not stop because plainclothes police officers do not have the authority to stop you.
  2. Drive to the nearest police station and lodge a report. (The same procedure applies to pedestrians)

In the event the police come to your house:

  1. Do not let them in before checking their IDs.
  2. If you are not satisfied, phone the nearest police station and confirm if they had been sent to your house.
  3. You are under no obligation to allow them into the house if they don’t have a search warrant.
  4. Do not go with them if you are not under arrest.

In the event persons who claimed to be plainclothes police come to your house:

  1. Do not let him in because they do not have the authority to do so.
  2. Lodge a report at the nearest police station.

CALL THE COPS:

IPK KUALA LUMPUR: 03 - 236 0522
AMPANG: 03 - 452 2222
BRICKFIELDS 03 - 2274 2222
CHERAS: 03 - 984 2222
DANG WANGI: 03 - 230 2222
KL TRAFFIC POLICE: 03 - 232 9044
IPK SELANGOR: 03 - 5514 5222
HOTLINE: 03 - 5510 2999
PETALING JAYA: 03 - 7956 2222
SHAH ALAM: 03 - 5510 2222
KLANG: 03 - 3371 2222
HULU LANGAT: 03 - 8736 2222
HULU SELANGOR: 03 - 6064 1222
KUALA LANGAT: 03 - 318 7222
KUALA SELANGOR: 03 - 889 1222
GOMBAK: 03 - 6092 6222
SABAK BERNAM: 03 - 884 2222
SEPANG: 03 - 847 1222
KLIA: 03 - 8787 2222

Iklankanlah Dalam Bil Kami

Posted by Ikhwan on October 17, 2005

Di pagi yg sebu dan bebal ini aku terfikir satu idea. Kenapa tidak penyedia khidmat utiliti (alah, macam TNB, Telekom, JBA tu lah) tawarkan ruang iklan pada bil-bil mereka? Dengan sebaran yg meluas seperti itu bukankah ia satu medium pengiklanan yang sangat bagus?! Kalau ada income sampingan seperti itu, boleh la kurangkan sikit tarif elektrik/air/telefon. Ringan la sedikit beban kami rakyat jelata pacal yang hina ini.

Macam mana, bijak tak idea aku pada pagi yg sebu dan bebal ini?

Fenomena Penyerakan Cahaya

Posted by Ikhwan on September 19, 2005

Pernah terfikir kenapa langit biru di tengah hari dan merah di waktu subuh dan senja? Tak pernah? Kau memang hampeh. Kalau tak tahu, mari Abang Dozo ceritakan.

Cahaya yg melalui udara diserakkan (scattered) oleh wap air dan partikel2 debu sebelum sampai ke bumi. Dalam spektrum cahaya, birulah yg lebih mudah diserakkan kerana ia yang mempunyai gelombang yang lebih pendek. Oleh kerana warna biru ni banyak diserakkan, maka langit pun kelihatan biru.

Pada waktu subuh dan senja, kedudukan sudut antara matahari dan bumi menyebabkan cahaya terpaksa melalui jarak yang lebih panjang utk sampai ke mata pemerhati. Oleh kerana jarak yg panjang ini, maka cahaya biru habis diserakkan. Yg sampai ke mata pemerhati tinggal warna merah (dan oren, dan kuning). Iaitu bahagian spektrum yg sebelah sana, yang mempunyai gelombang yang lebih panjang.

Fenomena penyerakan cahaya ini dinamakan “Penyerakan Rayleigh” (Rayleigh Scattering).

Tamatlah sudah siri Alam dan Manusia tingkatan 2 utk kali ini. Kita berjumpa lagi ya adik2, dalam rancangan TV Pendidikan yg akan datang!

Tiu, tiu, tiu, tiu tiu, tiu tiu.. (lagu TV Pendidikan ni Tariq tahu)

postscriptum
- Buang tebiat ke apa kao?!