Macam Kena Lempang
Kenapa aku rasa pelik ni?
Rasa macam lepas kena lempang, telinga bunyi berdengung. Tapi aku sedar bunyi tu bukan realiti pun, tapi disebabkan otak aku dah tersenget ke kiri sikit, selepas kena lempang tadi, dan otak tu menghimpit koklea dalam telinga aku, menyebabkan aku terkhayalkan bunyi-bunyi tu. Aku rasa macam tipsy sikit.
Lepas tu, oleh sebab kedudukan otak tadi dah tak betul, cecair dalam tengkorak jadi tak seimbang. Mulalah hidung rasa pressured, rasa macam nak meletup-letup seperti letupan bunga-bunga api yang gilang-gemilang semasa pertunjukan malam merdeka.
Of course, semua di atas adalah direka-reka. Aku sebenarnya kena buat kerja lain, tapi aku nak buat satu lagi kerja lain yang lebih enjoy. Tapi, sebagai lelaki sejati, aku kena selesaikan juga. Sebab, FYI, dunia bukanlah senantiasa indah belaka.
Trackbacks
Trackbacks are closed.


aku ingatkan ko kena lempang. Rupanya ko disuruh buat keje yang kurang seronok. Takper telan jer laa. Tak semua kita nak kita dapat