Berapa Banyakkah 1 Billion?
Semalam masa tengok video tentang startup companies, aku terfikir:
Kalau aku ada duit 1 billion ringgit/dollar (ehemm, hidup mesti penuh harapan), berapa banyakkah sebenarnya duit aku tu?
Dulu, aku ingat, kalau 1 juta itu ialah seribu ribu, maka 1 billion adalah sejuta juta, dan 1 trillion adalah sebillion billion. Tak berapa betul sebenarnya, tapi maafkanlah aku, aku budak hingusan lagi masa tu.
Kemudiannya, aku dapat tahu, ada dua definisi untuk 1 billion. Di UK, 1 billion adalah sejuta juta (1,000,000,000,000), tapi di Amerika ia adalah seribu juta (1,000,000,000). Definisi ini pun tak berapa tepat sebenarnya.
Yang lebih tepat, menurut artikel Wikipedia ini, wujudnya dua nilai ini ialah berdasarkan dua jenis numerical system:
- Long Scale : Menurut sistem ini, selepas nilai 1 juta, terma seterusnya bermaksud sejuta kali terma sebelumnya. Maknanya, 1 billion ialah 1 juta juta (1,000,000,000,000) dan 1 trillion ialah 1 juta billion (1,000,000,000,000,000,000).
- Short Scale : Dalam sistem ini pula, selepas nilai 1 juta, terma seterusnya bermaksud seribu kali terma sebelumnya. Maknanya, 1 billion ialah 1 ribu juta (1,000,000,000) dan 1 trillion ialah 1 ribu billion (1,000,000,000,000).
Nilai yang kurang dari 1 juta adalah sama maknanya dalam kedua-dua sistem.
Jadi, bila kita dengar orang sebut 1 billion, apa sebenarnya yang dimaksudkan? Adakah ia 1,000,000,000,000 atau 1,000,000,000?
Amerika telah menggunakan sistem Short Scale dari awal lagi. UK (dan agaknya juga negara-negara bekas tanah jajahannya) pada awalnya menggunakan sistem Long Scale. Tapi pada tahun 1974, mereka telah mempiawaikan penggunaan Short Scale dalam semua media massa dan kegunaan rasmi.
Maka, selamatlah untuk mengandaikan, jika orang sebut 1 billion, maka maksudnya ialah 1 ribu juta (1,000,000,000).
Ok, aku lebih berminat dari segi sosiologi atau penggunaan terma ni dalam masyarakat. Semua yang aku sebut tadi lebih merujuk kepada nilai wang. Macam mana pula dalam lingkungan bidang lain? Sains dan matematik contohnya, apa sebenarnya dimaksudkan dangan nombor 1 billion? Ada yang tahu?
p.s: It bothers me a bit, kenapa kita tak ada perkataan Melayu untuk “billion”. Adakah orang kita hanya mampu berfikir sampai “juta” sahaja?
Update: Oh, rupanya penggunaan berbeza mengikut negara. Rujuk artikel Wikipedia yang sama, Current Usage. (Itulah, lain kali baca sampai habis.) Malaysia, secara rasminya guna yang mana ye?
Trackbacks
Trackbacks are closed.


patut pakai British.. macam sistem2 Malaysia yang lain.. Walaupun aku suka US-English :P
err terkejut terjumpa karya yg sama dkt link di bawah, n byk lagi karya yg sama dia tiru:
http://hujanrenyai.blog.co.uk/2006/06/19/aku_sebutir_klip_kertas~893012
Terima kasih .. sebab report. Dah tahu dah sebenarnya, tapi memandangkan blog tu pun dah lama tak update, biarkan je la.
Dulu pun ada satu blog plagiat entry aku mcm ni. Tu lagi hebat, siap buat mashup dan cerita mcm pengalaman tu dia yg punya :-)
pelik..
Whoaa… maklumat yang betul-betul bagus dan bermanfaat.
Baru ku tahu nilai billion itu banyak mana.
Terima kasih ya.
Asal usul istilah billion?? Hmm???
Orang Kelantan ada guna perkataan billion iaitu Pasaraya Billion dekat Langgar, Kota Bharu..Hahahahah..
di Malaysia,
RM1b = RM1 billion = RM1,000,000,000.00
Sekian, terima kasih.