Berapa Banyakkah 1 Billion?

Posted by Ikhwan on April 22, 2008

Semalam masa tengok video tentang startup companies, aku terfikir:

Kalau aku ada duit 1 billion ringgit/dollar (ehemm, hidup mesti penuh harapan), berapa banyakkah sebenarnya duit aku tu?

Dulu, aku ingat, kalau 1 juta itu ialah seribu ribu, maka 1 billion adalah sejuta juta, dan 1 trillion adalah sebillion billion. Tak berapa betul sebenarnya, tapi maafkanlah aku, aku budak hingusan lagi masa tu.

Kemudiannya, aku dapat tahu, ada dua definisi untuk 1 billion. Di UK, 1 billion adalah sejuta juta (1,000,000,000,000), tapi di Amerika ia adalah seribu juta (1,000,000,000). Definisi ini pun tak berapa tepat sebenarnya.

Yang lebih tepat, menurut artikel Wikipedia ini, wujudnya dua nilai ini ialah berdasarkan dua jenis numerical system:

  1. Long Scale : Menurut sistem ini, selepas nilai 1 juta, terma seterusnya bermaksud sejuta kali terma sebelumnya. Maknanya, 1 billion ialah 1 juta juta (1,000,000,000,000) dan 1 trillion ialah 1 juta billion (1,000,000,000,000,000,000).
  2. Short Scale : Dalam sistem ini pula, selepas nilai 1 juta, terma seterusnya bermaksud seribu kali terma sebelumnya. Maknanya, 1 billion ialah 1 ribu juta (1,000,000,000) dan 1 trillion ialah 1 ribu billion (1,000,000,000,000).

    Nilai yang kurang dari 1 juta adalah sama maknanya dalam kedua-dua sistem.

Jadi, bila kita dengar orang sebut 1 billion, apa sebenarnya yang dimaksudkan? Adakah ia 1,000,000,000,000 atau 1,000,000,000?

Amerika telah menggunakan sistem Short Scale dari awal lagi. UK (dan agaknya juga negara-negara bekas tanah jajahannya) pada awalnya menggunakan sistem Long Scale. Tapi pada tahun 1974, mereka telah mempiawaikan penggunaan Short Scale dalam semua media massa dan kegunaan rasmi.

Maka, selamatlah untuk mengandaikan, jika orang sebut 1 billion, maka maksudnya ialah 1 ribu juta (1,000,000,000).

Ok, aku lebih berminat dari segi sosiologi atau penggunaan terma ni dalam masyarakat. Semua yang aku sebut tadi lebih merujuk kepada nilai wang. Macam mana pula dalam lingkungan bidang lain? Sains dan matematik contohnya, apa sebenarnya dimaksudkan dangan nombor 1 billion? Ada yang tahu?

p.s: It bothers me a bit, kenapa kita tak ada perkataan Melayu untuk “billion”. Adakah orang kita hanya mampu berfikir sampai “juta” sahaja?

Update: Oh, rupanya penggunaan berbeza mengikut negara. Rujuk artikel Wikipedia yang sama, Current Usage. (Itulah, lain kali baca sampai habis.) Malaysia, secara rasminya guna yang mana ye?

Accessing Global Resource From ASP.NET Custom Controls

Posted by Ikhwan on April 16, 2008

To programmatically get global resource object from code-behind for Page or UserControl, we usually use the GetGlobalResourceObject() method, passing in the resource name and the key. You’ll be fine until you need to call it from other than a Page or a UserControl or anything that does not inherit from TemplateControl.

I that need to use it from a custom control, which inherits from CompositeControl, which has no TemplateControl anywhere in it’s inheritance tree. Although I can access it’s Page property which holds the reference to the containing Page object, I cannot do Page.GetGlobalResourceObject() since that method is marked as protected.

Through some blog posts, I’ve been left with assuming that this is a serious design flaw. Why in the world that it is not marked as public?! After trying several hacks and finding leeways to get around this, I finally find out that you can get the similar method from HttpContext.

Just a simple call to HttpContext.GetGlobalResourceObject()! It’s a static method, so you can call it anywhere. That simple!

Working with resources is tricky business, since some of the classes are generated and compiled at runtime by the ASP.NET engine. Even though Visual Studio can assist you by “pre-compiling” them and let them appear in IntelliSense, sometimes you’ll just wonder where the heck that some class or some method comes from!

Semoga Selamat, Encik Hamdi

Posted by Ikhwan on April 16, 2008

En. Hamdi, yang aku kenal mulanya melalui ITTutor dan kemudian menjadi “bos angkat” aku di tempat kerja lama, kini berada di ICU kerana kecederaan tengkuk/tulang belakang.

En. Hamdi memang seorang yang sangat baik. Aku anggap dia macam guru, sebab dia banyak mengajar aku tentang software development, khususnya pasal Object Oriented Analysis/Design. Aku pernah pergi ke kelas yang dia ajar, tanpa minta bayaran (kecuali untuk urusan sewa dewan/bilik), dan ternyata, apa yang dia ajar tu memang ilmu yang bermanfaat dan aku gunakan sampai ke hari ni. Dia juga banyak bagi bantuan dan guide orang dalam forum-forum IT dan mailing list.

Minta tolong kawan-kawan doakan supaya dia selamat dan cepat sembuh, insyaAllah.

Valeria Gastaldi - Cuando No Estas

Posted by Ikhwan on April 07, 2008

Tak faham langsung apa dia nyanyi, tapi this song is absolutely beautiful.
Download sini.

Macam Kena Lempang

Posted by Ikhwan on April 07, 2008

Kenapa aku rasa pelik ni?

Rasa macam lepas kena lempang, telinga bunyi berdengung. Tapi aku sedar bunyi tu bukan realiti pun, tapi disebabkan otak aku dah tersenget ke kiri sikit, selepas kena lempang tadi, dan otak tu menghimpit koklea dalam telinga aku, menyebabkan aku terkhayalkan bunyi-bunyi tu. Aku rasa macam tipsy sikit.

Lepas tu, oleh sebab kedudukan otak tadi dah tak betul, cecair dalam tengkorak jadi tak seimbang. Mulalah hidung rasa pressured, rasa macam nak meletup-letup seperti letupan bunga-bunga api yang gilang-gemilang semasa pertunjukan malam merdeka.

Of course, semua di atas adalah direka-reka. Aku sebenarnya kena buat kerja lain, tapi aku nak buat satu lagi kerja lain yang lebih enjoy. Tapi, sebagai lelaki sejati, aku kena selesaikan juga. Sebab, FYI, dunia bukanlah senantiasa indah belaka.

Kempen Berat Sifar

Posted by Ikhwan on April 05, 2008

Berapa hari lepas, aku cuba nak beli seluar. Diulangi: cuba. Aku tak suka beli seluar. Itu membuatkan aku sedar bahawa aku gemuk. Well, not really that fat, at least bukan berat badan optimum.

Masa zaman universiti dulu, berat aku dalam 64kg. Kemudian, selepas tamat je buat praktikal latihan industri, berat aku naik mendadak jadi 74kg. Impressive, 10kg in about 5 months! Dan selepas tu kenaikan nampaknya cukup memberansangkan sehinggalah dari seorang yang slim, aku menjadi seorang yang kurang slim (masih hensem nonetheless :).

Tapi sejak kira-kira 3 bulan ni, berat badan aku dah kurang dalam 4kg. Kadang-kadang aku jogging. Selang beberapa minggu aku main futsal dengan kawan-kawan ofis.

Aku kurangkan makan. Bila makan nasi aku ambil nasi sikit je, tapi lebihkan sayur atau lain-lain yang tak banyak carbohidrate. Seems to be working. Aku tak berlapar, setiap masa makan aku makan, tapi jumlahnya tak banyak macam dululah. Mula-mula memang rasa macam tak cukup, tapi lama-lama jadi biasa. Kalau rasa tak kenyang lepas makan, minum air, sure jadi kenyang.

Kalau dikira, aku loss 4 kg dalam 3 bulan. Berat asal 84kg. Maka jika rate ni linear, 62 bulan lagi atau approximately 5 tahun dari sekarang, berat badan aku akan jadi 0kg. Wow, tak sabar rasanya nak jadi weightless!

Tak perlu aku pergi kerja naik kenderaan lagi, aku boleh terbang je, atau yang lebih tepat terapung. Maybe aku kena start belajar meniup dari sekarang, mudahlah nanti aku nak mengemudi perjalanan. Fuuuhh ke kiri, fuuuuuh ke kanan.

Lima Sen Terhampir

Posted by Ikhwan on April 01, 2008

Rata-rata cashier sudah mula membulatkan jumlah bayaran kepada 5 sen yang terhampir. Aku tersedar tadi bila aku ke bakery membeli roti berharga RM7.98. Aku bagi RM10.00, dan dipulangkan RM2.00.

Eh, cik adik, mana RM0.02 saya?! Oh.

Tiba-tiba terfikir, mungkinkah ada sebilangan insan di luar sana, yang akan mengira-ngira jumlah dihujung pembelian, dan dicukupkan kepada 1, 2, 6, atau 7 sen, supaya mereka dapat menyelamatkan 1 atau 2 sen. Kalau dibuat selalu, dalam setahun mungkin boleh untung dalam… err… RM5.00?