Kemahuan Yang Rakus

Posted by Ikhwan on March 24, 2008

Aku mahukan sebuah laptop. Ini untuk menjamin kehidupan atas talian dan prestasi kerja aku kembali ke tahap memberangsangkan. Aku ingin miliki sebuah laptop yang lawa dan power giler sehingga menyebabkan orang yang memandang berasa irihati, menyesal, dan menyalahkan ibu-ibu mereka kerana tidak melahirkan mereka sebagai aku.

Tapi Kau Tak Ada

Posted by Ikhwan on March 22, 2008

Semalam, semasa makan, aku teringin untuk bertanya.
Sudahkah kau makan atau belum?
Tapi kau tak ada.
Pukul 10, selalu ada movie di TV3.

Jantan Ganteng Dah Datang

Posted by Ikhwan on March 21, 2008

Hari Rabu lepas, aku pindah duit 12 ringgit ke akaun pihak ketiga lalu Maybank2U. Aku beli buku Kasut Biru Rubina. Dan seperti yang dijanjikan oleh penulisnya, Sufian Abas, “secara magis, dua, tiga atau empat hari kemudian buku itu akan dihantar oleh seorang jantan ganteng berseragam biru dan bermotor merah”.

Dalam kes aku, dua hari. Aku tak nampak pun jantan tu ganteng atau tak. Receptionist yang sambut. Err, bukan aku peduli pun sebenarnya perihal kegantengannya tu.

Bila dapat je, aku buka dan selak muka surat di tengah-tengah. Tersenyum bila baca:

Kipas berpusing laju, debu-debu di rak buku menari-nari dan jatuh semula. Menari-nari dan jatuh semula. Teh di atas meja sudah sejuk. Keropok dalam piring sudah lembik dan lemau.

Hari ini, macam hari-hari lain, aku tak ingat langsung pada kau.

(Teks asal ada typo, harapnya betul pembetulan aku)

Balik kerja, aku terus baca, dan tamat pukul 9 malam (tidak lupa untuk makan dan solat). Bila baca buku ni, secara jujurnya, aku tak impressed. Sebab aku dah impressed masa first time baca cerpen-cerpen dia dulu, dekat blog dia (yang sekarang dah tutup, dan berpindah). Aku jenis orang yang impressed sekali je, lebih dari cukuplah tu.

Isi kandungan buku ini, kebanyakkannya (semua?) adalah ulangan dari entry-entry dalam blog dia (orang panggil blook?). Tapi tak rugi beli, edisi istimewa pulak tu, harga lebih murah, ada signature, 300 naskhah terhad sahaja, aku yang ke 144. Aku memang lebih suka baca buku dlm bentuk kayu-kayuan mati. Lagipun dah tak dapat baca online lagi (blog dah tutup).

Sufian Abas (aku suspect bukan nama sebenar) memang handal. Pertama kali baca blog dia (yang sudah tutup tu), terus aku subscribe feednya, dan baca setiap entrynya. Dia tu.. otak dia.. perrgh. Alangkah bagusnya kalau aku dapat menulis seperti dia.

Aku bukan suka sangat baca benda sastera ni. Sebenarnya, suka jugak la, tapi aku tak banyak membaca. Sebab tu entry yang aku tulis ni, ada feel macam sastera, tapi not quite there. Kalau kau ulang baca dua tiga kali, rasa macam menyampah pun ada. Tapi sebab tengah mood sastera ni, jadi aku cuba jugak lah.

My VS Settings

Posted by Ikhwan on March 14, 2008

This is how my Visual Studio currently looks like:

VS 2008-03-14

If you want to pimp your VS to look as sweet as mine, download my vssettings here.

The color is based on Dark Grey scheme from Commonality. I made it darker and swap some colors. He also got some other schemes that worth checking out.

The code snippet in screenshot above is from Jeff Atwood’s programming font code sample.

What I like about my settings:

  • Dark background, feels more relaxing to my eye.
  • Just enough contrast, no pitch black or pure white.
  • Includes my ultimate VS toolbar.
  • The window layout. Toolbox is hidden as I don’t use it much, the editor is as large as possible, solution explorer and output window as second and third most important window.
  • Subtle cue for parenthesis/bracket matching, doesn’t pop out too much when typing, yet still visible.
  • Consolas! Best font for code eva!!1! But it doesn’t look as good on white background in my monitor. For white background, Inconsolata seems to be better?
  • Easily distinguish string literals since my chubby fingers tend to typo a lot.
  • Important comments stands out, while comments that serve as explanations dimmed down. The background for XML doc is the most awesome, serves as a separator too.

Total sweetness!!!

p.s: When importing, just select the settings you want, i.e. select syntax highlight, but unselect the toolbar, the layout or other settings.

Pilihan Raya Umum Ke-12

Posted by Ikhwan on March 07, 2008

Marilah rakyat Malaysia, marilah turun mengundi esok!

Pastikan anda memangkah kotak yang betul, sama ada anda pilih untuk:

  1. Petrol turun harga atau naik harga.
  2. Pendidikan percuma atau membayar pinjaman PTPTN (berserta faedah).
  3. Ketelusan atau korupsi.
  4. Keadilan atau kepincangan institusi kehakiman.
  5. Kebebasan mendapat maklumat atau menadah sogokan media massa.
  6. Keluhuran perlembagaan atau pemindaan sewenang-wenangnya.
  7. Kebajikan sendiri atau melihat orang lain memboroi makan duit cukai anda.
  8. Pemimpin beragama atau yang tahap moralnya diragukan.
  9. Keharmonian antara kaum atau sifat assabiyah racism melampau.
  10. Menikmati hasil mahsul negara atau melihat ia jatuh ke tangan negara asing.
  11. Check-and-balance atau monopoli kuasa.
  12. Melihat kebenaran atau membenarkan diri anda diperdaya tak sudah-sudah.

Rasa regret pun ada jugak sebab aku tak berapa nak ikut sangat kempen-kempen dan ceramah-ceramah, atas sebab kesibukan kerja dan peribadi (eleh, alasan), tapi insyaAllah, hari mengundi aku akan turun mencurah bakti pada negara.

p.s: Lagu pilihanraya yang kedengaran dicorong radio tu bunyi macam lagu zaman tahun bila la. Adeh, aku dengar pun bukan semangat nak mengundi, tapi semangat nak tengok boria.

Haiku: Bahagia

Posted by Ikhwan on March 05, 2008

Hari-hari kelam, Engkau muncul menghulur – Kebahagiaan