Bosan Itu Naluri Alam
Beberapa hari lepas, seorang rakan sekerja bertanya kepada aku, “Awak tak bosan ke (hidup macam ni)?”
Bosan?
Rasa bosan itu kan perkara biasa. Kadang-kadang kita bosan, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang orang membosankan kita, kadang-kadang kita membosankan orang. Kebosanan itu ibarat roda, sekejap kita di atas, sekejap di bawah. Ia berputar-putar pada paksinya. Rasa bosan itu adalah naluri dalam setiap insan. Ia adalah lumrah alam yang fana ini. Ia sebahagian dari alam semulajadi ini, yang harus sama-sama kita pelihara dan jaga. Alam yang kehijauan dan permai, yang terdiri dari spesis-spesis flora dan fauna, dan juga haiwan-haiwan di hutan, untuk dijadikan makan.
Lihatlah langit malam, yang dadanya dihiasi gugusan bintang-bintang, yang berkelipan, memancar cahaya yang syahdu, dalam warna yang sebenarnya pelbagai. Warnanya yang berbeza, membayang usia gugusan bintang tersebut. Oh, segarnya menghirup udara dinihari, yang sebahagian besarnya terdiri daripada Nitrogen, diikuti oleh Karbon Dioksida dan Oksigen, dan seterusnya gas-gas nadir seperti Helium dan Argon. Dan angin bayu berhembus lembut, menyapa daun-daun, yang membalas dengan desiran halus, menghijau dan penuh dengan klorofil. Membolehkan pohon-pohon selaku satu-satunya hidupan yang boleh menghasilkan makanan sendiri, dalam bentuk gula, untuk menampung hidup, yang lebihannya akan disimpan sama ada di dalam buah (seperti pokok rambutan), atau batang (seperti tebu), atau akar (seperti ubi keledek), dan membawa manfaat kepada manusia dan haiwan.
Oh, pohon-pohon menghijau, engkau adalah sebahagian daripada alam, yang fana ini. Menjadikan naluri insan, berputar-putar pada paksinya. Sekejap di bawah, sekejap di atas, seperti roda. Roda yang lumrahnya tetap sahaja berpusing, dan berpusing, pusingan demi pusingan, sehingga kadang-kadang menjadikan kita bosan. Kerana bosan itu adalah perkara yang biasa.
Trackbacks
Use this link to trackback from your own site.


karangan yg sangat bangus!! pasti u dapat A untuk BM for SPM kan?
nyway, bosan jugak sini. miss having someone to pour all my frustrations! hehe
Ya Cik Elaine, pada suatu masa dahulu, saya telah mendapat pangkat A dalam subjek Bahasa Malaysia (Penulisan) di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah :D
satu pengajaran jer aku boleh dapat daripada tulisan ni - don’t reinvent the wheel (roda) … hahha.
Ya, betul tu kamal. Sebab reinventing itu satu perkara yang membosankan :D
karangan yang sungguh ilmiah dan ade unsur2 sains…..
hmmm terbukti kau memang dalam kebosanan yang melampau…
->karangan yang sungguh ilmiah dan ade unsur2 sains…..
->hmmm terbukti kau memang dalam kebosanan yang melampau…
haah, setuju :D
Haha, sebenarnya saya tidak berasa bosan walau sekelumit pun ketika menulis karangan tersebut. Entah kenapa tiba-tiba hati ini terdetik untuk melontarkan sebutir dua pandangan berkenaan topik kebosanan dalam kehidupan masyarakat marhaen.
bm aku takpenah best , aka takpenah dapat A kecuali untuk UPSR saja, SPM dapat A2
aku rasa aku bukan seorang yg jiwang kot
AFUNDI IKHWAN utk pilihanraya dun IJOK
Dude! Get some fresh air man! You’re facing the computer way too much. Go watch Sponge Bob Square Pants this Sunday, 9:30 am, on TV3 Kids. Better yet, buy a pants and make it square and wear it over ur head! ;-)
mypapit: Mahu dapat A kena tulis jiwang-jiwangkah?
ijoks: Ya… Hidup AFUNDI!!
Jeki: Ay, ay, captain!! :D