Hat-trick!
AlhamduliLlah, anti-keseronokan is 3 years old today, yay! Tak sangka, lama juga hobi blogging aku ni dapat bertahan. Terima kasih banyak kepada korang semua yg selalu datang. Terutama kepada yg rajin post comments, you are really awesome ‘coz you have proved that the things I wrote actually meant something. You guys rock, totally! Beri tepukan kepada diri sendiri. Clap, clap, clap… Yay!
Bersempena ulang tahun yang gilang-gemilang ini, seperti tahun sudah, kita raikan dengan layout yang baru. Yay! Kali ini aku pakai theme Scribbish. Bersih, easy on the eyes, mudah dibaca, simple, saya sangat suka! And of course, hidup ini tidak akan lengkap tanpa sedikit customization. Jadi, aku tambah graphic kat header tu utk menyerikan lagi rekaletak website ini. Banner tu sebenarnya recycled dari design yang lepas. Amalkan kitar semula, perliharalah alam sekitar anda. Yay!
Along these years, I felt that anti-keseronokan has made me better. Maybe not much, but enough to make a difference. It made me think more about life, the people around me, and the world in general. Ok, maybe people do think about those stuffs all the time. But when you are writing it, conveying it to others, you think harder. You put effort to it, evaluating whether your thoughts actually worth to be spoken out loud. It definitely did made me a better person. Hope it did the same to you too… Yay!
Charlie The Unicorn
Join Charlie the Unicorn and his bubbly unicorn friends while they embark on a cheerful adventure to the Candy Mountain. Yes, Candy Mountain, the lands of sweets and joy… and joyness. Within the mountain, lies the Candy Mountain’s Candy Cave, which magical wonders will behold when you enter.
Pisang Goreng Gagal
Tadi aku cuba membuat pisang goreng, tapi percubaan itu gagal. Ada pisang, ada tepung, yang digoreng. Tapi hasilnya bukanlah sesuatu yang boleh dipanggil “pisang goreng”. Ternyata aku memang tak ada bakat memasak.
p.s: Sorry, no pics. Ia terlalu dahsyat untuk dipertonton dikhalayak ramai.
Person of the Year: Me
Lo and behold, I am the TIME magazine’s Person Of The Year for 2006!
Okay, seriously, since 1927, TIME has been selecting person(s) of the year judging by the person’s impact on news and our lives in general. This time around, TIME has selected YOU.
“You was named Time magazine “Person of The Year” for the explosive growth and influence of user-generated Internet content such as blogs, video-filesharing site YouTube and social network MySpace” (quoted from “You Is Time’s Person of the Year”, The Sun, 18 Dec 2006, pg 22)
I am a user generating “Internet content such as blogs”. So, I am it. I can’t wait to see my face on the front cover!
p.s: Many thanks to my very beautiful and intelligent colleague Elaine (who is also a Person of the Year) for highlighting this to me.
p.p.s: She forced me to put such a lavishing credit because I forgot to credit her at first.
Kalkulus Kerjaya
Aku baru beli buku Eric Sink on the Business of Software beberapa minggu lepas. Setakat ni dah baca nak dekat separuh. Buku ni sangat sesuai dibaca oleh developer yang teringin nak menjadi entrepreneur (usahawan), khasnya jika kau nak buka “small ISV”, atau “micro-ISV” (Independent Software Vendor).
Dalam bukunya, ada satu topik bertajuk Career Calculus. Ia tentang rahsia utk membina kerjaya yang baik dalam bidang software development (maybe applicable utk bidang lain juga, aku mana tahu). Katanya, dia ada satu rumus:
C = G + LT
C is Cluefulness. It is defined as an overall measure of your capabilities, expertise, wisdom and knowledge in the field of software development. It is the measure of how valuable you are to an employer. It is the measure of how successful your career is. When you graph your career, C is on the vertical axis.
G is Gifting. It is defined as the amount of natural cluefulness you were given “at the factory”. For each individual, G is a constant, but it definitely varies from person to person.
L is Learning. It is defined as the rate at which you gain (or lose) cluefulness over time.
T is Time. It is on the horizontal axis of your career graph.
Keupayaan/kepakaran/pengetahuan korang (Cluefulness) adalah hasil dari pembelajaran (Learning) yang meningkat mengikut masa (Time), ditambah dgn bakat semulajadi (Gifting) yang sedia ada. Semakin tinggi “Cluefulness”, bermakna korang semakin hebat, semakin cerah peluang utk mendapat kerjaya yang baik. Tapi, menurut Eric, kita terlampau menumpukan pada Cluefulness tu, sedangkan itu adalah “hasil”. Kita perlu tumpukan pada mengawal pembolehubah yang membolehkan kita mendapat hasil tu. Kata dia, kita perlu “focus on the first derivative” (tumpukan pada pembezaan peringkat pertama).
Ok, korang sepatutnya kena baca article asal dari Eric utk mendapat penerangan dan kesimpulan yang betul. Kat sini aku cuma nak terangkan apa maksud dia tentang “focus on the first derivative”.
Ingat lagi pasal kalkulus? Kat universiti panggil kalkulus, kat sekolah menengah panggil pembezaan dan kamiran. Aku sebenarnya dah lupa giler pasal ni. Aku tak pandai math pun, sebab malas nak buat latihan. Masa kat universiti, malam sebelum exam baru aku baca buku. “Baca” math ye, bukan “buat latihan” math. I learnt math totally for the sake of passing the exam, so it sucks, I don’t remember squat afterwards. Which I regret a bit, coz people good in math is usually considered as smart. Ok, enough about my math idiocy, let us continue.
Selepas bertungkus-lumus cuba mengingat kembali kisah-kisah lampau, dengan bantuan dari seorang awek cun kat tempat kerja aku (terima kasih!), dan juga adik aku kat rumah yg sedang cuti tu (terima kasih juga!), barulah otak berkarat aku ni dapat memahaminya. Apa yang dimaksudkan dgn “first derivative” (pembezaan peringkat pertama).
Ok, rujuk kembali rumus asal ialah C = G + LT. Disini G dan L ialah constant. Constant, tapi berbeza mengikut setiap orang. G (Gifting) bagi Albert Einstein dan G utk aku adalah berbeza, tapi dia constant. L (Learning) ialah constant, tapi nilainya ditentukan oleh kita sendiri. Kalau aku rajin belajar, maknanya nilai L aku tinggi. Untuk senang nak lihat pattern nya, kita gantikan G dan L dgn satu nombor, macam C = 10 + 5T. Nampak jelas kan? Pembolehubah yg ada ialah C dan T, kalau kita ganti dgn y dan x, jadi y = 10 + 5x. Nampak familiar?
Ok, kalau kita bezakan satu kali persamaan y = 10 + 5x, kita akan dapat dy/dx = 5. Macam mana nak bezakan? Itu sendiri mahu cuba la, aku malas nak terangkan panjang-panjang (atau boleh cuba calculator ini). Cuba padankan balik dgn rumus asal tadi, dan kita akan dpt dC/dT = L. Ok, dah tahu pembezaan peringkat pertama C = G + LT ialah L. Tapi kenapa tiba-tiba pembezaan peringkat pertama, kenapa bukan peringkat kedua, atau kenapa bukan gandaan sepunya terbesar, atau vektor normal, atau sebagainya?
Utk memahaminya lagi, jika dilihat, persamaan tu ialah persamaan linear. Maknanya kalau dipetakan pada graf, dia akan jadi garis lurus. Ok, jadikan C sebagai paksi-y dan T sebagai paksi-x, kita akan dapat graf lebih kurang macam ni:

Semakin cerun garisan tu, semakin bagus. Maknanya, lebih “Cluefulness” dapat dicapai dlm “Time” yg lebih sedikit. Apa itu kecerunan? Kadar kecerunan dapat diukur melalui pembezaan peringkat pertama bagi rumus yang mewakili garis lurus tu. Rumus garis lurus kita ialah C = G + LT, maka dC/dT seperti yang kita dah kira tadi ialah L. Lebih besar nilai L, maka lebih cerun garisan tadi. Maka, apa yang Eric nak katakan ialah, focus on “Learning”.
Pada aku, the way he said it, “focus on the first derivative”, is a very interesting and clever way to summarize his point. Point dia senang je, tumpukan pada belajar utk memperbaiki diri. Dan process pembelajaran ni mesti berterusan (istiqamah), “constant learning”. The world is advancing every second, somebody create something new even at this moment when you are reading this sentence. Don’t be left behind, don’t be side-by-side, you should be above everage! Jangan bergantung pada bakat sahaja, nanti kecerunan korang 0 (L=0). The key is to learn, learn, and keep on learning.

