String Or Binary Data Would Be Truncated

Posted by Ikhwan on September 29, 2006

By far, this is the SQL error that I hate the most.

Msg 8152, Level 16, State 9, Procedure spAngstAndHatred, Line 974
String or binary data would be truncated.

The statement has been terminated.

Ok, truncated.. but why don’t you just tell me WHICH COLUMN, fer cryin’ out loud! Okay, I can find it myself, but that’s a pain in the a$$ you know. Can’t you just be a bit more helpful please?!

Scammers, Matilah Kau

Posted by Ikhwan on September 27, 2006

Tadi aku dapat email, dari seorang mamat bernama halim@JobOnline. Emailnya abdulhalim24@gmail.com. Dia cakap dia boleh bagi aku RM799-RM1300 seminggu dgn hanya menghantar email kat pelanggan-pelanggan dia! Wow, banyak tu, ini sudah bagos. Pakcik kayo. Kita lapat manyak untung.

Dia bagi laman web dia utk aku pergi daftar. Cantik juga laman web dia, walaupun banyak text, tapi mudah dibaca, sebab dia highlightkan perkara2 penting. Dia cerita berbagai2 faedah berkerja dirumah, takde stress, pendapatan pun lumayan. Ada statistik2 yg meyakinkan. Untung gile kalau join ni. Tapi sayangnya, semua ini adalah… SCAM! …Penipu, pergi matilah kau.

Laman web dia www.freewebs.com/homejob2u (copy link, paste kat address bar kalau nak ke sana). Aiseh? Boleh bagi seorang sampai RM1300 seminggu, tapi pakai webhosting free je? Register domain dgn sewa webhosting pun tak boleh bayar? Pergi matilah kau.

Memang pemurah dia ni. Dia kata, “Di dalam program ini, sales letter yang telah ditaip dan disiapkan beserta alamat email pelanggan akan dibekalkan kepada anda secara percuma. Ini bermakna, anda tidak perlu bertungkus-lumus mengumpul email dan menghantar kepada mereka setiap kali. Secara purata, anda akan memperolehi RM0.35 untuk setiap risalah perniagaan atau sales letter yang anda muatkan ke dalam proses penghantaran email dan anda akan dibayar jika pelanggan yang anda email itu membalas email tersebut.” 35 sen satu email, boleh dapat sampai berapa ye?.

“Cuba bayangkan seandainya anda mengemailkan 100 risalah, anda menerima RM35 seminggu, atau sehari. Jika anda mengemail 1000 risalah, anda akan memperolehi RM350. Kalau 2000 risalah, anda dapat RM700. Kerja hantar email mudah saja, ada peserta kami yang menghantar 5000 email dalam satu hari dan menerima RM1,750 hari itu juga! Wow!”. Tapi ada macam something wrong dgn business model dia. Kenapa dia tak gunakan je mass emailer atau newsletter service yang berlambak-lambak kat internet, dgn kos yg jauh lebih rendah dari RM0.35 satu email? Free pun ada?! Saje cari rugi ke? Nampak sangat penipu. Pergi matilah kau.

Cara nak join senang je. “Untuk anda memulakan program ini, kami memerlukan cagaran sepenuhnya yang hanya berjumlah RM30 sekali bayar sahaja. Wang cengkeram ini akan anda perolehi kembali dalam jumlah dua kali ganda (RM60) selepas anda memproses 170 risalah yang pertama mengikut panduan.” Ohoh, RM30 je ye. Murah tu.

“Pembayaran melalui Wang Pos, kiriman wang dan cek tidak digalakkan kerana ianya akan melambatkan proses malahan berisiko besar untuk hilang. Anda juga dinasihatkan supaya tidak mengirimkan bayaran wang tunai kerana pernah berlaku kehilangan wang dan ianya juga salah di sisi undang-undang perniagaan internet. Lebih selamat guna cara Bank IN dan membolehkan kami memprosesnya segera”. Bank-in selamat dan cepat eh. Ohoh, selamat la duit tu masuk poket kau, cepat la kau boleh joli. Pergi matilah kau.

Dari dulu memang dah ada scam mcm ni, tolong dia hantar surat la konon. Dulu orang buat pakai snail mail, pos biasa je. Sekarang nak pakai email pulak. Kalau nak ikut teknologi semasa pun, jgn la sampai tak logik langsung. Orang berani buat macam ni, sebab selalunya orang tak akan report. Sebab, setakat RM30 tu, buat penat je nak pergi balai polis. Selalu orang halalkan je. Bukan banyak pun, RM30 je. Tapi bagi dia, kalau dapat 100 orang pun dan boleh dapat RM3000. 100 orang tu kejap je nak dapat. Aku tahu, sebab aku kenal seorang yg pernah buat benda mcm ni. Tapi dia dah insaf sekarang. Dia sendiri kata, kalau duit haram, memang akan habis mcm tu je. Tak berkat.

Sedapnya menipu orang. Memang orang Malaysia masih ramai yang tak berapa tahu pasal internet dan IT ni. Lagi2 bila disogokkan dgn kata2 manis, duit beribu-ribu dlm masa singkat, tak perlu bersusah-payah. Tak mustahil ada yg tertipu. Duit, siapa tak mahu bang.. “When you’re marketing to the world, there are enough idiots out there who will be suckered in”, kata pendakwaraya semasa perbicaraan kes Jeremy Jaynes, seorang spam king. Otai punya spammer ni, bikin duit juta-juta punya.

Akhir kata, untuk pengasas/pengendali/pengarang/pekerja/tali barut yg terlibat dgn scam ni, dengan sukacitanya ingin saya mencadangkan kepada anda, supaya,

PERGI. MATI. LAH. KAU.

…lagi bagos dari kau menipu orang.

Code Yang Menguji Kesabaran

Posted by Ikhwan on September 27, 2006

Petang tadi, aku tension, satu file aku hilang dari source control. Dah siap dah benda tu, aku simpan sementara buat benda lain. Time boss nak tengoklah jadi benda ni. Kitorang ada masalah sikit dgn source control yang kitorang pakai, the infamous Ms Source Safe. At certain times, we need to use an “unorthodox” method — that’s what my friends and I called it — to solved things. Unbind, copy, bind balik, tungging terbalik, lebih kurang macam tu lah. Aku tak tau mcm mana file tu boleh hilang. Entah terlupa check-in ke, atau ter-overwrite agaknya. Siyut betul lah.

Nasib baik file tu tak besar, aku boleh ingat lagi code-code dlm tu, rewrite la balik. Bila run tak jadi pulak. Argh, masalah betul lah. Dah la tak berapa sihat. Macam-macam jadi hari ni. Mencabar kesabaran betullah di bulan puasa ni. Dalam hati dah mula nak maki-maki. Nasib baik teringat bulan puasa. Sabar bang. Tapi last-last aku fed-up.. Balik, beli nasi kerabu utk berbuka lagi bagus lah!

Lepas solat maghrib tadi, baru aku tersedar. Rupanya aku terambil DataTable yang salah dari DataSet tu! Patutlah tak keluar! Chaiiissst. Aargh!! Bingai betul lah. Aaah.. malam-malam macam ni boleh pulak nak tersedar benda macam ni. I got to get a life?

Oops, dah azan isyak.. As-solatu tarawih, rahimakumuLlaaah…

Fatherly Advice To New Programmers

Posted by Ikhwan on September 27, 2006

Nasihat untuk para programmer muda dari Chuck Jazdzewski (mak oi, payahnya nak eja). Point-point dari dia, dan beberapa cebisan isi-isi menarik:

Keep Learning: Jadi programmer memang tak boleh berhenti belajar. Belajarlah bahasa, teknik, algoritma, framework yg baru secara berterusan. “Each gives you one more tool in your tool chest”.

Learn To Communicate: Tak semua orang boleh faham cakap-cakap programmer ni, belajar gunakan bahasa biasa utk terangkan sesuatu. “Learn to communicate by analogy and symbolism”. Sebab kita kena berbincang dgn non-programmer juga, macam boss, client, co-workersm etc.

Be Predictable: “Live by this rule, under-promise, over-deliver”. Mengagak jangka masa sesuatu project atau task memang susah (giler), lagi-lagi utk orang yg masih kurang pengalaman. Tapi orang bergantung harap pada anggaran kita. Belajar cara utk menganggar masa/kos dgn baik.

Own Up To Your Mistakes: Bugs happens. Jangan tolak ketepi, akui kesilapan sendiri. “Baik, memang saya yang salah”. Betulkan dan belajar dari kesilapan. “Take ownership of your mistake or you will repeat it.”

Never Let Bad Code Off Your Desk: Sebolehnya, jangan kasi bug terlepas. Tanamkan rasa malu bila ada bug ditemui orang. Test habis-habisan sebelum deliver. “Don’t hope it will work. Test it. Don’t assume it will work. Test it. Don’t whatever. Just test it. If you haven’t tested it, it doesn’t work; of this you can be sure.”

Programming is Fun But Shipping is Your Job: Programming memang seronok, tapi kadang-kadang benda yang kurang seronok kena buat juga. Aku pun malas juga nak buat bug-fix, testing, tulis documentation, atau attend to User Change Requests. Tapi kita dibayar untuk buat benda-benda tu. Terjun je lah labu.

A really fine piece of advice I think. Baca keseluruhan article di sini.

A Caffeine Addict Fasting Day

Posted by Ikhwan on September 25, 2006

First fasting day at the office for this year, I am suffering from caffeine deprivation. My head is feeling heavy. So drowsy. The pixelated world is spinning madly. Arrghh.. got.. to.. put.. some caffeine.. into my system.. I need caffeine…

ARRGH.. GET A HOLD ONTO YOURSELF!!
KUATKAN IMAN!

:)

Marhaban Ya Ramadhan 1427H

Posted by Ikhwan on September 22, 2006

Dalam bulan Ramadhan, antara perkara yang patut diperbanyakkan ialah berdoa. Oleh itu, marilah kita ramai-ramai menjadi tamak! Marilah kita meminta-minta kepada Allah! Mintalah apa pun yang kau mahu, sebab Allah sendiri dah kata, “Mintalah kepada-Ku, nescaya Aku akan kabulkan”. Dgn syarat, kita mesti beriman. Sudah tentulah, macam mana kau nak meminta pada sesuatu yang kau tak yakin wujudnya.

Cuma kita ni, kadang-kadang tak percaya doa kita tu dimakbulkan. “Hari tu aku mintak duit, tak dapat pun”. Hei, kau tu tahu apa! Allah tu lebih tahu pasal apa yang kau perlukan. Khutbah Jumaat tadi, pak khatib ada cakap, Allah memakbulkan doa tu melalui 3 cara:

1. Memberi apa yang diminta - Ini yang kau nak. Kau minta duit, Allah bagi kau duit. Cold hard cash.

2. Menyelamatkan dari bala bencana - Takdir Tuhan tu dah ditetapkan, untung malang dah ditentukan. Kau minta duit, tapi Allah ganti dengan selamatkan kau dari bangunan terbakar. Kira OK jugak tu.

3. Mengkabulkannya di akhirat nanti - Kau minta duit, Allah tak bagi kau duit kat akhirat, nak buat apa kat sana duit tu. Tapi mungkin Allah beri kemudahan di padang mahsyar kelak, beri perlepasan dari neraka. Sebab Dia lah yang Maha Tahu, sama ada kau perlu benda tu sekarang atau nanti.

Tapi kalau kita banyak sangat meminta pada Allah, tak tamak ke macam tu? Dalam tak sedar, sebenarnya bila kita meminta pada Allah, kita mengakui beberapa perkara. Iaitu bahawa Allah tu Maha Hebat. Dia boleh bagi apa yang kita minta. Dan bahawa kita ni makhluk yang lemah, kita perlukan bantuan. Itu kan iman. Percaya Allah itu wujud, dan mengaku Dia tu lebih power dan best dari kita.

“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan di dunia dan akhirat.”
(kau patut sebut “Amin…” sekarang)

Selamat Menyambut Ramadhan 1427 H.

Welcome to ikhwanhayat.net

Posted by Ikhwan on September 13, 2006

Welcome to the new home of anti-keseronokan. Assalamualaikum, and Hello. I finally made up my mind to buy a web hosting account and a domain name. I picked WordPress as my blogging platform, and migrate here from the previous Blogger site.

Taking the bad experience with the import function aside, WordPress is actually an awesome application. Loads of nice features, and the best of all, I can categorize my entries using tags. Something that I wish Blogger had. WordPress is highly extensible, and free and open source, meaning I can hack my way through narrow edges with my awesome PHP skillzz (yeah, right :P). WordPress have tons of themes laying around, but I settled with Green Marinée, which I wish to customize some time soon.

Well, with the new migration, I’m looking forward to write better entries in the future (or not, who cares anyway :). The old blog is still up, but I think I’ve exported mostly everything, including comments, to this new site. Enjoy your stay, don’t forget to update your bookmark and feed subscription. XML feeds are below:

http://ikhwanhayat.net/feed/atom/ (Atom)
http://ikhwanhayat.net/feed/ (RSS 2.0)