DTTF: Perkenalan Berus Gigi

Posted by Ikhwan on July 27, 2006

Man 1 :
Eh, engkau.. Apa khabar! Lama tak nampak… Amacam sekarang?
Man 2 :
Errr, siapa encik ni? Tak kenal pun.
Man 1 :
Hek eleh, buat lawak pulak dia. Aku lah! Tak kan tak kenal pulak?
Man 2 :
Betul, tak kenal. Kita pernah jumpa ke?
Man 1 :
Cuba ko tengok muka ni betul-betul. Boleh pulak tak kenal?!
Man 2 :
Betul, sumpah, tak kenal! Salah orang kot? Awak kenal saya ke?
Man 1 :
Aku pun sebenarnya tak kenal kau… Tapi, cuba abang tengok berus gigi ni. Murah ni bang, biasa orang beli satu batang dua ringgit, tapi ni saya jual satu kotak dua ringgit. Barang bagus ni bang, diakui oleh persatuan doktor gigi antarabangsa. Kalau abang beli tiga kotak, ni, tengok ni, saya bagi berus gigi yang ada gambar haiwan-haiwan ni free satu kotak. Boleh bagi anak-anak abang ni. Amacam, boleh?
Man 2 :
Binatang.

Esofagus, Trakea, dan Kenikmatan Hidup Bersama Plankton

Posted by Ikhwan on July 26, 2006

Hemmmm, dah lama tak blog. Tak ada mood lately. Ok, sebab tu, maybe hari ini kita boleh tulis satu entry yang agak menyeronokkan. Ya, cerita pasal benda-benda yang seronok dan menarik, seperti esofagus dan sebagainya. Ya, betul tu, mari bercerita pasal esofagus. Alang-alang kita cerita pasal esofagus ni, mari kita bercerita sekali tentang sahabat karibnya, iaitu trakea.

Anda semua tentu pernah terfikir bagaimana makanan boleh masuk dari mulut ke dalam perut kan? Tak pernah?! Jangan tipu, setiap manusia yang hidup di dunia ini tentu akan terfikir tentang perkara ni walaupun cuma sekali seumur hidup. Jawapannya mudah, iaitu melalui esofagus. Ya, esofagus ialah saluran dari mulut ke perut untuk membawa makanan, minuman, dan benda-benda lain yang anda masukkan ke mulut (dan hidung) untuk sampai ke perut.

Bagaimana pula dengan sahabat karib encik esofagus ni tadi, iaitu trakea? Trakea pula ialah saluran yang menyambungkan hidung (dan mulut) ke paru-paru. Ya, oksigen, karbon dioksida, nitrogen, dan gas-gas nadir yang lain dibawa ke peparu melalui trakea. Trakea sangat penting dlm satu proses yang kita semua tak berapa suka nak buat, tetapi terpaksa dilakukan setiap waktu, iaitu proses pernafasan. Bernafas memang kadang-kala boleh jadi agak membosankan. Kalau kita tak perlu bernafas tentu kita dapat hidup di dalam air, bersama ikan-ikan dan plankton.

Makanan (seperti ikan dan plankton, yang telah digoreng) dari mulut yg telah dikunyah akan digerakkan melalui esofagus dengan proses peristalsis. Proses ini melibatkan pengecutan dan pengembangan otot-otot esofagus, yang menolak makanan hingga sampai ke perut. Udara pula ditolak ke paru-paru… eh, bukan trakea yang menolak udara tersebut. Udara disedut dan dipam oleh paru-paru sendiri. Err, sebenarnya oleh diafragma yg terletak antara paru-paru dan perut. Tapi tak apalah, yg penting trakea itu tidak bergerak-gerak. Ia boleh diibaratkan seperti sebatang paip air, yang keras begitu sahaja. Esofagus juga seperti paip, tetapi paip getah yang lembut, dan boleh bergerak-gerak.

Tahukah anda, kalau anda tersedak, itu bukan disebabkan ada orang tersayang sedang menyebut-nyebut nama anda dari satu tempat yang jauh seperti kisah mitos yang selalu kita dengar, tapi sebenarnya disebabkan objek seperti makanan atau minuman yang anda masukkan ke dalam mulut itu cuba meboloskan dirinya ke dalam trakea. Ini adalah perbuatan terlarang. Maka badan secara automatik akan mentersedakkan dirinya, memaksa objek tadi masuk semula ke laluan yang benar dan diredhai, iaitu esofagus. Bayangkan kalau anda tidak tersedak, tentu apple pie (atau kuih lepat pisang, pilih mana anda suka) yang anda cuba masukkan ke dalam perut itu termasuk ke dalam paru-paru. Ini tentu tidak diingini, kerana ia akan membuatkan paru-paru anda berasa.. manis. Perasaan manis bukanlah situasi yang normal bagi paru-paru.

Ya, begitulah dia adik-adik, episod Alam dan Manusia untuk kali ini. Semoga kita semua dapat bersama Abang Dozo lagi pada minggu hadapan, atau bulan hadapan, atau mungkin juga tahun hadapan. Perkara macam ni bukan boleh dirancang-rancang.

Minum Kopi Sakit Mata

Posted by Ikhwan on July 05, 2006

Pesakit:
Wahai tuan doktor, saya ada masalah lah tuan doktor.
Doktor:
Ya, saya memang dapat rasakan kamu ada masalah. Sebab tu kamu datang jumpa saya.
Pesakit:
Tuan doktor, saya ini, setiap kali saya minum kopi, mata kiri saya akan berasa sakit. Sangat menghairankan tuan doktor! Apa gerangan penyakit ini wahai tuan doktor yang bijak laksana?
Doktor:
Lain kali, kalau minum kopi, keluarkan dulu sudunya dari cawan.

Ya, ini lawak lama. Setelah aku mendengar lawak ni, aku jadi paranoid bila minum kopi. Aku tak mahu keluarkan sudu dari mug. Nanti berkecah meja aku. Jadi, bila minum kopi, ibu jari akan aku letakkan pada sudu, menjadikan pegangan tangan aku pelik sedikit.

Dan aku minum dgn berhati-hati. Kalau mata terkena sudu, masa minum kopi, tentu sungguh mengaibkan. Kalau jumpa doktor, tentu doktor akan ketawa terbahak-bahak sebelum membalut mata aku. Semasa membalut pun tangan dia akan terketar-ketar menahan gelak.

Fajax - the fake alternative to ajax

Posted by Ikhwan on July 04, 2006

Leon Bambrick, the SecretGeek, introduced Fajax - the fake alternative to ajax (a long time ago, but I just recently tried it). It works great!

While you’re there, do subscribe to his RSS, and read the Top 10 SecretGeek articles. Better yet, read everything in his site. It’s jolly good!

Kenapa, kebelakangan ni aku rasa…

Posted by Ikhwan on July 04, 2006

…malas nak hidup? Pelik betul.