Edisi Orang Biasa 2005-01-27

Posted by Ikhwan on January 27, 2006

Aku rasa lega hari ini, sebab esok sudah mula cuti yang panjang sempena Maal Hijrah, Tahun Baru Cina, dan Hari Wilayah. Oho, jarang ada cuti sederet macam ni. Sepanjang minggu ni aku rasa penat semacam, hampir hari-hari aku mengantuk kat ofis. Bos tengak tengok pun boleh lentok jugak. Nak kata tidur lambat tak jugak, macam biasa je. Entahlah, banyak benda dalam kepala kot. Cuti panjang mcm ni datang tepat pada masanya.

Rumah aku hampir kena rompak minggu lepas. Perompak tu berjaya lepas gate, berjaya buka grill besi, tapi sangkut pada pintu kayu. Sangka aku pintu kayu tu lah yang paling senang lepas. Zaman hostel dulu bbrp kali jugak meng’hack’ pintu mcm tu pakai prepaid card (atau credit card kalau kau kaya) bila terlupa bawak kunci. Mungkin ada orang nampak kot, maka sang pencuri lari. AlhamduliLlah.

Pintu gate depan tu rupanya kalau tolak kuat sikit je dah terbuka rupanya. Selak dia pendek. Grill yg dimangga dgn Solex (yg clone of course) mcm mana tah dia buka. Mangga tu dah dia bawak lari. Sekarang aku dah pakaikan rantai kat gate dan tukar mangga baru. Rumah kitorang yang nampak macam miskin (memang miskin pun) diorang nak masuk jugak. Nampaknya kena la hias supaya nampak lebih miskin lagi. Korang ada guni beras lebih-lebih tak?

Ada orang ajak aku keluar Sabtu esok. Tapi aku dah plan nak balik kampung. Sebenarnya balik kampung boleh tangguh, kampung aku 1 1/2 jam je perjalanan, bila-bila boleh balik. Aku pun memang terasa macam nak keluar jalan-jalan. Tapi kenapa entah aku tolak. Aku ni jenis bila dah plan tu aku malas nak ubah, walaupun boleh jugak kalau terpaksa. Memang bukan jenis sukakan perubahan? Mungkin cuma perubahan yg tak dirancang je kot? Atau mungkin cuma sebab aku ni terlampau anti-keseronokan. Sebab aku tak spontanious dan happy-go-lucky? Kadang-kadang aku tak suka dgn diri aku, dan fikir orang lain juga tak suka dgn aku.

Akhir kata, aku ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijriah utk saudara-saudara muslimin dan muslimat, dan selamat menyambut Tahun Baru Cina utk sahabat-sahabat yg menyambutnya. Dan tak lupa juga, selamat menyambut ulang tahun Wilayah utk orang-orang Wilayah Persekutuan. Orang tak wilayah tu diucapkan selamat bekerja dan padan muka tak dapat cuti :P

Font Kegemaran II

Posted by Ikhwan on January 27, 2006

Coding font kegemaran
Dalam post yg lepas aku ada cerita pasal font kegemaran. Dan sekarang aku sudah jumpa programming font kegemaran terbaru aku, iaitu Coding Font Tobi 1 (apa punya nama la). Yang aku peroleh dari Proggy Fonts. Selain Coding Font Tobi 1 ada juga font-font lain yang menarik yang lain mcm Proggy, Speed, Crisp dan Opti kat situ.

Sebenarnya apa yang aku cari pada sesuatu font tu? Ada beberapa kriteria, dan Coding Font Tobi 1 ada semuanya, tambah beberapa ciri yang menarik.

  • Beza ketara antara i (’ai’ kecil), I (’ai’ besar), l (’el’ kecil), dan 1 (satu).

  • Beza ketara antara o (’oh’ kecil), O (’oh’ besar), dan 0 (sifar).
  • Simbol-simbol ‘puntuation’ yang besar dan jelas ekor-ekornya mcm { [ ( , . ;
  • Letter-spacing tak terlalu jarak atau terlalu dekat.
  • Nampak anggun dalam saiz kecil. Aku suka kecil dan comel, sekilas pandang nampak semua.
  • Masih nampak jelas walaupun anti-aliased.
  • ‘Underscore’ tak bersambung bila letak 2 bersebelahan. Kalau tak nanti keliru sama ada 2 atau 3.
  • ‘Asterix’ besar saiznya, dan vertically aligned at the middle. My comments looks awesomely sweet babeh!
  • Masih cantik walaupun bold atau italic.

Cuma masalahnya aku rasa dia hanya nampak cantik dlm saiz 12pt shj, dan saiz dia tak byk. Bila select 14pt dia masih nampak macam 12pt. Bila gunakan dlm resolution yang besar nampak terlalu kecik pulak. Biasanya utk Courier New aku pakai 10pt. Saiz Coding Font Tobi 1 ni kalau 12pt kecil sikit dari 10pt Courier New. Kena la bagi masa sikit utk sesuaikan diri.

Tentang percubaan utk gunakan variable-width font utk programming tu nampaknya tak jalan lah. Bila tak pakai monospace aku rasa mcm hilang kawalan terhadap ruang. Tak pasti indention aku tu saiznya 2 space atau 4 space. Comment berterabur. Masalah utk bezakan variables. Aku dapat kegembiraan kecil bila tak sengaja terbuat variable mcm ‘nextElement’ dan ‘prevElement’. Dah la sama panjang, ada kaitan pulak tu, seronoknya!

Disamping itu, screenshot kat atas tu menunjukkan persekitaran Visual Studio aku sekarang. Color scheme digubah mengikut theme coffee utk Cream (satu clone GVim). Pada aku background kelam lebih sesuai untuk hari-hari yang panjang di pejabat.

Sampingan dari itu, code tu snippet dari my customization works untuk DataGrid. Setakat ni itulah ASP.NET custom control paling susah pernah aku buat :ph34r: :)

Jangan Puas Jadi Orang Kalah

Posted by Ikhwan on January 26, 2006

Di satu dinding di pejabat aku tertampal satu poster yang memberitahu kenapa kita perlu jadi nombor satu. Jangan puas dengan tempat kedua, sebab itu cumalah tempat terhadapan dalam barisan panjang orang-orang yang kalah.

Font Kegemaran

Posted by Ikhwan on January 18, 2006

Sebagai seorang programmer, yg hari2 datang kerja menghadap programming code, aku agak cerewet sikit tentang font yang aku gunakan. Ye lah dah hari2 mengadap tu, kena la cari yg cantik mata memandang.

Utk kerja2 membuat code dan plain-text editing, aku suka guna Courier New. Dalam Windows tak ada monospace font lain seseksi Courier New. Ok la, Lucida Console pun cun jugak, pernah la suka sekejap dulu, tapi lepas tu aku balik pada Courier New.

Pernah juga aku cuba cari font2 lain, yg monospace. Tapi tak jumpa lagi yg cun mcm Courier New. Hari ini tergerak pula nak cari di google. Oho, menarik! Cuba laman ni: Monospace/Fixed Width Programmer’s Fonts dan tengok preview font yg ada kat situ. Wow, byk yg seksi2! Bitstream Vera Sans Mono ye, patut la aku tengok Kate begitu cantik sekali…

Satu lagi terjumpa satu discussion di Joel On Software pasal font kegemaran jugak. Aku nak try beberapa suggestion yg diberi. Tapi sekarang kat ofis ni tak boleh nak download, so tak boleh la try sekarang. Sementara tu aku nak cuba pakai variable width font utk coding. Sebelum ni dah cuba, tapi aku tak suka varible width. But I wanna give it another shot. Sekarang tengah cuba font yg korang (utk Windows user la) tengah tengok ni, Trebuchet MS. Tengoklah 1-2 hari ni mcm mana.

Korang pulak macam mana? Ada font kegemaran?

Singleton Considered Stupid

Posted by Ikhwan on January 14, 2006

Singleton is stupid? Eheem.. I do wonder sometimes on why don’t I use a static method instead of a singleton.

The article said “functional programming” in some part. I do heard it a lot about it. Maybe I ought to try some Haskell one day.

Feed Aggregator Yang Mengubah Hidup

Posted by Ikhwan on January 14, 2006

Malam tadi borak dgn kawan, cerita pasal RSS/Atom feed reader/aggrator. Aku guna Newsgator. Aku kata, “Guna benda ni memang mengubah hidup aku la”. Kawan cakap, “Fuiyo, mengubah hidup tu.. Macam serius je”. Takde la totally mengubah hidup mcm accident, atau kahwin, atau membela haiwan peliharaan. But enough to add new perspective to my online life.

Guess what’s the first site I open when I come to work every morning? Newsgator! In fact I’ll go there almost everytime I got connected to the web. Apa yg bagus sgt pasal feed aggregator ni? Sebab dia boleh kumpul maklumat yg kau mahu pada SATU tempat. Nak baca blog aku tak perlu pergi website2 blog tu satu2 (and thats a lot of sites that I have to go). Aku ada feed Dilbert, daily comic strip to spice my day. And I can stay currently updated on latest news (s/ware development related of course). Sangat byk ilmu aku dapat dgn mengikuti feed dari blog2 s/ware dev professional…

Ada byk jenis feed aggregator ni. Ada web based mcm Newsgator, Bloglines, Google Reader, nak masukkan kat My Yahoo pun boleh. Yg non-web based pun ada. Errr.. cariklah, I tend to prefer the web based better.

Cuma satu problem besar. Aku asyik refresh Newsgator je utk tengok ada entry baru ke tak. Meaning less work done. Lebih2 lagi waktu buat kerja boring nak mampus mcm buat crystal report sekarang ni… Sorry boss. :P

Pasanglah Feed

Posted by Ikhwan on January 09, 2006

Kalau aku bernasib baik kadang2 aku terjumpa blog yg bagus. Kalau nasib aku betul2 baik blog tu sediakan RSS/Atom feed. Tapi kadang2 tidak. Malangnya. Sebab kebanyakan masa aku hanya baca blog yg tersenarai dlm subsciption news aggregator aku shj. Kau ingat aku boleh ingat nak datang blog kau yg tertimbun dlm bertimbun2 blog lain. Walaupun blog kau bagus.