Persetankan Semua Itu
Lama tak tulis dlm ni. Kenapa ye? Entahlah. Sekarang ni makin ramai rasanya baca blog ni, jadi aku rasa mcm tertekan sikit nak tulis. Macam kena perah otak lebih sikit. Sebab tu la kot? Can’t bear the limelight? Aaaaaah persetankan rasa tertekan itu, aku nak tulis pakai sesuka hati sanubari je ini malam.
So whats going on lately? Apa ye.. Minggu lepas aku kena pergi ke seminar bertajuk “Achieving Results with Influence” kat Port Dickson. Belajar cara menggunakan “influence” atau nama lainnya “persuasion”. Takde la kena mengena sgt dgn kerja aku ni, lebih pada soft-skills. Aaaaah persetankan kena mengena atau tak. Dpt knowledge free kita layan je la. Mungkin bos aku nak kasi peluang relax2 sikit kot. Lepak2 kat resort, sedut2 udara laut, mandi2 air panas (rumah aku takde air panas). Makan sedap, tu yg penting tu. Tapi yg sinisnya, aku dgn kawan2 aku telah bersetuju bahawa dgn kos menghantar kitorang ke kursus ni, lebih baik hantar kitorang ke TechEd Asia kat Singapore. Berganda2 lebih menyeronokkan!
Work has been pretty boring lately. I have a bunch of tables to study from the legacy system my company used. Apa la diorang buat ni. Ada ke satu table tu sampai 150 column lebih. Apa ke jadahnya. Kau bayangkan nak buat insert statement dia mcm mana. Boleh kena athma tau kena manage SQL statement pjg mcm tu. Kau pun tahu aku tak suka SQL statement kan. Kitorang kena buat some sort of web-based front for a module. Aaaaaah persetankan dgn column2 tu. Aku rasa aku tak nak pakai semua, pakai yg perlu dulu je. Tapi risau juga kalau esok2 bila nak buat integration macam mana la gamaknya.
Baru2 ni terserempak pulak dgn IoC - Inversion of Control - atau kalau ikut Martin Fowler di panggil Dependency Injector. Contoh framework yg ada ialah Avalon (dah mati kot projek ni) dan Spring. Tengok sikit2 je, dapat la sipi2, tak sempat nak baca lagi. Aaahhh, persetankan dgn sipi2, nanti ada masa aku nak baca betul2. Another one to put in my to-acquire-knowledge list.
Have quite some bunch of things going on in my mind. Some of it has been pending for a looong time. Tapi semuanya tak boleh dipersetankan begitu sahaja, kena buat jugak, tapi haven’t have enough courage yet to face the ugly face of laziness. Apa la laziness ni, kenapa la kau ugly sgt. Sungguh persetan kau laziness…
Trackbacks
Use this link to trackback from your own site.


tertekan sbb ramai yg baca? haha..
get rid off the counter la encik..
jgn persetankan…tak baik..
jgn malas…tak baik…
bak kata ‘org’…kalo malas baik pegi mati…hahahhaa:P
Aslilin: buang counter? errr, takpe lah, i think i can still manage the stress :)
Iza: ye betul tu, kalau malas baik pegi mati.. dah la malas, menyusahkan orang pulak tu, baik pegi mati dua kali..
“Lama tak tulis dlm ni. Kenapa ye? Entahlah. Sekarang ni makin ramai rasanya baca blog ni, jadi aku rasa mcm tertekan sikit nak tulis. Macam kena perah otak lebih sikit. Sebab tu la kot? Can’t bear the limelight?”
“limelight” - excuse me!!! ayat mcm bagus jer..
haha, ye lah. aku pun rasa ayat tu mcm over je.. oi aku, blah la aku, aku ingat aku tu mcm bagos sgt ke.. pigi dah aku..
Ayat aku pasal “Inversion of Control” tu pun ada silap sikit. “Dependency Injection” bukan nama lain bagi IoC. Setakat aku baca ni, ada dua cara nak buat IoC iaitu guna kaedah Dependency Injection dan satu lagi Service Locator.
Inversion of Control Containers and the Dependency Injection pattern
by Martin Fowler
http://www.martinfowler.com/articles/injection.html