Pantun Kebosanan

Posted by Ikhwan on June 06, 2005

I am damn bored today. Aku rasa macam nak meletup kebosanan. Oleh kerana terlalu bosan mari kita berpantun utk mengisi masa lapang..

Buah cempedak dibawa belayar,
Masak sebiji dalam perigi,
Kalau tuan pandai membayar,
Marilah membeli si berus gigi.

Bakar setangi tepi penjuru,
Wangi baunya setangi Arab,
Kalau tuan beli kanggaru,
Hidup mestilah bertanggung jawab.

Orang yang jauh rindu-rinduan,
Orang yang dekat dilupa jangan,
Kalau tuan tinggi di awan,
Janganlah asyik berangan-angan.

Bertabur-tabur biji delima,
Merah buahnya kulit merekah,
Kalau tuan adil saksama,
Di hujung minggu pergi berkelah.

Itulah empat rangkap pantun yg bertajuk “Kalau tuan” dari hamba. Terima kasih.
Kalau ada yang sanggup membeli, sudi sahaja hamba menjual.

Trackbacks

Use this link to trackback from your own site.

Comments

Leave a response

  1. aslilin Tue, 07 Jun 2005 15:52:00 MYT

    xtau nak edit pantun lama, ni pantun kat cyber cafe:

    nak basikal menyanyi-nyanyi
    salah kayuh jatuh parit
    bodohlah tuan kat sebelah ni
    main game tak payahlah jerit-jerit!

  2. Ikhwan Tue, 07 Jun 2005 15:58:00 MYT

    ni jual ke beli ni? ah, tak kisahlah, aku nak beli jugak..

    Naik basikal jatuh ke parit,
    Sudah jatuh disengat keli,
    Suka hatilah dia nak menjerit,
    Dia menjerit sesuka hati..

    Muahahhaha..

  3. fuza Tue, 07 Jun 2005 16:51:00 MYT

    pandainya dia berpantun..boleh ganti Karam Singh Walia!! byknya masa dia karang2 pantun..mmg melayu sejati lah!

  4. Ikhwan Tue, 07 Jun 2005 17:08:00 MYT

    Walaupun cik Fuza tak menjual pantun, tapi aku nak beli jugak..

    Bersanggul emas sisir suasa,
    Puteri raja dipinggir kali,
    Karam Singh Walia berperibahasa,
    Pandai berpantun tidak sekali..

    Ewwaaahh.. Heyyy Jebat, andai kau anak jantan marilah kita bertikam keris!

  5. noyu Wed, 08 Jun 2005 11:17:00 MYT

    ape kes la cik 1khz nih.. hurmmmm

  6. Ikhwan Wed, 08 Jun 2005 12:02:00 MYT

    biarkan hamba sahaja yg menjawab pantun satu kerat cik Noyu itu..

    Kalau todak mencari lawan,
    Habis pagar berkubu betis,
    Kalau “apa kes?” soalan tuan,
    Terus hamba menjawab “antikes!”.

    Muahahaha.. Hey Tuah, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!

  7. noyu Thu, 09 Jun 2005 17:30:00 MYT

    wahhh..mantap giler ko eik baru ku tau ko pandai berpantun…aahahah…

  8. Ikhwan Thu, 09 Jun 2005 17:37:00 MYT

    Hehe, demam pantun aku masih belum kebah..

    Mengadap raja bersembah ampun,
    Negeri jauh beribu batu,
    Pandai berpantun bersopan santun,
    Sungguh molek dibuat menantu..

    Muahahhaha.. apa ni habis2 pantun je mesti gelak..

  9. Ijok Fri, 10 Jun 2005 00:27:00 MYT

    apa nak heran.dulu dia nie juara pantun antara kelas.tgklah sapa penyokong yer..heheh

  10. iza Fri, 10 Jun 2005 18:22:00 MYT

    ala..takat pantun…kacang jek…tgk aku puisi plak…hehehhe…:P

  11. Anonymous Fri, 10 Jun 2005 21:01:00 MYT

    aku rasa tertarik la nak berpantun jugak… harap2 ko tak kisah…

    Ada seekor burung belatuk
    Cari makan di kayu buruk
    Tuan umpama ayam pungguk
    Segan mencakar rajin mematuk

    p/s copy + paste jer… wah ha ha

  12. Ikhwan Sat, 11 Jun 2005 23:38:00 MYT

    Cisss, sungguh dalam kata2 mu Cik Anonymous.. :)

    Anak itik di tepi jeram,
    Ayam pungguk di tengah laman,
    Ayatmu tuan menghiris tajam,
    Hamba mematuk rezeki tuan?

    Heeyyy Jebat, semacam sahaja ayatmu Jebat? Maksud yg benar apa gerangan? ;)

  13. Anonymous Mon, 13 Jun 2005 14:53:00 MYT

    Hey Tuah, terimalah pantun ayam itik….

    Orang Rengat menanam betik
    Betik disiram air berlinang Hilang semangat penghulu itik
    Melihat ayam lumba berenang

    Wah ha ha ha…

  14. Ikhwan Mon, 13 Jun 2005 17:19:00 MYT

    Alamak, ni dah masuk pantun bertemakan haiwan peliharaan ke?

    Betik disiram air berlinang,
    Pokoknya tinggi batangnya sendeng,
    Kalau ayam pandai berenang,
    Tentu kambing menari Ronggeng.

    Cis Lekiu, ramai penduduk Pura Chendana ini yg pandai berpantun rupanya..

  15. Anonymous Mon, 13 Jun 2005 21:59:00 MYT

    Ciss Lekir… terimalah pantun ku seterusnya

    Kalau mengail di lubuk dangkal
    Dapat ikan sepenuh raga
    Kalau kail panjang sejengkal
    Jangan lautan hendak diduga

    Hei Lekir, ayuh buka langkahmu…

  16. Ikhwan Sun, 19 Jun 2005 00:42:00 MYT

    Sori la Lekiu,terlambat hamba membalas pantun tuan, ibu hamba memanggil hamba pulang utk membanting padi..

    Mana hujung yg mana pangkal,
    Depan belakang sama seakan,
    Kalau kail panjang sejengkal,
    Pukat harimau hamba labuhkan.

    Heh Lekiu, apa lagi akalmu Lekiu.. Langkah sudah ku tahan, buah jurus tak kunjung tiba? Muahahaha..

  17. Anonymous Tue, 21 Jun 2005 08:46:00 MYT

    Hei Lekiu..!! eh silap! Hei Lekir..
    Sambut pantunku ini!

    Limau bentan di tepi tingkap;
    Budak-budak melempar burung;
    Harimau di hutan lagi kutangkap;
    Inikan pula cicak mengkarung.

    Apa lagi jurus yang kau sembunyikan? Wah ha ha ha…!!

  18. Ikhwan Wed, 22 Jun 2005 10:03:00 MYT

    Harimau sakit bolehlah kau tangkap Lekiu.. Orang memanggil kita menyahut, orang berpantun kita bersambut!

    Limau bentan dimakan burung,
    Tinggal sebiji si limau purut,
    Kalau aku cicak mengkarung,
    Tentu engkau tikus cencurut!

    Mari Lekiu Si Anonymous, mahukah kau teruskan lagi perseteruan kita?!

  19. Anonymous Wed, 22 Jun 2005 12:58:00 MYT

    Cheiss Lekir…
    tikus cencurut, cicak mengkarung,
    ayuh pengecut, kita bertarung;

    Sampan kotak mengapa dikayuh,
    Hendak belayar ke tanah seberang,
    Patah kepak bertongkatkan paruh, Pantang menyerah di tengah gelanggang.

    Hei Lekir.. hulurkan keris, kita bertarung..!!

  20. Ikhwan Wed, 22 Jun 2005 15:26:00 MYT

    Hah Lekiu, keris dan sarung sudah lama berpisah, menunggu kuhunuskan sahaja..

    Mendayung kolek ke tanah seberang,
    Habis sudah delapan hari,
    Pantang menyerah di tengah gelanggang?
    Pergilah tepi menyerah diri..

    Cheiss, terimalah tikaman keris Taming Suria ku ini.. Nah!

  21. Anonymous Wed, 22 Jun 2005 17:11:00 MYT

    Hey Lekir, tidak ku gentar dgn keris Taming Suria mu yg berkarat itu…

    Putus sudah tali temberang,
    Semasa belayar di sampan kotak,
    Jgn berlagak jaguh yg garang,
    Kepala sendiri nanti yg retak.

    Hey Lekir, tidak hamba takut dgn tikaman keris tuan itu…

  22. Ikhwan Thu, 23 Jun 2005 15:38:00 MYT

    Heh Lekiu, ini bukan karat, ini ferum oksida..

    Bukan gagak sebarang gagak,
    Ini gagak emas di sisi,
    Bukan lagak sebarang lagak,
    Ini lagak penuh berisi..

    Ewwaahh..
    Keris ku sudah tertusuk dipahamu itu wahai Lekiu. Kau masih tak takut lagi?

  23. Anonymous Fri, 24 Jun 2005 11:29:00 MYT

    Cheiss…, indah sungguh bahasa tuan hamba ya Lekir…

    Penuh seraga ikan kekisi,
    Menjadi dagangan di Indrapura,
    Kau kata langkahmu penuh berisi,
    Rupanya sumbang seperti kera.

    Nah, terimalah tikaman hamba..!!!

  24. Ikhwan Fri, 24 Jun 2005 16:55:00 MYT

    Aku tepis.. Hihihi, tak kena, padan muka..

    Bukan kumbang sebarang kumbang,
    Ini kumbang dari tenggara,
    Bukan sumbang sebarang sumbang,
    Kera penyumbang pembangunanan negara..

    Satu lagi pantung bertemakan “bukan sebarang” dariku. Kau masih tak serik lagi Lekiu? Nah ambil ni pula rejaman lembingku yg bernama Sang Ganggayu!

  25. Anonymous Fri, 24 Jun 2005 18:17:00 MYT

    Huh! Lekir, tidak ku takut dgn tikaman Taming Suria mahupun rejaman Sang Ganggayu kerana aku ada hikmat badan kebal titanium peringkat ke-9. Terimalah penangan aku seterusnya! Hiyarghhh….

    Perahu payang layarnya merah,
    Belayar menuju arah utara,
    Keris dipegang bersintukkan darah,
    Manakan kera membangunkan negara?

    Hey Lekir! Sudah tembus rusukmu hamba tusuk dengan Pedang Sang Gonjengan. Apa lagi yg kau ada?

  26. Ikhwan Sat, 25 Jun 2005 10:12:00 MYT

    Sia-sia sajalah pertapaan ku di Bukit Siguntang jika tidak dapat aku menepis pedang mu itu. Ini bukan betul2 tembus ni Lekiu, ini helah saja. Hikmat Khayalan Ghaib ni mmg tiada tandingannya..

    Malam gelap suluh lentera,
    Lentera usang sumbunya senget,
    Janganlah engkau menghina kera,
    Kera pembangun negara monyet.

    Pedang mu kulihat bagai parang kontot gamaknya.. Muahahaha..

  27. Lekiu Sun, 26 Jun 2005 20:43:00 MYT

    Cheiss Lekir… tidak semudah itu kau boleh mengaburi mataku yg tajam ini. Rasakan hikmat Libasan Maut Tanpa Bayangan aku…

    Di malam kelam mencari lentera,
    Lentera usang di atas papan,
    Engkau bersilat terkinja-kinja,
    Macam kera terkena belacan.

    ha ha ha…. amacam Lekir? Ayuh, kita teruskan pertarungan kita!!

    p/s: aku post guna nama Lekiu lak.. tamau pakai Anonymous.

  28. Ikhwan Tue, 28 Jun 2005 14:50:00 MYT

    Hahah, bagus Lekiu, tidak sia-sia guru kau mengajarkan kau dulu ilmu itu di sekolah tadika..

    Handal si tukang pembuat batil,
    Memaku dulang paku serpih,
    Engkau pun silat terkebil-kebil,
    Mengata orang dia yang lebih..

    Walaupun engkau sudah menggunakan nama sebenar, aku tidak akan juga takut padamu Lekiu.. Muaahaha..

  29. Lekiu Tue, 28 Jun 2005 21:08:00 MYT

    Cheiss Lekir!! Itu baru sikit. Ambik ni plak!

    Berjalan2 pergi ke kedai,
    Pergi membeli sebungkus black pepper,
    Kalau engkau belum jadi Jedi,
    Jgn nak bermain dgn lightsaber.

    Ini Lekiu, Tok Guru segala Jedi…

  30. Ikhwan Wed, 29 Jun 2005 09:51:00 MYT

    Hah, sekali lagi aku dapat menepis dgn gaya sendeng..

    Kalah bota dengan Kelembai,
    Kalah Garuda dengan Jentayu,
    Padawan kecil berlagak Jedi,
    May the force be with you..

    Ini Lekir, Dark Lord of the Sith..
    Ultimate powerrr…! (tangan keluar karan)

  31. Lekiu Wed, 29 Jun 2005 13:46:00 MYT

    Chitt poodah…!!! Aku tepis karan ko dengan Jedi Force Shield…

    Air dalam bertambah dalam,
    Hujan di hulu belumlah teduh,
    Hati dendam bertambah dendam,
    Dendam dahulu belumlah sembuh.

    Ha ha ha… karan ko tu aku dah derma kat TNB….

  32. Ikhwan Wed, 29 Jun 2005 14:39:00 MYT

    Eh, jangan kau beri karan ku pada TNB. Nanti over-charged, blackout seluruh Tanah Melayu ini!

    Sungguhlah lebat hujan di hulu,
    Orang dihilir menjadi gamat,
    Sungguh pun dulu kucuri aiskrim mu,
    Tak kan lah sampai berdendam kesumat?

    Sudah habis kah seluruh jurusmu kau pertontonkan?

  33. Lekiu Wed, 29 Jun 2005 16:58:00 MYT

    Kau jgn risau Lekir! Aku ada berjuta2 lagi jurus… Kali ini, biar hamba duga tuan hamba dgn pantun lapan kerat pula.

    Korek perigi di parit seberang,
    Tepi parit tumbuh mengkudu,
    Berselang dengan pohon puding,
    Hidup subur kanan dan kiri,
    Tuan pergi bertarung seorang,
    Tiada saudara tempat mengadu,
    Tiada perisai mahupun pendinding,
    Berambuslah keluar larikan diri!

    Amacam Lekir? Dendam kesumat hamba masih belum berbayar.. Biarpun kau memberiku kilang aiskrim Wall pun masih belum dpt menebus hutangmu itu!!! wah ha ha ha….

  34. Ikhwan Wed, 29 Jun 2005 18:02:00 MYT

    Wow, pantun 8 kerat?! Aaah, 8 juta kerat sekalipun aku tak kan gentar!!

    Aku tidak gemarkan pantun 8 kerat, sebab tak sedap. Biarlah aku terus dgn 4 kerat. Tapi agar kau tidak menangis, maka akan ku berikan DUA rangkap sekaligus..! Perdengarkan:

    Rumpun semalu renek serangkai,
    Elok terletak atas jambangan,
    Mengapa perlu berteman bagai,
    Malah ku pencak sebelah tangan.

    Jambangan gantung di atas pancang,
    Dibawa mari dari Pangkor,
    Sungguhkah handal bagai dicanang?
    Janganlah lari bercawat ekor…

    Sungguh rakus dikau, sekilang aiskrim pun tidak dapat memuaskan nafsu amarah mu itu.. Isk, isk..
    Muahahaha..

  35. Lekiu Wed, 29 Jun 2005 20:59:00 MYT

    Cheiss Lekir… Bijak juga tuan hamba mengambil peluang membalas dgn dua jurus pantun… bijak.. bijak.. Terimalah jurus hamba seterusnya,

    Rumpun semalu di tepi titi,
    Titi dibuat tinggi di atas,
    Dalam telur lagikan dinanti,
    Inikan pula yang sudah menetas!

    Lemaknya nasi bergulai udang,
    Lemak berbau santan kelapa,
    Relaku bertarung berputih tulang,
    Tidakku mahu berputih mata.

    Chiess Lekir!! Hutang aiskerim harus dibayar dgn darah…!!! Muah ha ha ha…

  36. Ikhwan Thu, 30 Jun 2005 14:57:00 MYT

    Eleh, ingat dgn puji2an itu dapat mengkesampingkan pukulan ku ini?! Tidak sekali.. puji tetap puji, pukul tetap pukul..

    Buah terung si biji pinang,
    Masak kuah air mendidih,
    Betul bertarung berputih tulang?
    Angkat sajalah bendera putih..

    Pisang sesikat buahnya empat,
    Mahu dibuat lepat dan pengat,
    Mari dekat marilah cepat,
    Marilah rapat ku lipat-lipat.

    Ya… dan hutang karpet mesti dibayar dgn duit, hutang kereta dibayar bank-in..

  37. Lekiu Fri, 01 Jul 2005 15:39:00 MYT

    Biler lak aku puji kau? Jgn lak ko nak kembang lubang idung…

    Anak jawa bersampan kotak,
    Muatan sarat dengan ragi,
    Biar retak bumi ku pijak,
    Kau tidak ku lepas lagi!

    Banyak batang tumbuh cendawan,
    Cendawan kukur jalan ke sawah,
    Jangan engkau mengaku pahlawan,
    Baruku gertak sudah melatah.

    Cheiss… aku boleh bayar utang karpet ngan utang kereta pakai credit card!

  38. Ikhwan Fri, 01 Jul 2005 16:59:00 MYT

    Bayar dgn credit card? tu hutang dibayar dgn hutang tu..

    Ditepi bangsal longgok jerami,
    Hampas tebu di dalam raga,
    Jangan bercakap tak jejak bumi,
    Cacing mahu berlagak naga…

    Tidak ada masa hamba membalas pantun tuan. Ibu hamba sangat byk menyuruh hamba membanting padi hari ini..

  39. Lekiu Mon, 04 Jul 2005 13:49:00 MYT

    Hamba pun tak banyak masa hari ni nak berbalas pantun dengan tuan hamba kerana bapa hamba menyuruh hamba menjala ikan di muara;

    Timbang gula guna dacing,
    Ikan gelama di dalam raga,
    Cacing bukan sebarang cacing,
    Cacing sudah menelan naga.

  40. Ikhwan Tue, 05 Jul 2005 17:26:00 MYT

    Hahaha, goreng pon sodap..

    Pokok kangkung tumbuh melata,
    Tumbuh melata ke batas ubi,
    Kan benar hamba dah kata,
    Cacing bercakap tak jejak bumi.

    Cis, Lekiu.. Tentu kau ingat aku dah penat kan? Aku masih ada tenaga lagi Lekiu..!

  41. Lekiu Wed, 06 Jul 2005 20:19:00 MYT

    cheiss Lekir! Ini cacing ajaib la…. Sudah hamba katakan ini cacing memang handal.

    Padi sawah tumbuh melata,
    Itik serati pulang berkawan,
    Bukan sebarang hamba mengata,
    Tak usah tuan mengaku pahlawan.

    Hei Lekir… hamba sudah pulang dari menjala gelama… Ayuh, teruskan pertarungan kita!

  42. Ikhwan Thu, 07 Jul 2005 07:30:00 MYT

    Haha, banyak dapat ikan Lekiu? Boleh sedekah kat aku sikit buat masak lemak kencur..

    Itik serati pulang berkawan,
    Masuk reban satu persatu,
    Sudah memang aku pahlawan,
    Kalau tak mengaku dikata menipu.

    Ini sudah jurus ke berapa ni? Lima ratus dua puluh tujuh?

  43. Lekiu Thu, 07 Jul 2005 10:17:00 MYT

    Aku sedekah kat kau ikan duri dengan belut elektrik boleh la…

    Itik serati pulang berkawan,
    Mati seekor disambar musang,
    Kalau tuan mengaku pahlawan,
    Mengapa kelibat masih menghilang?

    hah, pantun itik serati keluar lagi sekali… ini jurus ketiga utk itik serati…

  44. Ikhwan Sun, 10 Jul 2005 01:41:00 MYT

    Muahaha, kau ni masih tak serik2 lagi Lekiu..

    Padang lapang dilapis bendang,
    Gunung-ganang dilapis hutan,
    Hamba datang membawa parang,
    Hamba pulang membawa korban.

    Yeaaarrgh.. Aku potong2kan tangan dan kaki kau Lekiu..

  45. Lekiu Tue, 12 Jul 2005 12:22:00 MYT

    Wei Lekir…. bukak la post baru utk pantun…

    Sayup menghijau permatang bendang,
    Di hujung bendang berlapis hutan,
    Bukan hambat takutkan parang,
    Takut tuan menjadi korban.

    Huh, ada hati nak kerat tangan dan kaki hamba rupanya.. Mari kita lihat siapa yg kena kerat…

  46. Ikhwan Tue, 12 Jul 2005 16:08:00 MYT

    Semayam sultan di singgahsana,
    Dihidang dayang tari-menari,
    Kalaulah tuan bijak laksana,
    Apa binatang keris di kaki?

    Haaaaaa.. Lekiu, otak aku dah krem.. Takde idea nak pantun dah ni :D

  47. Lekiu Wed, 13 Jul 2005 16:05:00 MYT

    Jawapan nyer ayam..!!! Ok la, otak aku pun dah jem asyik main pantun jer… Masuk blajar balik..

Comments

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. You can register to this site so you won't be asked to do this again. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word