DTTF: Motorbot Polis Marin

Posted by Ikhwan on June 23, 2005

Abu Bakar
Kosong pulak jalan raya ni, selalu waktu macam ni sesak.
Ali Akbar
Ye lah.
Abu Bakar
Eh, tengok motor polis tu laju betul lah.
Ali Akbar
Wuih, polis apa ni, polis marina agaknya?
Abu Bakar
Apa pulak polis marina… Polis marin la.
Ali Akbar
Aha, betul tu. Motor tu laju tu, motor apa la tuh?
Abu Bakar
Motorbot aku rasa.
Ali Akbar
Oh I see…

MEDC 2005

Posted by Ikhwan on June 23, 2005

Khamis lepas, 16 June aku pergi ke Microsoft MEDC (Mobile & Embedded DevCon) 2005. Kompeni bos aku sponsor la, aku pergi free. Sebenarnya aku tak berapa minat sangat nak pergi tengok benda2 berasaskan mobile/handheld ni, tak taulah kenapa, mungkin sebab penggunaannya kat Malaysia ni tak luas lagi. Syarikat2 masih belum mahu invest dlm benda2 ni, dan infrastruktur komunikasi yang ada pun masih tak kukuh dan masih mahal. Kalau takat standalone app tu apa nak dibuat, takde benda sgt sekarang ni. Kalau berkaitan develop mobile Java app atau Symbian based app aku berminat jugak la. Boleh bikin duit maaa ini barang..

Tapi free kan, pegi je la. Ini kira second time la aku pergi benda2 anjuran Microsoft ni. Syok juga sebenarnya. Buat kat the spanking brand new KL Convention Centre, dekat KLCC. Aku datang awal dalam pukul 8.00AM, acara mula dalam 10.00AM. Sempat juga la aku borak2 dgn sorang mamat ni, Izuddin nama dia, dari Netmyne.

Acara pertama ialah keynote speech oleh.. oleh sapa tah aku tak ingat, ada la beberapa orang bercakap. Lepas tu sampai petang ada sesi talk tentang teknologi2 Windows Mobile dan Windows Embedded. Talk yang aku masuk kebanyakannya yg berkaitan mendevelop mobile apps dalam Visual Studio .NET 2005. Wuih best juga, tapi aku tak ada masa nak try lah benda2 ni. Nanti besok2 (tahun depan ke) baru aku try. Lagipun yg dia tunjuk tu VS.NET 2005, dlm PC aku ada VS.NET 2003 je.

Selain talks ada juga exhibition sikit2. Ada jugak hands-on lab utk sapa2 nak cuba sendiri develop benda2 tu. Aku tak pergi sebab rasa malu pulak nak masuk. Rupa2nya best kawan aku cakap. Lain kali kalau pergi aku nak try lah.

Yang menariknya ada beberapa contest yg dibuat. Pertama ada contest “Break The Code”. Ada beberapa siri riddle dipaparkan kat website MEDC beberapa minggu sebelum ni. Tak susah pun, binary representation on ASCII codes, tukar je jadi char, dapat ayat. Ada 4 part yg ditunjukkan dlm website, part ke-5 diberi masa keynote speech. Kena “decrypt” dan submit pada mereka. Lagi satu contest ialah SMS contest. Sepanjang hari tu 8 soalan akan dihantar pada handset kita, kita reply je la dgn jawapan. Dan ada lagi ada acara cabutan bertuah dan pertandingan kerusi berlagu. Takde lah, mana ada kerusi berlagu, kau ingat sukaneka tadika ke?

Yang lagi bestnya nak tahu apa? Aku dapat 2 hadiah, utk Break The Code dan cabutan bertuah. Dapat keyboard Microsoft. Dua-dua keyboard, hahahahampeh. Tapi OK la, keyboard ni mahhal tau kalau beli. Ruginya tak dapat tempat 1 hingga 3 sebab hadiahnya PDA HP iPAQ. Izzudin yg aku jumpa waktu pagi tadi boleh pulak dia menang DUA iPAQ tu.. Wah, untung sabut timbul betul lah..

postscriptum
- I’ve actually snapped some pics over there, maybe I’ll post it here when I have the opportunity.
- Dah lama juga tak ada entry baru. Rasa mcm takde mood nak blog. Sesiapa boring dan mahu lihat pertarungan pantun pemusnah kebosanan sila ke sini

Geek Joke

Posted by Ikhwan on June 09, 2005

Q: Why do computer geeks celebrate Halloween on Christmas?
A: Because Oct 31 is equal to Dec 25.

Hahhaha, this is a good one… What, you didn’t get it?

Penuh Siyal Desktop Aku

Posted by Ikhwan on June 08, 2005

Meja bagi aku adalah tempat untuk meletak barang. “Desktop” itu adalah “permukaan meja”, tempat barang2 tersebut diletakkan. Memang tabiat buruk aku ialah meletakkan barang bersepah2 di atas meja. Maka “desktop” di PC ini pun tidak ketinggalan menjadi tempat untuk icon disepah2kan. Cuma yg bagus sikit aku boleh align in grid.

Pantun Kebosanan

Posted by Ikhwan on June 06, 2005

I am damn bored today. Aku rasa macam nak meletup kebosanan. Oleh kerana terlalu bosan mari kita berpantun utk mengisi masa lapang..

Buah cempedak dibawa belayar,
Masak sebiji dalam perigi,
Kalau tuan pandai membayar,
Marilah membeli si berus gigi.

Bakar setangi tepi penjuru,
Wangi baunya setangi Arab,
Kalau tuan beli kanggaru,
Hidup mestilah bertanggung jawab.

Orang yang jauh rindu-rinduan,
Orang yang dekat dilupa jangan,
Kalau tuan tinggi di awan,
Janganlah asyik berangan-angan.

Bertabur-tabur biji delima,
Merah buahnya kulit merekah,
Kalau tuan adil saksama,
Di hujung minggu pergi berkelah.

Itulah empat rangkap pantun yg bertajuk “Kalau tuan” dari hamba. Terima kasih.
Kalau ada yang sanggup membeli, sudi sahaja hamba menjual.

DTTF: Seorang Tua Di Tepi Jalan

Posted by Ikhwan on June 01, 2005

Skywalker :
Kau nak tahu, semalam aku nampak siapa?
Kenobi :
Nampak siapa?
Skywalker :
Masa aku balik kerja aku nampak ada seorang tua tengah duduk di tepi jalan.
Kenobi :
Duduk tepi jalan? Dia buat apa?
Skywalker :
Tak buat apa. Duduk macam tu je.
Kenobi :
Ahha, lepas tu?
Skywalker :
Tu je aku nak cerita.
Kenobi :
Tu je? Seorang tua duduk di tepi jalan?
Skywalker :
Ye lah.
Kenobi :
… May the force be with you.