ITTutor Masuk Kosmo
Dalam akhbar Kosmo hari ini, pada mukasurat 28, ada artikel bertajuk “ITTutor.net teras generasi siber”. Aku sebagai salah seorang ahli ITTutor sudah tentulah berasa bangga. Nampaknya ITTutor semakin hari semakin mendapat pengiktirafan ramai.
Tahniah pada bro Rizal, Faris, Ihsan, dan para admin serta para penyokong setia ITTutor.

ITTutor.net teras generasi siber
(pic kredit to Dimenxion)
One Fine Day
Pagi ini aku pakai seluar yg lama aku tak pakai sebab dulu dah sempit. Kali ni aku try boleh pulak. Mungkin pinggang aku dah mengecil sebanyak 2cm.
Aku pakai tali pinggang yang baru aku beli malam tadi. Nampak OK, walaupun beli murahan punya.
Everything looks good, and I said to myself, “It’s going to be one fine day today!”
Aku start motor, masuk gear 1, jalan. Nak tarik clutch masuk gear 2.. Tusss.. Kabel clutch putus. Hampeh!
Bila dah masukkan dompet, handset apa semua, rasa macam takde la longgar pun seluar ni..
How to Use Design Patterns
Artikel ni dihantar ke group Hamdi-OOAD (tak pasti la betul ke tak nama group ni :) oleh the Bro Hamdi sendiri. Interview dgn Erich Gamma, salah seorang dari the “Gang of Four”. Aku tak baca lagi ni, nanti kejap banyak kerja.
Walaupun aku baru belajar sikit, namun memang terasa OOAD dan Pattern telah banyak membantu aku dlm kerja sehari2an mendevelop software. Setakat ni rasanya dah guna patterns seperti Singleton, MVC, Moment Interval, Party-Role, Facade, dan aku merancang utk belajar dan gunakan kesemua2 yg perlu.
Terima kasih banyak pada Bro Hamdi yg byk mencurah ilmu padaku tentang OOAD dan patterns (ada byk lagi aku nak timba ilmu ni). Moga Allah curahkan rahmat pada org2 yg ikhlas menyebarkan ilmu macam dia, dan semoga Allah kekalkan semangat dan ketabahan aku utk menadah ilmu2 yg dicurahkan ni.
Dalam interview ni jugak ada ada sebut tentang buku Head First Design Patterns yg rasanya sangat menarik (ada gambar aweks kat kulit depan!). Dah download sample chapter dia. Dah download ni kena la baca pulak…
Python Challenge
Somebody posted this thing at ittutor. Mula2 buat tak endah, sebab aku mana tau Python. Tengok ada org reply kata seronok pulak, maka aku pun mula terpengaruh. Wah, rupa2nya mmg seronok! Best siyut benda ni. Aku dah sampai riddle #5 dah sekarang.
Tak perlu tahu Phyton pun boleh buat riddle ni, pakai language apa pun boleh. Kecuali riddle #5 dan #23, yg dua ni mmg kena pakai Python (according to the faq). Setakat ni aku guna PHP utk membantu aku. Riddle #4 aku guna JavaScript XmlHttpRequest, #0 aku pakai calculator je :)
Hihi, seronooook sangat, beessstt sangat! (pegang handset, letak tangan di pipi, dan sebut seperti gaya iklan “Tentang Dia”). Aku nak cuba la selesaikan sejauh mungkin. Solutions nanti aku post kat sini. Seronok sampai terlupa buat kerja! (Syyyhh, diam2, jgn kasi tau boss!)
In The Near Future

In the near future..
Terjadi lambakan tenaga kerja dlm pelbagai bidang. Kadar pengangguran di kalangan graduan meningkat secara drastik setiap tahun. Oleh kerana tiada pilihan, para graduan akhirnya terpaksa memilih bidang keusahawanan dan membuka perniagaan sendiri walaupun cuma menjual char koay tiaw di pasar malam. Oleh kerana tiada alternatif lain utk mendapatkan sesuap nasi, mereka semua terpaksa bekerja bersungguh2 dan akhirnya berjaya dlm perniagaan mereka.
In future farther than the near one mentioned before..
Melihat betapa ramai usahawan2 yg berjaya ini, maka para lepasan pengajian tinggi yg baru keluar pula lebih teransang utk memulakan perniagaan sendiri berbanding berkerja dgn orang lain. Lama-kelamaan bekalan tenaga kerja berkurangan dan kadar gaji naik secara mendadak. Bekerja menjual char koay tiaw tanpa apa2 previous experience sahaja gajinya menjangkau RM4000 sebulan.
In the far future..
Oleh kerana gaji yg lumayan, para graduan bertukar selera kepada lebih gemar bekerja dgn orang lain oleh sebab menguruskan perniagaan sendiri adalah memenatkan. Roda kehidupan berputar. Menjalankan peniagaan sendiri kembali dilihat sebagai alternatif yg lebih sukar. Kembali terjadi lambakan tenaga kerja dan sejarah berulang kembali.
In the future so far away, you can’t even imagine how far…
Manusia sudah sedar dan bosan dgn kehidupan yg sebenarnya berputar2 atas dan bawah. Manusia tidak perlu fikir pasal kerja kerana teknologi sudah terlalu canggih waktu ini. Manusia zaman ini hanya perlu benda asasinya iaitu nutrien utk tubuh. Keperluan lain akan di stimulasikan terus ke dalam otak (macam Matrix tapi tiada robot jahat). Tiada keinginan untuk wang, kerana semuanya percuma. Tumbuhan ditanam oleh robot2 yg digerakkan dgn kuasa solar. Protein dikulturkan dlm tabung2 uji. Bahan mentah makanan diproses menjadi zat2 yg tulen dlm bentuk cairan, dan disalurkan terus ke dalam saluran darah manusia. Manusia hidup di dalam pod berisi cairan yg memelihara kulit dan organ luaran (ya, macam Matrix). Bagai tidur, tapi otak bergerak, dirangsang stimuli. Semua manusia hidup merajai dunianya sendiri. Tiada perang. Dunia yg pasif, tapi semua gembira…
Ni ramalan ala Nostradamus aku yg diusulkan tanpa ilmu yg benar dan bukti yg kukuh mengikut buah fikiran kepala hotak aku yg tengah malas ini…
Chinese Wedding Dinner
Malam tadi aku pergi wedding dinner kawan aku. This is the first time I attend a Chinese wedding. Kawan aku ni colleague kat tmpt kerja, duduk sebelah aku lagi. Banyak duit jugak kawan aku ni, dia buat kat Hotel Royale Bintang.
Datang je mmg agak kekok la jugak, apa benda nak buat? Mula2 kena sign-up dulu lepas tu kasi ang-pau kat “kaunter pendaftaran”. Lepas tu duduk kat meja tunggu makan. Tiba2 pengacara majlis announce something, aku tak faham dia cakap Kantonis. Tiba2 ada muzik, si kawan aku ni masuk dari pintu besar sambil menyanyi. Wah lau! Mula2 ingat miming, rupanya suara betul, sedap juga suara dia ni.
Makan sedap2 maa.. Ada shark fin soup, ada abalone, ada ikan bawal kukus, itik, udang, sea cucumber, dessert dan sebagainya. Orang2 Cina ni makan mmg grand lah, sedap2 belaka. Member Cina yg duduk semeja dgn aku ke suruh aku minum red wine. Aku pun sebab nak amik hati dia, terus je tak minum red wine tu. Aku cakap tak minum la, ingat apa, sebab nak amik hati orang boleh kufur arahan Tuhan?! Aku tolak, dia suruh jugak. Banyak kali la suruh. Apa la ni orang. Last2 sebab dia dah beria2 sgt suruh minum, maka terpaksa la aku tak minum jugak. Tak minum la! Aku masih beriman pada hari akhirat laa!
Best gak chinese wedding dinner ni. Meriah. Kawan aku si pengantin ni nyanyi 2-3 tiga lagu jugak. Pastu ada jemput kawan dia nyanyi lagi. Lepas tu dia pegi tiap2 meja jerit “Yaaaaaaammmm Seng!”, pastu minum la. Aku ikut la jerit, tapi aku “yam cha” je la..
Jacky ni mula kerja kat situ selang berapa hari dgn aku. Aku masuk dulu. Student mechanical USM, tapi masuk line programming. Dia kata sebab minat. Ada experience .NET dalam 2 tahun mcm tu la. Jadi mula2 masuk tu dia ni kira jadi mentor aku lah. Byk tolong aku hal2 .NET ni. Selalu aku tanya dia je kalau tak paham. Tapi sekarang ni kadang2 dia pulak tanya aku :)
Sebelum balik aku pergi la salam dia ucap congrats and everything. Dia cakap, “Hey Ikhwan, nanti 30 haribulan kita buat VB.NET lagi ok, sekarang saya sudah lupa la”. Aaih dia ni, menyempat lagi. Dia cuti honeymoon 2 minggu ke Australia. Kuat kerja dia ni sebenarnya, selalu stayback late. Ok la Jacky, congratulations, may you’ll be happy till the very end…
Baca Tidak Faham
Seumur hidup berapa kali kau sudah khatam Al-Quraan?
Banyak?
Berapa kali pula kau khatam baca maksud ayat-ayatnya?
Yasin yang kau baca malam-malam Jumaat itu pula kau tahu maksudnya?
Al-Fatihah yang kau baca hari-hari itu macam mana? Tahu?
“Dan Kami tidak mengajarkan kepadanya (Muhammad) syair, dan bersyair tidaklah layak baginya. Al-Quran ialah peringatan dan kitab yang terang. Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup dan ketetapan azab terhadap orang-orang kafir.”
Yasin, ayat 69-70

