Orang Tamak
Petang semalam pergi ke pesta buku kat PWTC tu sekali lagi. Kali ni dgn kawan, dia nak carik buku PHP. Aku sendiri pun nak beli buku lagi.
Aku mula2 nak beli satu buku ni, .NET Patterns tajuknya. Masa pergi kali pertama tu mmg nak beli dah buku tapi tak jadi, rasa mcm tamak sangat pulak, beli sampai dua (rujuk entry lepas). Tapi bagus jugak, sempat aku browse kat Amazon, rupa2nya byk org bagi review negatif pasal buku ni. Tak jadi beli.
Aku ternampak buku lain, pasal pattern jugak, tajuknya Design Patterns in C#. Basically buku ini cerita balik pasal design patterns yg ada dlm buku Design Patterns oleh the “Gang of Four” yg terkenal tu, cuma examples dia dlm C# dan environment .NET. Baguslah tu, senang sikit masuk kepala hotak aku ni. Jadi apa lagi, angkaaaat! Harganya dalam RM136 gitu. Kira murah jugaklah, hard-cover lagi. Buku GoF (Gang of Four) tu ada jugak kat situ, harga RM150. Dulu aku tengok kat Kinokuniya buku ni harga dlm RM200. Byk jugak diskaun dia kasi. Rasa macam nak angkut semua2 sekali. Tapi memandangkan aku masih dlm kategori orang miskin, jadi aku tangguhkan dulu hasrat murni aku ni.
Tapi apahal tamak sangat ni beli buku byk2.. Hari tu baru je beli satu, ni nak beli lagi! Jgnlah tamak, kan ke org2 tua ada berpantun:
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Bagai anjing dengan bayang-bayang.
Aaaahhh.. peduli apa aku cakap org2 tua! Diorang dah tua mana tahu.. Eheheh, takde la, tamak benda2 ilmu ni bagus apa. Lagi banyak ilmu, lagi byk jalan bikin duit. Lagi byk jalan bikin duit, lagi byk la harapan aku nak jadi kaya raya! Ha, ha, ha, ha, ha! Gelak kaya!
Blogger Hacks
Lama siyut tak update blog ni. Rasa malas pulak nak update seminggu dua ni.
Baru terperasan ada benda ni: Blogger Hacks. Interesting. Aku pun rasa macam nak ubah layout blog ni, boleh guna benda2 ni sikit. Dah ada design sikit, lebih simple dari yg ni. Tengok tahap kerajinan la tapi, tak pasti bila boleh siap.
Sekarang ni buat apa ye? Kat tempat kerja tgh buat RSS reader pakai ASP.NET. Just a stupid simple reader je, the basic code is just some couples of lines. .NET makes your life so much easier, you wouldn’t know if you don’t try it. But simple is boring right, jadi aku dengan nakalnya sudah kasi selit Ajax utk display news feed tu, so the whole page wouldn’t have to wait for the RSS feed to come. Ye la, feeds tu dari site lain jadi mmg slow lah.
Lagi tengah study PHP sikit. Baru beli buku Professional PHP5 kat pesta buku kat PWTC. Quite nice jugak, sebenarnya dlm buku tu byk cerita advance technique dlm web app dev ni, cerita mcm mana nak buat dlm PHP. Ada cerita pasal MVC dlm PHP, tu yg aku minat tu. Ada cerita design pattern sikit, ada pasal unit testing, cerita pasal debugging etc. Syok jugak.
Still tengah main2 dgn Sockets dan Multi-threading. Fuhh, kaww.. Tak boleh cerita byk yg ni, tapi ada kaitan dgn e-Mail client/server.
Oh, satu lagi, dah lebih 3000 hits! Wow, terima kasih pada korang semua. Rajin datang site yg tak seronok nih :) Korang jumpa sesuatu yg seronok dlm ke-tak-seronokan kot? Thanks again, rajin2 la datang selalu. Errmm, 3000 hits tapi tak byk comments kan? Apa kata yg tak pernah komen to hantar la sekali utk entry ni. Just to let me know that I have alive audience, not some bots or web-spider or something :) …
Aku Gemuk
Dalam selang masa antara pertengahan bulan lepas hingga semalam, sudah 3 kali orang kata aku semakin gemuk. Oleh itu, walaupun pun minda bawah sedar aku berkeras mengatakan tidak, namun hakikatnya aku harus akur pada ketentuan alam. Klik sini utk lihat gambar terbaru aku…
Copyright of rhein-zeitung.de
Concave Object
Objek cembung (convex) pada permukaan jalan raya dipanggil “bonggol”.
Objek cekung (concave) pada permukaan jalan raya dipanggil “lubang”.
Kedua-duanya menyakitkan hati!
Aku naik motor pagi tadi terlanggar lubang besar. Cis, nasib baik tak bengkok rim sukan motor aku tu. Apa la buat jalan raya macam ni! Kalau ye pun nak letak penutup besi empat segi tu (aku tak tahu penutup apa), buat la elok2. Jangan la dalam sangat. Hish, marah betul la. Membahayakan orang ramai, terutama pengguna jalan raya. Apa lah..
Ok, ok.. Ye lah aku mengaku, aku terkhayal tengok awek cun tengah tunggu bas..
Meja Baru Ku Sayang
Yay, aku dah ada meja!

Aku, dgn gaya gonjeng cuba bertafakur di meja yg baru ini. “Wow, dinding kaler pink!”, mungkin itu yg kau katakan. Sesungguhnya bukan aku yg memilih cat ini, tuan punya rumah yg pilih…

Meja baru dari pandangan yg lebih global. Kelihatan bahawa kerusi empuk tidak berjaya diperolehi. Seorang lelaki misteri tanpa lengan tiba2 muncul di sebelah kiri.
Microsoft to Release Visual Studio 2005 for Unix/Linux
Wow, memang mengejutkan. News dari TSS.NET ni memang mengejutkan aku. Visual Studio .NET 2005 lambat release sebab tunggu version utk Unix nya siap. Fuiyoo! Antara teknologi .NET yg diport ke Unix pulak macam Indigo, Avalon, dgn Object Spaces. Giler lah, lepas ni .NET code write and compile/run everywhere lah! Memang memeranjatkan artikel ni, sampai lah aku baca ke perenggan yang ada tulis Sun akan drop Java dan akan support .NET pulak. Kemudian, tiba2 aku teringat… Bila tarikh artikel ni? Tengok atas… April 1st, 2005. Cissss! Aku scroll sampai bawah, line terakhir: “Lastly, when asked to comment, Bill Gates Microsoft’s Chief Technology Architect was heard to say “April Fools!!!!!!”". Cisss, ter’April Fool’ aku!!
Hari ni dah 4hb April dah, boleh aku terkena lagi. Cisss sungguh..

