Buat Mende?
“Bosan betul aku duduk rumah, takde mende nak buat!”
Banyak betul benda yang kita boleh buat dalam dunia ni. Yang pentingnya kita perlu sedar apa dia benda2 yang boleh kita buat. Kata2 macam di atas tu dituturkan oleh orang yg sedang tidak sedar akan benda2 yang boleh dia buat (malangnya..), atau mungkin dia sedar tapi dia tak mahu buat (malasnya..).
Bila dah sedar benda2 yg boleh dibuat pulak kadang2 sampai keliru nak buat yang mana satu. Apa yg aku tengah buat sekarang? Banyak jugak, from making some system using PHP implemeting the MCV pattern sampailah pada socket programming in .NET. Well, opportunity comes, I can’t just stand there, I have to grab it. First step in my 2005 resolution! Bulan satu aku dah mula laksanakan azam! Sila gerun… (harap2 tak hangat2 tahi yg hangat)
postscriptum
- anyone seen/has good articles on socket/network programming using .NET please send it here ok ;)
- do you know what Rijndael is? but before that, do you know how to pronounce it?
Salam ‘IdulAdha 1425H
Selamat menyambut Hari Raya Qurban 1425H, dengan ucapan “berapa ekor lembu korban tahun ni?”. Aku korban ekor lembu je, eh taklah, ekor lembu pun tidak. Aku tak cukup harta lagi utk dikorbankan.
Pada yg sedang menunaikan haji (sempat log on net ke?), didoakan semoga dapat haji mabrur. Pada yg buat korban tahun ni, bagus2, semoga diterima dan diberkati oleh Allah.
Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
Sumber: http://www.al-azim.com/haji/qurban/dalil.htm
Aku dah terbayang2 sup tulang ni :) Tahun lepas aku tolong potong2 tulang lembu korban kat fakulti, punyalah penat tangan. Keras tu tulang2 tu. Kapak pun sampai sumbing. Lenguh tangan seminggu tak hilang. Dah berapa tahun rasanya aku tak raya qurban kat kampung, seronoknya tengok lembu kena sembelih.
Takziah
Malam tadi, dalam pukul 11.20 malam, dapat berita seorang saudara aku meninggal dunia. Dia mengandung, lepas tu ada pendarahan dalam rahim. Tak pasti la mcm mana. Kesian anak2 dia, kecik2 lagi. Paling kecik 2 tahun umurnya kalau tak silap.
Al-Fatihah…
Orang B Versi 1 Dan 2
Ada 3 orang pelajar, masing2 bernama Orang A, Orang B dan Orang C. Orang A dapat 94% dalam peperiksaan pertengahan tahun. Orang B dapat 78%, dan Orang C dapat 52%.
Orang B versi 1 berkata di dalam hati,
“Hei la Orang C, apa nak jadi ni, cukup2 makan je. Wah Orang A, hebatnya kau. Aku tak puas hati betul. Tunggulah hujung tahun nanti, aku mesti kalahkan kau. Markah aku akan mengatasi kau nanti. Jagalah…”
Orang B versi 2 pula berkata dalam hati,
“Wah hebatnya Orang A, banyak markah dia. Markah aku sikit je, susah nak dapat semacam dia tu. Tapi sekurang2nya markah aku lebih bagus dari Orang C. Orang C ni memang teruk, main2 je memanjang. Macam aku ni kira OK la jugak, ada la jugak belajar. Dapat markah macam ni kira OK la ni. Lallalalala..”
Tanyalah diri-sendiri di dalam hati,
“Aku ni Orang B versi 1 atau Orang B versi 2?”
Staff Outing at Colmar Tropicale
Hujung minggu lepas, company bos aku buat annual staff outing ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi (Bukit Tinggi.. Alaah, yg cerita kasino kedua di Pahang selepas Genting tu! Tapi aku tak nampak pulak kasinonya kat mana). Kami pergi pagi Sabtu, balik petang Ahad. Duduk hotel, makan tanggung. Best…
Cantik tempat ni, senibina Perancis. Ni ada gambar2 yang aku amik kat sana.
http://flickr.com/photos/1khz/sets/79787/
Berguling-guling Macam Tenggiling
Baca tajuk di atas… Yang pernah (dan sedang) berkawan rapat dengan aku mungkin tersenyum sebab teringatkan aku. Yang suka tengok Crayon Sin Chan mungkin tersenyum teringatkan Sin Chan yang bergolek-golek di lantai supermarket. Dan korang yang lain mungkin tersenyum sebab frasa itu menarik disebut.
Pada group yang pertama tu, I just wanna say, I miss you guys…
Mungkin ada jugak yang tak tersenyum. Kepada mereka, selamat datang ke anti-keseronokan :)
Ikan di Mines Kesan Gegaran?
Dapat ni dari email hari ni. Kata email tu,
“Semalam ikan2 berkelakuan pelik.Nampak macam panik je.. bertempiaran kat tepi2 tasik..
Orang kata ade ’seismic activity’ kat dasar tasik tu pukul 10:52am, 12:05pm, 12:23pm. Tsunami kat the Mines?”
Takde la tsunami.. Tsunami apa kat tasik! Tapi haiwan mmg sensitif pada persekitaran mereka. Diorang mcm ada sixth sense utk kesan bencana. Beberapa hari lepas aku baca kat suratkhabar, pasal kat Thailand tu ada kawasan hutan simpan yg turut di landa tsunami. Tapi yang peliknya mereka tak jumpa pun satu pun haiwan mati lemas kat situ.
Gambar selebihnya boleh tengok kat sini: http://www.flickr.com/photos/1khz/sets/75122/



