Trigger Maker for Lazy People
“As a programmer, intuitively, if I have to do something with more than 10 times in repetition, I’ll create a code for it :)”
Snippets dari email yg aku hantar pada team mates aku. Kami kena buat INSERT dan UPDATE trigger utk semua table yg ada yg sistem, utk tujuan logging. Gile aku kata, ada lebih seratus table aku rasa. So, oleh sebab aku ni agak ‘malas’, aku pun buat script utk memudahkan kerja aku. Script ni akan create semua trigger2 tu ni utk aku.
Cakap dgn member aku, “Aku malas nak buat satu2, jadi buat la script”.
“Saya tak terpikir pun la nak buat script. Nasib baik you malas, kalau tidak kita semua kena buat satu2″.
Aku senyum je la :)
“Ada baik jugak malas ni ye”, dia buat lawak lagi.
Aku senyum lebih lebar :D
‘Malas’ bukanlah kata yang tepat utk menggambarkannya. Aku bukanlah seorang yang malas. Ia lebih tepat dikatakan sebagai “reluctant to do a tedious, repetitive, and boring job”. Aku malas la nak sebut panjang2 ni,jadi aku sebut ‘malas’ je la. Menggunakan perkataan ‘malas’ sebenarnya agak berisiko dalam situasi aku sekarang, kerana aku kerja dgn non-malay, jadi aku sebolehnya nak mengelakkan the well-known “melayu malas” sentiment di sini. Aku memikul tanggungjawab yang besar utk menunjukkan bukti bahawa orang Melayu tidak malas. Jadi seboleh2nya aku cuba menjadi serajin boleh. Wallpaper pada PC aku pun bertulisan “Aku orang rajin, aku tidak malas”.
Oh wait, aku baru tersedar. Aku bukan orang Melayu, aku orang Jawa. Aku dah tersilap identiti ni. Jadi memang betul lah Melayu malas kot?
postscriptum
- Apa binatang trigger ni? Using Triggers In MS SQL Server
Trackbacks
Use this link to trackback from your own site.


Setau aku la…jawa tu melayulah. serumpun..:)
ohoho serumpun tapi tak serupa :D tu nak menarik aku kekancah kemalasan la tu.. :P
~
?
:)