Kena Sembur Pontianak

Posted by Ikhwan on December 21, 2004

Last weekend kami buat family gathering di Pantai Morib. Kat sana la aku kena sembur pontianak. Macam mana kena sembur tu pun aku tak pasti. Tahu2 petang semalam, aku balik dari kerja, badan aku penuh merah2 dan gatal.

Tanya pakcik aku, dia kata orang2 tua bilang “kena sembur pontianak”. Sekejap pulak dia cakap kena “kelebota”. Apa2 pun ini tak boleh jadi ni. Lepas maghrib terus ke klinik. Doktor tanya kenapa, aku jawab gatal2. Paginya cuma ada kesan sikit kat tangan, petang aku perasan dah penuh satu badan. Dia kata kena sengat binatang ni, kat tangan tu kesan segatan dia. Yang gatal seluruh badan ni mungkin effect dia atau aku alergi kat binatang tu. Aku rasa mungkin kena masa aku mandi laut Ahad lepas.

Dia inject dan kasi ubat. AlhamduliLlah, terus lega, gatal terus hilang. Bangun pagi aku tengok tinggal sikit je merah2, tapi tak gatal. Doktor kasi MC hari ni. Seronok la aku dapat lepak kat rumah…

postscriptum
- “MC” tu singkatan bagi apa ye?

Trackbacks

Use this link to trackback from your own site.

Comments

Leave a response

  1. Anonymous Thu, 23 Dec 2004 00:48:00 MYT

    MC? minta cuti

  2. Ikhwan Thu, 23 Dec 2004 08:28:00 MYT

    hihihi.. betul ke? takde kaitan dgn kesihatan pun maksud dia.. tapi betul jugak kot, sbb kadang2 org tak sakit pun dpt MC..

  3. iza Fri, 24 Dec 2004 10:44:00 MYT

    ko kene sembur bote…yg aku tau laa..sembur bote..binatang yg suke sembur2 kat org (terutama yg suke menggatal)..mak aku ckp laa….ke ko memang dh smpi tahap gatal….miang la ko ni…hehehe…g la kawen…rase aku nasik minyak..
    MC stands for medical check up…errr…kot..

  4. Ikhwan Fri, 24 Dec 2004 10:49:00 MYT

    “bote” tu sebenarnya apa ye? binatang, serangga, makhluk halus atau kuih tradisional? pelik2 la org tua2 kita ni..

    makan nasik minyak boleh hilangkan gatal ke? uh petua baru nih :)

  5. iza Fri, 24 Dec 2004 16:16:00 MYT

    bote tu binatang..binatang halus2…aku pon tak penah nampak…bile die sembur je..badan mmg mcm2 bengkak…hmm..biase laa..org tua2 ni byk petua n amalan…ade yg menarik..ade yg pelik…suke gak kalo ckp ngan atuk2 yg byk petua ni…byk la nk tnye…tambah ilmu…
    mkn nasi minyak tu salah satu petua baru yg penah aku dengo la stakat ni…huhuu:P

  6. Anonymous Sat, 25 Dec 2004 17:00:00 MYT

    mc-medical certificatelah…sijil sakit/surat sakit

  7. Ikhwan Mon, 27 Dec 2004 08:22:00 MYT

    ohohoho.. setakat ni jawapan cik Anonymous (5:00 PM) lah yg paling memuaskan.. :)

Comments

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. You can register to this site so you won't be asked to do this again. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word