Tsunami Itu Ombak Besar

Posted by Ikhwan on December 31, 2004

Aku rasa bersalah sebab tak sedar awal2 betapa teruknya bencana tsunami tempoh hari. Sekarang lebih 125, 000 disahkan mati. Jumlah yang sangat banyak! Tengok kat TV, kat Acheh tu sampai rata bandar tu, tinggal bangunan batu sikit2 je. Mayat sampai kena guna traktor utk dikuburkan. Betapa dahsyatnya. Kerugian harta benda berbilion2. Orang hilang tempat tinggal, tak ada makanan, sehelai sepinggang, hilang orang yang tersayang. Kalau kita diuji sampai begitu sekali macam mana lah agaknya. Cuba bayangkan… Tak, bayangkan sekarang. Ya, sekarang! Cuba bayang kalau ko dalam situasi diorang!

Oleh itu marilah kita hulurkan bantuan sedaya mungkin. Paling2 RM10 - 20 pun jadilah. Boleh buat belikan makanan utk diorang. Kesian. Bukan susah nak buat, pergi ATM terdekat, masukkan dalam akaun derma. Kalau pakai e-banking lagi lah senang. RM10 tu kalau korang simpan pun apa sangatlah. Kita bagi diorang, puluh2 ganda Allah bagi ganjaran pada kita nanti…

Antara tempat yg korang boleh hantarkan derma :
- Star/Maybank Tsunami Relief Fund
- NST-BH Malaysian Tsunami Disaster Fund
- Bantuan Bencana Tsunami

Setahun Jagung

Posted by Ikhwan on December 29, 2004

Fulamak, anti-keseronokan dah berumur setahun hari ni sejak entry pertamanya Some People Starts With 1, Some With 0. We’ve come a long way my friend. Anti-keseronokan has been with me in tough and happy times (mostly tough). Striving our way, accross changing phases and situations. Tak sangka pulak dah setahun ye. AlhamduliLlah..

postscriptum
- ulangtahun blog ucap tahniah, ulangtahun kelahiran tidak, apa lah ko ni ;P

Trigger Maker for Lazy People

Posted by Ikhwan on December 29, 2004

“As a programmer, intuitively, if I have to do something with more than 10 times in repetition, I’ll create a code for it :)”

Snippets dari email yg aku hantar pada team mates aku. Kami kena buat INSERT dan UPDATE trigger utk semua table yg ada yg sistem, utk tujuan logging. Gile aku kata, ada lebih seratus table aku rasa. So, oleh sebab aku ni agak ‘malas’, aku pun buat script utk memudahkan kerja aku. Script ni akan create semua trigger2 tu ni utk aku.

Cakap dgn member aku, “Aku malas nak buat satu2, jadi buat la script”.
“Saya tak terpikir pun la nak buat script. Nasib baik you malas, kalau tidak kita semua kena buat satu2″.
Aku senyum je la :)
“Ada baik jugak malas ni ye”, dia buat lawak lagi.
Aku senyum lebih lebar :D

‘Malas’ bukanlah kata yang tepat utk menggambarkannya. Aku bukanlah seorang yang malas. Ia lebih tepat dikatakan sebagai “reluctant to do a tedious, repetitive, and boring job”. Aku malas la nak sebut panjang2 ni,jadi aku sebut ‘malas’ je la. Menggunakan perkataan ‘malas’ sebenarnya agak berisiko dalam situasi aku sekarang, kerana aku kerja dgn non-malay, jadi aku sebolehnya nak mengelakkan the well-known “melayu malas” sentiment di sini. Aku memikul tanggungjawab yang besar utk menunjukkan bukti bahawa orang Melayu tidak malas. Jadi seboleh2nya aku cuba menjadi serajin boleh. Wallpaper pada PC aku pun bertulisan “Aku orang rajin, aku tidak malas”.

Oh wait, aku baru tersedar. Aku bukan orang Melayu, aku orang Jawa. Aku dah tersilap identiti ni. Jadi memang betul lah Melayu malas kot?

postscriptum
- Apa binatang trigger ni? Using Triggers In MS SQL Server

C# 2.0 Anonymous Method

Posted by Ikhwan on December 28, 2004

Ada artikel Introduction to C# Anonymous Menthod di TheServerSide.Net. Ini salah satu feature yg baru dlm C# 2.0… 2.0 adalah versi baru utk C#, tak release officially lagi, tahun depan baru release. Nak cakap lebih2 pun aku tak tahu, tak kaji lagi. Bila baca artikel ni sampai code listing kedua, aku berkata, “ohooo mcm ni rupanya anonymous method”, dan aku pun berhenti membaca. Malasnya. Esok2 aku sambunglah. Yg penting lepas ni kalau orang tanya apa anonymous method aku boleh cakap, “Oho, mende ni mcm ni.. blah blah blah.. setakat tu je aku tahu”..

Apa aku merepek petang2 ni. Aku nak balik lah..

postscriptum
- Korang pernah kena jerawat kat cuping telinga tak?

Gempa Paling Kuat Sejak 40 Tahun

Posted by Ikhwan on December 27, 2004

Berita hangat sekarang ni, gempa 8.9 pada scala richter di Lautan Hindi. Gempanya di laut, tapi tsunaminya mengakibatkan ribuan nyawa bertukar alam. Kesian pada yang tengah cari rezeki kat laut tu. Harap2 dapat la pangkat syahid, ye lah, mati cari rezeki utk keluarga. Lagi kesian yang tengah seronok2 kat pantai tu, seronok jadi tragedi. Takziah pada ahli keluarga mangsa…

Emak dgn bapak aku pergi rewang kenduri org kahwin kat kampung sebelah. Diorang kata diorang rasa gegarannya. Bapak aku ada darah tinggi, dia ingat lupa makan ubat pagi tu, kepala pusing, rupa2nya dunia yang pusing. Aku kat rumah takde pulak rasa apa2. Mungkin kampung sebelah tu terletak dekat garisan gempa bumi Asia Tenggara kot..

postscriptum
- buat lawak dgn adik aku: “Pagi tadi ada rasa goyang2 tak?”, “Takde pun”, “Kalau mcm tu, goyangkan pinggang anda sekarang!”, sambil aku menggelek2kan pinggang.
- 1kHz jadi sebahagian entry tok rimau :D bangga, bangga! entrynya: Fri.24.12.2004 Kehenseman Yang Berjangkit

Microsoft Patterns and Practice

Posted by Ikhwan on December 24, 2004

Baru aku tahu ada Microsoft Patterns and Practice. Menarik ni… Mana aku nak mula ye? Ahha, baik aku mula kat sini. Eh, ada .pdf la. Kena download ni… wOOt, 367 pages of pure pleasure!

“A pattern describes a recurring problem that occurs in a given context and, based on a set of guiding forces, recommends a solution. The solution is usually a simple mechanism, a collaboration between two or more classes, objects, services, processes, threads, components, or nodes that work together to resolve the problem identified in the pattern.”

Ini kalau print ni mesti best nih, meleleh beb…

postscriptum
- thanks to n3crox for downloading it for me.
- selsema plak dah skarang. aduh. kepala pusing, kaki sakit. aduh.

Kena Sembur Pontianak

Posted by Ikhwan on December 21, 2004

Last weekend kami buat family gathering di Pantai Morib. Kat sana la aku kena sembur pontianak. Macam mana kena sembur tu pun aku tak pasti. Tahu2 petang semalam, aku balik dari kerja, badan aku penuh merah2 dan gatal.

Tanya pakcik aku, dia kata orang2 tua bilang “kena sembur pontianak”. Sekejap pulak dia cakap kena “kelebota”. Apa2 pun ini tak boleh jadi ni. Lepas maghrib terus ke klinik. Doktor tanya kenapa, aku jawab gatal2. Paginya cuma ada kesan sikit kat tangan, petang aku perasan dah penuh satu badan. Dia kata kena sengat binatang ni, kat tangan tu kesan segatan dia. Yang gatal seluruh badan ni mungkin effect dia atau aku alergi kat binatang tu. Aku rasa mungkin kena masa aku mandi laut Ahad lepas.

Dia inject dan kasi ubat. AlhamduliLlah, terus lega, gatal terus hilang. Bangun pagi aku tengok tinggal sikit je merah2, tapi tak gatal. Doktor kasi MC hari ni. Seronok la aku dapat lepak kat rumah…

postscriptum
- “MC” tu singkatan bagi apa ye?