Sudah Petang, Rehat Sebentar

Posted by Ikhwan on November 30, 2004

Wah, banyaknya kerja kau hari ni! Dari pagi sampai ke petang, jari tak berhenti menaip. Dateline dah dekat ni, milestone yang ni tak boleh lambat, kalau tidak habis kau nanti. Pening kepala kau memikirkan module2 yg belum disiapkan. Aduh, jam dah pukul 4.30 pm!

Engkau, pergilah solat Asar.. Legakan otot-ototmu. Perlahan-lahanlah kau gerakkan sendi-sendi dan tulang-temulang mu menyempurnakan rukun-rukun solat. Hayatilah bacaan yang ditutur lidah dan bibirmu itu. Biarkan fikiranmu menerawang pada erti ayat-ayat Tuhanmu. Biarkan jantungmu berdegup mengikut alunan zikruLlah. Pintalah ketenangan dari Dia, semoga kau akan memperolehnya…

Perfection vs Performance Oriented

Posted by Ikhwan on November 30, 2004

Dalam satu artikel, aku terbaca pasal satu teori psikologi manusia berkaitan belajar dan membuat kerja. Katanya manusia terbahagi kepada 2 jenis, Perfection Oriented dan Performance Oriented.

1) Perfection Oriented

Golongan ini secara semulajadi terdorong oleh sifat ingin tahu (curiousity). Dalam melakukan sesuatu kerja, mereka lebih gemar melakukannya melalui cara yang terbaik walaupun mungkin terpaksa mempelajari method2 baru, tools2 baru, teknik2 baru dan sebagainya. Mereka sanggup melaburkan masa, tenaga atau/dan wang utk proses pembelajaran itu kerana percaya sebagai pulangannya ia akan membolehkan mereka melakukan kerja dgn lebih pantas, cekap dan efisyen.

2) Performance Oriented

Satu lagi golongan ini pula lebih suka melakukan kerja menggunakan set2 skill yg mereka telah tahu. Mereka rasa selesa dgn apa yg mereka telah tahu dan berat hati utk belajar benda2 baru. Mereka percaya jika mereka menggunakan pengetahuan sedia ada berulang2 kali atau dlm jangka masa lama, mereka akan mahir menggunakannya. Dan seterusnya mencapai “ultimate goal” kita, iaitu melakukan kerja dgn lebih pantas, cekap dan efisyen.

Verdict? Dlm artikel tu, dia berpendapat golongan kedua akan mengalami pelbagai kelemahan. Mereka selalunya tidak dpt mencapai “ultimate goal” tadi. Kerana apa? Kerana selalunya cara2 baru pasti lebih baik dari cara2 lama. Ya, memang kadangkala tidak begitu, tapi golongan performance oriented tidak akan sampai kepada resolusi ini. Kerana mereka tak pernah nak mencuba cara2 baru langsung! Hasilnya mereka tak akan tahu cara paling optimal utk melakukan sesuatu kerja. Selain itu mereka juga kerap didapati cuba memperlekehkan cara2 baru, atas sebab terlalu yakin dgn cara yg mereka sedia tahu, dan takut dgn hakikat bahawa cara baru itu ada kemungkinannya lebih baik, lalu mereka akan terpaksa mempelajarinya.

Artikel asal lebih berkaitan dengan bidang pengaturcaraan (thats why I read it in the first time :), tapi sebenarnya dpt juga dikaitkan secara umum dgn bidang lain.

For me, this explains why someone become so reluctant to switch from procedural programming to OOP, and also explains numerous matters involving leaning of new things. It’s a really good aticle I think.. Artikel asal ada sini: http://www.labri.fr/Perso/~strandh/Teaching/Langages-Enchasses/Common/Strandh-Tutorial/psychology.html. Somebody in ittutor, i forgot who, provided the link. I’ve saved the article locally, and has been burried in my D:\_DOCS for ages…

Kenderaan Yang Paling Laju Di Alam Semesta

Posted by Ikhwan on November 29, 2004

Ini kapal milik syarikat courier Planet Express. Dikatakan kapal ini adalah kenderaan yang paling laju di alam semesta. Ia mempunyai enjin yg menggunakan Dark Matter -bahan yg paling padat strukturnya di alam semesta- sebagai bahan api. Bagaimana enjin ini berfungsi sehingga ia boleh mencapai halaju luar biasa ini? Mengikut penciptanya Prof. Hubert Farnsworth, objek biasanya bergerak melalui ruang, tetapi enjin ini berfungsi secara songsang, ia menggerakkan ruang yang berada disekeliling objek! Hebat bukan!

Hehe, ini cuma fiksyen, dari cerita kartun Futurama. Pada aku ini adalah kartun yg paling hebat di alam semesta. Ia bukan sekadar komedi, tetapi komedi yg luar biasa bijaknya! Mengagumkan.. Macam mana la diorang boleh dapat idea utk buat lawak macam tu? Setelah aku selidik rupa2nya penulis2nya mempunyai PhD dan Master dlm bidang matematik dan sains. Pelik? Tapi hebat!

Lagi satu yg peliknya, enjin tu rupa bentuknya seperti enjin stim lokomotif, yang pakai arang batu tu :D

Aku Kenal Aku

Posted by Ikhwan on November 26, 2004

Makin aku kenal dia makin aku rasa asing,
Makin aku tahu makin aku keliru,
Pelik sungguh dia yang bernama “aku”…

Rummage 25/11/2004

Posted by Ikhwan on November 25, 2004

Home-Made Portable PS2 - step-by-step, with pictures! Terer siyut..
http://www.benheck.com/Games/PS2p%201.htm

Kerete elektrik berkelajuan 230mph
http://www.eliica.com/

Worst job in science - Computer Help-Desk Tech number 11 :O
http://www.popsci.com/popsci/science/article/0,20967,713471,00.html

Nama Aku 1kHz

Posted by Ikhwan on November 22, 2004

JOEY

Phreakphreakphreakphreakphreak, dudedudedudedudedudedude… I gotta…

PHREAK

(slaps Joey) Joey, Joey…

JOEY

What? whatwhatwhat?

PHREAK

One more “dude” out of you and I’m gonna slap the shit outa you, okay? Now I’m trying to save you from yourself but you gotta stop letting your mama dress you, man!

JOEY

I need a handle, man. I don’t have an identity until I have a handle.

PHREAK

You know, you’re right about that.

JOEY

Alright. How about the Master of Disaster, huh?

PHREAK

You’re hopeless, man, utterly hopeless. (Phreak walks away)

JOEY

Ultra Laser. Doctor Doom!

Nama aku 1kHz. “1″ stands for the number one, “k” is for kilo and “Hz” means Hertz. Simbol2 ni dah termaktub dlm piawaian Unit SI. Nama tu case-sensitive, tak boleh korang suka2 je ubah huruf kecil jadi huruf besar dan sebaliknya, nanti aku marah. Kalau korang tukar maka “K” bukan lagi simbol utk kilo dan “hz” atau “HZ” atau “hZ” bukan simbol utk Hertz, itu dah tak jadi nama aku. Ko ingat senang ke aku nak carik nama ni, sedap2 je ko nak tukar.

Dah lama aku guna nama ni, dalam 3 tahun rasanya. Nickname (”handle” kalau sebutan dlm hackers culture) adalah amat penting. Ia entiti yg mewakili kita dalam alam siber ni. Handle membawa bersamanya reputasi dan kredibiti. Reputasi yg dah terkumpul sepanjang 3 tahun ni. Kalau dalam alam fizikal orang boleh mengenali kau melalui muka, suara dan sebagainya, tapi dalam alam siber tiada cara lain selain handle ni. Sebab itu ia sgt penting.

Berbanding komunikasi lisan, komunikasi bertulis mementingkan case utk sesuatu perkataaan, kalau tidak kenapa cikgu BM ko dulu marah bila permulaan ayat ko tak mulakan dgn huruf besar. Menulis nama aku dgn case yg salah sama tak eloknya dgn memanggil aku dgn nama “Aziz” atau “Malik” atau “Sulaiman” atau “Maimunah”.

Nama aku 1kHz, bukan “1khz” atau “1khZ” atau “1kHZ” atau “1Khz” atau “1KhZ” atau “1KHz” atau “1KHZ”. Ingat tu…

Yo, kita geng!

Posted by Ikhwan on November 18, 2004

Semalam, still in raya mood tapi kena kerja. Takde semangat betul la nak buat kod. Jadi terpaksa la aku mengulat kat net. Ziarah Geng Jurnal, saje tengok2 dah lama tak pegi. Pikir punya pikir last2 aku nekad nak register. Dah lama tahu pasal geju ni, tapi malu la nak register. Sapa2 yg dari sana aku ucapkan selamat datang ke anti-keseronokan. Tak payah malu2, jemput isi buku tamu..