DTTF: Peniaga Bijak
- Pembeli:
- Bang, kuih ni berapa?
- Peniaga:
- 3 seringgit bang. Abang nak berapa?
- Pembeli:
- Bagi 5. Saya satu, orang rumah satu, anak ada 3.
- Peniaga:
- Erm, 5 tak boleh bang. Sebab 3 ketul RM1, jadi 1 ketul RM(1/3). Kalau abang nak beli 5 jadi harganya RM(5/3) atau RM1.6666666667 jika dibundarkan kepada 10 titik perpuluhan. Mana saya nak cari duit pecah mcm tu?!
- Pembeli:
- Betul jugak tu, jadi mcm mana ni?
- Peniaga:
- Apa kata kalau kita gunakan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) utk 3 dan 5 iaitu 15. Macam mana?
- Pembeli:
- Bijak, bijak. Sorang dapat 3 la mcm tu. Nah, RM5 kan?
- Peniaga:
- Betul tu, bijak bang.
Trackbacks
Use this link to trackback from your own site.


hahha..kau ker tu? :P
“Cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang telah hidup atau yang masih meninggal dunia.”
peniaga tu guna sempoa ker guna kalkulator???
[analogi]
dia congak terus dlm kepala tu.. dia ada belajar teknik mengira cepat yg jual kat smartshop tu..