A Useless Entry
Aku rasa sekarang aku dah kurang la nak tulis2 blog ni. 1, mungkin sebab aku sibuk. Aku memang banyak kerja sekarang ni sampai hujung tahun. 2, mungkin dah takde idea kot, atau malas nak tulis idea2 tu. Might be the latter kot, sebab aku percaya aku seorang yg byk idea. 3, mungkin jugak sbb aku jarang buka blog2 yg selalu aku buka. Jadi insprirasi dah kurang. Sebab 3 ni berkait dgn sbb 1 tadi.
Lagi2 blog yg paling aku suka, blog Tok Rimau kena block kat tempat aku ni. Tapi aku dapat crack masalah ni, pegi google.com search string “tok rimau”, pastu tengok page yg dicached oleh google tu. Ahahha bijak tak? Bijak, bijak. Sebijak entri aku yg lepas “DTTF: Peniaga Bijak” :D
DTTF: Peniaga Bijak
- Pembeli:
- Bang, kuih ni berapa?
- Peniaga:
- 3 seringgit bang. Abang nak berapa?
- Pembeli:
- Bagi 5. Saya satu, orang rumah satu, anak ada 3.
- Peniaga:
- Erm, 5 tak boleh bang. Sebab 3 ketul RM1, jadi 1 ketul RM(1/3). Kalau abang nak beli 5 jadi harganya RM(5/3) atau RM1.6666666667 jika dibundarkan kepada 10 titik perpuluhan. Mana saya nak cari duit pecah mcm tu?!
- Pembeli:
- Betul jugak tu, jadi mcm mana ni?
- Peniaga:
- Apa kata kalau kita gunakan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) utk 3 dan 5 iaitu 15. Macam mana?
- Pembeli:
- Bijak, bijak. Sorang dapat 3 la mcm tu. Nah, RM5 kan?
- Peniaga:
- Betul tu, bijak bang.
Buat Jangan Tak Buat
Ada satu artikel bertajuk How NOT to go about a programming assignment yg menceritakan pasal tabiat2 programming yg baik.. Eh, yang BURUK sbb teks ni ditulis secara reverse psychology, jadi jgn IKUT :) Antara isi2nya:
- Abaikan compiler message, ia tak penting.
- Jgn berenti utk pikir, just terus je code.
- Kalau bug abaikan je, pandai2 la gebang masa demo nanti. Lama2 bug itu hilang la.
- Jgn baca specifications dari lecturer.
- Jgn tulis comment.
- Jgn tanya lecturer, sila berlagak terer.
- Cabar lecturer utk tunjuk anda tererist, kalau tanya jgn terangkan masalah dgn detail.
- Kalau tanya lalu email lagi la jgn kasi detail, kasi code je terus.
- Sila buat kerja last minute
- Sila copy-paste org lain punya.
Baca artikel asal dari: http://www.di.uniovi.es/~cernuda/noprog_ENG.html
Dpt dari slashdot: http://developers.slashdot.org/article.pl?sid=04/10/20/0052252
Lagu Samy Vellu dan Intellectual Property
Marah Mat Jan bila lagu Bukan Orang Biasa dia disebar tanpa etika. Rujuk: http://jongkang.blogspot.com/, entry 18 dan 20 Oktober 2004. Dia mmg patut marah, org2 kita masih kurang ajar dalam berinternet. Org ramai patut sedar bhw mereka mesti menghargai intellectual property orang lain.
Dalam internet, komoditi yang diniagakan ialah idea dan ilmu sama ada melalui tulisan atau media2 seperti gambar, video, audio dan sebagainya. Selalunya mereka ini menerbitkannya di Internet secara percuma. Apa yg mereka mahu sebenarnya pengiktirafan bhw itu adalah hasil perahan otak mereka. Pengiktirafan akan memuaskan ego meraka. Ego inilah bayaran utk komoditi idea ni. Tanpa ego ini tak mungkin anda dapat menikmati idea2 itu secara percuma. Puaskanlah ego org, supaya dia akan memberi idea lagi. Yg untung kita juga sbb dpt menikmati idea dia. Jadi hormati idea orang lain. Sertakan kredit pada pengkaryanya serta link pd sumber asal.
ego /”i;g@U, “E-/
_ a person’s sense of self-esteem or self-importance.
Fadhilat Tarawih Setiap Malam Palsu!
PERHATIAN! Hadith yg bagitau fadhilat solat tarawih setiap malam tu, yg kata malam pertama dpt apa, malam kedua dpt apa, dan seterusnya sampai malam ke-30 tu, hadith tu hadith palsu. Aku pun baru tau lepas baca blog Mat Jan.
Yang aku peliknya mengikut artikel tu, penipuan ni dilakukan baru2 ni je, zaman sekarang. Bukan zaman dahulu. Sapa la punya kerja. Tak elok tipu org walaupun utk perkara kebaikan, lagi2 kalau menipu menggunakan nama Nabi, Nabi tak mengaku umat.
lagi info: lihat link dibawah
dari laman Mufti Terengganu
dari laman Berita Harian
Marhaban Ya Ramadhan
Ramadhan datang lagi dgn seribu hikmahnya. Rahmat Tuhan turun macam hujan, terpulang la pada kita utk keluar dan menadahnya sebanyak mungkin. Selamat menyambut Ramadhan 1425 H!
Cepatlah Pandai
Sekarang ni aku makin berminat dlm bidang software engineering/design/modeling. Aku nak kumpul semua yg aku perlu tahu pasal mcm mana nak buat aplication secara gempak, bukan lagi standard programmer caruk. Sekarang sikit tgh belajar pasal konsep2 mcm n-tier architecture, dan pasal design pattern. Byknya nak belajar, somoga Allah kurniakan semangat utk aku terus membaca.

