Blog Dan Tujuan Wujudnya

Posted by Ikhwan on September 09, 2004

Aku dah dengar pasal “blog” atau weblog atau online journal sejak 2-3 tahun lepas, sejak aku mula2 aktif bermain Internet dulu. Tapi cuma beberapa bulan lepas baru aku mula menulis blog. Awalnya aku fikir kenapa la orang nak jaja kisah hidup dia merata-rata, kan malu? Sebab tu aku buat tak endah pasal blog ni, hinggalah pada pertengahan tahun lepas aku mula membaca antara blog2 yg terkenal dalam arena penulisan blog di Malaysia ni. Rupa2nya mereka ada komuniti, ada culture tersendiri. Menarik..

Antara blog yang aku suka baca macam blog Tok Rimau, Honeybiru Sera, dan Jongkang-Jongket Mat Jan. Ada juga yang lain, tapi ni antara yang aku paling suka. Aku suka sebab mereka pandai bermain bahasa dan idea. Aku suka bila Tok Rimau menerajang otak aku dgn istilah yang pelik2 dan analogi yg lain macam. Sera dengan cerita pesakit major depression, yang kini dah sembuh. Dan Mat Jan dengan lawak2 bijaknya.

Aku pun mahu menulis. Bahasa aku tak berapa bagus, sebab aku memang kurang membaca, dan lagi tak pandai pula menyusun isi. Tapi aku masih nak cuba juga jadi penulis yang baik. Aku rasa aku ada idea, dan aku mahu menyampaikan pd org lain. Ini salah satu tujuan wujudnya blog ni. Salah satu tujuan? Apa salah dua, tiga dan salah lain2nya? Entah lah, aku rasa ada tujuan lain lagi aku menulis blog ni, tapi aku tak dapat spesifikasikannya dengan jelas. Macam tujuan wujudkan diri aku (dan kau) di dunia ini. Apa tujuannya? Sbg khalifah di alam ini? Jangan stereotaip. Entah kau tahu maksud khalifah tu entah tak..

Trackbacks

Use this link to trackback from your own site.

Comments

Leave a response

Comments

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. You can register to this site so you won't be asked to do this again. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word