A Bunch Of Lucky Guys
Sabtu semalam kawan aku Mus ajak aku pergi temankan dia ke Medan Mara. Dia nak submit borang utk join MASTEC, satu kursus free utk melahirkan techopreneur Melayu. Kursus ni pertama kali dibuat dan Mara akan tanggung semua belanja yuran. Mus ambik kursus mould design for plastic injection (lebih kurangla, aku bukan tau sgt), kawan aku lagi sorang Mamat mintak electronic circuit design. Mamat tak ikut, dia kirim submit borang je. Bagus juga ada kursus2 mcm ni, galakkan Melayu buka business.
Lepas habis urusan aku ajak Mus pergi Low Yatt Plaza, dan seterusnya pergi ke Sungei Wang Plaza. Aku beli earphone dgn CD game sikit (teka ori ke tak?). Dan satu lagi ada satu kedai kat Sungei Wang tu ada jual buku murah, buku2 lama la. Aku angkat satu Wrox punya Pro ASP.NET Server Controls. Buku ni utk ASP.NET 1.0, tak tau masih relevan ke tak, tapi sbb dah tamak aku sambar je la. RM30 je.
Kat Sungei Wang tu korang nak tau aku jumpa sapa? Aku jumpa Eera Fazira dgn hubbynya Yusri KRU. Ahahaha. Walaupun aku tak suka sgt Eera dgn Yusri ni takpe la aku sebut kat sini, bukan selalu jumpa selebriti. Kitorang berselisih masa diorang baru keluar dari satu salon ni. Aku dgn Mus buat2 la patah balik melintas depan diorang. Ohohoho, kitorang buat tak kenal je. Tapi rasanya Yusri perasan kot sbb nampak mcm dia sengih semacam je. Kalau aku minat mungkin aku dah mintak autograph kot. Tapi aku terkilan sikit, aku terlupa aku ada bawak kamera masa tu. Almanak, kalau tak dapat ambil gambar dgn Eera dan Yusri.
Lepas tu Mus ajak pergi Berjaya City Square pulak. Mula2 tak nak sbb tapak kaki rasa mencucuk2 dah, tapi jom je la, aku pun tak pernah pergi situ. Rupa2nya hari ni ada pameran Yamaha, baru aku ingat. Best jugak tengok motor kat situ. Ada model2 baru la. Paling aku suka namanya RZF-R1. Gila handsome motor ni. Aku ingat nak beli lah, tapi memandangkan helmet aku pun harganya cuma RM25 terpaksa aku batalkan je niat aku ni.
Satu lagi yang menarik, motorsikal konsep bertajuk Infineon. Yang ni pun aku ingat nak beli, tapi tak jual dipasaran, kan aku cakap motorsikal konsep tadi. Sekali lagi tergendala la niat aku. Motor ni kalau nak tau 2-wheel drive. Roda belakang pakai petrol mcm biasa, roda depan pakai elektrik! Fuiyoooo.
Satu lagi yg smart iaitu XP500 TMAX. Gila berlagak skuter ni, 499cc ni. Perghh, celen dgn SS aku pun tak pasti aku boleh kejar ni. Macam biasa rasa nak beli jugak, tapi baru teringat aku tak berapa minat skuter. Tak jadi lagi lah.
Ada pertandingan pulak tu. Kena isi borang, jawab soalan simple2 kacang sikit, pastu slogan. “Yamaha powers my dream coz I’m born to ride!” Best tak slogan aku. Tak best? Aku pun rasa mcm tu. Tapi kalau menang sori aku nak bawak ko jalan2 dgn aku. Dapat menang Lagenda pun dah jadi ah. No 1 RXZ, no 2 125Z, tapi aku malas la motor2 ni. Power sgt, with great power comes great responsibility, iaitu minyak 2T. 4 lejang je senang.
Ada jugak menda2 cun selain motor kat sini, iaitu awek2 Yamaha sebagai penyeri majlis. Ala2 awek Japan GT atau F1. Mus yang tak malu tu dah panggil sorang mintak bergambar dgn kitorang. Nasib baik jugak la dia tu tak malu, kalau tak sori la sampai mati aku tak berpeluang bergambar dgn awek cun lagi seksi. Woohooo. Jgn jeles tengok gambar ni, rapppaat tuuuhh..
Disamping pameran motor ni, Yamaha ada jemput peserta2 rancangan Audition NTV7 buat persembahan. Aku memang tak ambik port sgt rancangan ni, tak tau apa2 pun pasal diorang ni. Yg aku tau pemenang dia dulu namanya Tria. Tu je. Mus kata ada sorang antara diorang yg dia minat. Kitorang usha2 kat belakang stage kalau2 ada can bergambar. Tup tup mmg dia ada la, Mus apa lagi dgn jurus tak malu peringkat kedua mintak bergambar. Aku pun tumpang tak malu sama la bergambar sekali. Yang anehnya Mus tak ingat nama dia ni. Dia cuba jugak ingat2kan dalam sepanjang baki perjalanan hari tu, tapi tak ingat jugak. Apalah, kata minat..
Mus kata lucky betul kitorang hari tu. Aku setuju dgn dia. Ohohoho..
Trackbacks
Use this link to trackback from your own site.


astaga..nie ker perangai kwn aku yg selalu pakai ketayap tu..huhhh..nie kena bg surat layang nie kat dia punya family..heheh:P
orang jeles mcm tu laa.. adaaa je dia nak cakap…
huhuhuhu
aku tahu ijok jeles tu …
cuba tgk gambar dgn model gt tu..huhhh sampai ketahap mcm tu kau sanggup buat..apa nak jadi nie..huhuhuuhuh:P
ellehh kan aku dah cakap, kalau org jeles tu mcm2 dia cakap..
lagipun bukan aku yg rapat2 dgn dia, dia yg nak rapat2 dgn aku.. :D
wah… besh betul… awek gt tu ader bg no phone tak… kalau ader pas2 la kt aku… hihihi :P
ala bijan..mcm kau tahu cakap jepun ajer..hehehe:P