Selamat Aku Dah Lepas!

Posted by Ikhwan on September 29, 2004

Minggu ini minggu presentation PSM2 untuk pelajar2 tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer UTM. Jadi untuk member2 aku di sana, aku ucapkan selamat maju jaya dan berusahalah! Have a great presentation!

Nasib baik aku dah lepas…

Pakcik Kayo

Posted by Ikhwan on September 25, 2004

http://www.forbes.com/maserati/billionaires2004/bill04land.html
http://money.cnn.com/2004/09/23/news/newsmakers/forbes_400/index.htm?cnn=yes
Ni senarai pakcik2 (serta makcik2, abang2, kakak2, datuk2, dan nenek2) yg kayo rayo. Link pertama seluruh dunia, link kedua utk Amerika.
Cuba tengok, org yg menduduki rank2 top ten org2 yg terlibat dalam bussiness berkaitan komputer dan kedai runcit. Looks like a bright future ahead of me (me->programmer->computer-related-industry). Kalau aku bukak kedai runcit sekali tentu lagi kaya dari diorang semua ni.

Mat Rempit Yang Berjaya

Posted by Ikhwan on September 24, 2004

Lepas balik solat Jumaat hari ni aku perasan roda belakang motor aku mengeluarkan bunyian yg abnormal. Kenapa pulak ni? Rantai aku ketat sangat ke? Takde pun. Bearing ke? Bunyi mcm peluru (ada org panggil kacang2) dia dan pecah ke. Spoket kot? Spoket aku memang dah tajam pun. Spoket belakang ok rasanya, spoket depan tak nampak pulak. Jangan rosak kat gear2 dlm enjin dah la. Entah2 klac, sbb aku rasa klac pit aku dah nak abis ni, susah nak masuk klac. Nasib baik hari ni gaji, takde la aku risau sgt.

Balik kerja terus aku menuju kedai motor yang terdekat. Lepas 3 minit aku sampai baru ada orang nak layan, customer tak byk pun, saje je malas. Mentang2 dah petang. Aku cakap, “Bos tengok ni, apa pasal bunyi2″, sambil memusingkan roda belakang. Dia cuba jugak pusing2 3-4 kali. Dengar ke dia ni bunyinya, sbb kedai ni sebelah jalan. Bunyi kereta kuat. Pastu dia cakap, “Ni mau bukak ni baru tau apa rosak. Bukak belakang ni, kalau tak rosak kena bukak enjin tengok. Itu enjin boleh rosak jugak. Tinggal sini la, besok baru ambik punya”. Gila ka lu apek! Biar betul. Aku rasa mcm tak betul je apek ni. Pengusaha/pekerja kedai motor ni aku rasa antara yg paling selalu menipu. Mentang2 la muka aku ni muka budak baik. Lagi2 hensem pulak tu, lagi la teruk kena.

Aku tak percaya ah dia ni. Dia masuk dalam je aku terus blah, cari kedai lain kalau ada. Takde pun kedai, last2 ke kedai2 motor Sentul tu jugak la aku. Kali ni aku dah bijak sikit, aku cakap, “Ni belakang ni bunyi la tauke, bearing ka?”. “Mungkin bearing la, kasi bukak baru tau”. Wah, dia cakap “mungkin”, skema betul BM dia. Bukak2 rupa2nya spring lining brake aku tercabut. Hek eleh, mcm mana boleh cabut ni? Tekan brake kuat sgt ke? Pastu ada ke dia suruh aku tukar lining tu sekali. Aku tanya, “Tukar je tak boleh ke?”. Dia cakap lining tu dah nak abis. “Mana ada nak abis, tebal lagi ni!”, aku halakan jari telunjuk aku kat lining tu. “Mana, awak tengok kat tong sana lagi tebal pun dah buang tau”. Lepas tu dia diam. Last2 dia cakap, “Ikut lu la, cakap banyak2 pun tada guna”. Dah kantoi la tu. Aku dah cakap, mentang2 la muka aku ni muka budak baik. Selamat dompet aku. Kena RM5; RM2 spring, RM3 upah. Ok la tu. Kalau aku kasi kat tauke yg mula2 tu entah2 RM500 aku kena.

Hari ni ilmu kerempitan aku dah bertambah sikit. Untuk menjadi mat rempit handalan kita mestilah tahu pasal repair motor ni. Takde la kena kencing dgn tauke kedai motor tu. Baru lah rempit.

Untuk meraikan kejayaan aku, aku singgah kat KFC dlm perjalanan pulang. Mcm biasa mintak set no 3. Cashier ni suruh tunjuk kat carta atas meja tu, mana satu aku nak. Aik, kan aku cakap no 3 tadi. Aku tunjuk kat no 3. Lepas tu dia buat isyarat tangan “suap”, lepas tu isyarat “bawak beg plastik”. Oho, pekak atau bisu ke dia ni. Aku pun isyarat la dia balik. Makan.. Aku tengok cashier sebelah pun macam pekak jugak, ni KFC orang2 pekak ke? Aku usha2 kat dinding2 kalau ada tulis apa2. Takde pulak. Balik tu baru aku perasan kat sebelah pintu masuk ada tulis: “Welcome to the first KFC restaurant run by speech and hearing impaired”. Ohooo baru aku tau. Kalau korang nak try beli ayam dari org pekak boleh dtg sini, dekat Sentul Raya, sebelah BCB.

Tips rempit
[1] Rantai kalau sekejap ketat sekejap longgar tu maknanya spoket dan rosak.
[2] Spoket (sebenarnya “sprocket”, gear yang sabungkan rantai dgn roda) tajam tu maksudnya dia dah haus, mintak tukar.
[3] Klac pit (sebenarnya aku rasa “clutch pad”) utk yang pakai klac tangan mcm moto aku ni mmg suka carik pasal sikit, sbb aku suka main klac kot.
[4] Kalau pegi kedai motor buat mcm otai. Kalau boleh helmet tu kalau helmet buruk kasi tampal2 sticker. Kalau helmet mahal takpe la. Pakai rantai leher ke apa, kalau takde rantai leher ko pakai je rantai motor tu letak leher.

Petualangan .NET : Ambil Nilai Autonumber

Posted by Ikhwan on September 14, 2004

Biasanya utk satu row dalam table kita akan berikan satu column ID yg diset sbg identity atau autoincrement utk memudahkan kita set “unique ID” utk row tersebut. Masalah timbul bila kita ingin menggunakan nilai ID ini bagi row yg baru kita insert, sbb kita selalunya mmg tak supply ID melalui sql statement, malahan biarkan shj database yg pandai2 buat (kalau tak kenapa pakai identity ye tak?). Kita ambik tahu langsung pasal ID yg diberi secara automatik ni.

Solution yg aku jumpa ada dua:
Pertama, gunakan SqlParameter jenis OUTPUT dan fungsi terbina dlm MSSQL iaitu SCOPE_IDENTITY().
Kedua, gunakan alias @@IDENTITY.

Korang rujuk je la kat sini:
http://www.akadia.com/services/dotnet_autoincrement.html atau sini: http://msdn.microsoft.com/library/… /cpconretrievingidentityorautonumbervalues.asp utk contoh dan penerangan lanjut.

Pernyataan Biasa

Posted by Ikhwan on September 13, 2004

Regular Expression digunakan utk menguji sesuatu rentetan aksara sama ada menepati sesuatu corak (pattern) atau tidak. Regex (nama manja dia) ni amat berguna utk string manipulations. Aku dah lama nak belajar regex ni tapi baru sekarang saya mendapat. Entri kali ni aku dedikasikan khas utk regex, dan aku akan update utk senaraikan regex2 yg berguna utk kegunaan seharian.

Rujukan:
http://www.regular-expressions.info/
http://computing-dictionary.thefreedictionary.com/regular%20expression
http://google.com/search?q=regular+expression

Tarikh dlm format “D/M/Y”
Hari mesti (([012]?\d)|(3[01]))\/((0?\d)|(1[0-2]))\/\d{1,4}

No kad pengenalan Malaysia baru dlm format “123456-12-1234″

\d{6}-\d{2}-\d{4}

A Bunch Of Lucky Guys

Posted by Ikhwan on September 12, 2004

Sabtu semalam kawan aku Mus ajak aku pergi temankan dia ke Medan Mara. Dia nak submit borang utk join MASTEC, satu kursus free utk melahirkan techopreneur Melayu. Kursus ni pertama kali dibuat dan Mara akan tanggung semua belanja yuran. Mus ambik kursus mould design for plastic injection (lebih kurangla, aku bukan tau sgt), kawan aku lagi sorang Mamat mintak electronic circuit design. Mamat tak ikut, dia kirim submit borang je. Bagus juga ada kursus2 mcm ni, galakkan Melayu buka business.

Lepas habis urusan aku ajak Mus pergi Low Yatt Plaza, dan seterusnya pergi ke Sungei Wang Plaza. Aku beli earphone dgn CD game sikit (teka ori ke tak?). Dan satu lagi ada satu kedai kat Sungei Wang tu ada jual buku murah, buku2 lama la. Aku angkat satu Wrox punya Pro ASP.NET Server Controls. Buku ni utk ASP.NET 1.0, tak tau masih relevan ke tak, tapi sbb dah tamak aku sambar je la. RM30 je.

Kat Sungei Wang tu korang nak tau aku jumpa sapa? Aku jumpa Eera Fazira dgn hubbynya Yusri KRU. Ahahaha. Walaupun aku tak suka sgt Eera dgn Yusri ni takpe la aku sebut kat sini, bukan selalu jumpa selebriti. Kitorang berselisih masa diorang baru keluar dari satu salon ni. Aku dgn Mus buat2 la patah balik melintas depan diorang. Ohohoho, kitorang buat tak kenal je. Tapi rasanya Yusri perasan kot sbb nampak mcm dia sengih semacam je. Kalau aku minat mungkin aku dah mintak autograph kot. Tapi aku terkilan sikit, aku terlupa aku ada bawak kamera masa tu. Almanak, kalau tak dapat ambil gambar dgn Eera dan Yusri.

Lepas tu Mus ajak pergi Berjaya City Square pulak. Mula2 tak nak sbb tapak kaki rasa mencucuk2 dah, tapi jom je la, aku pun tak pernah pergi situ. Rupa2nya hari ni ada pameran Yamaha, baru aku ingat. Best jugak tengok motor kat situ. Ada model2 baru la. Paling aku suka namanya RZF-R1. Gila handsome motor ni. Aku ingat nak beli lah, tapi memandangkan helmet aku pun harganya cuma RM25 terpaksa aku batalkan je niat aku ni.

Satu lagi yang menarik, motorsikal konsep bertajuk Infineon. Yang ni pun aku ingat nak beli, tapi tak jual dipasaran, kan aku cakap motorsikal konsep tadi. Sekali lagi tergendala la niat aku. Motor ni kalau nak tau 2-wheel drive. Roda belakang pakai petrol mcm biasa, roda depan pakai elektrik! Fuiyoooo. Satu lagi yg smart iaitu XP500 TMAX. Gila berlagak skuter ni, 499cc ni. Perghh, celen dgn SS aku pun tak pasti aku boleh kejar ni. Macam biasa rasa nak beli jugak, tapi baru teringat aku tak berapa minat skuter. Tak jadi lagi lah.

Ada pertandingan pulak tu. Kena isi borang, jawab soalan simple2 kacang sikit, pastu slogan. “Yamaha powers my dream coz I’m born to ride!” Best tak slogan aku. Tak best? Aku pun rasa mcm tu. Tapi kalau menang sori aku nak bawak ko jalan2 dgn aku. Dapat menang Lagenda pun dah jadi ah. No 1 RXZ, no 2 125Z, tapi aku malas la motor2 ni. Power sgt, with great power comes great responsibility, iaitu minyak 2T. 4 lejang je senang.

Ada jugak menda2 cun selain motor kat sini, iaitu awek2 Yamaha sebagai penyeri majlis. Ala2 awek Japan GT atau F1. Mus yang tak malu tu dah panggil sorang mintak bergambar dgn kitorang. Nasib baik jugak la dia tu tak malu, kalau tak sori la sampai mati aku tak berpeluang bergambar dgn awek cun lagi seksi. Woohooo. Jgn jeles tengok gambar ni, rapppaat tuuuhh..

Disamping pameran motor ni, Yamaha ada jemput peserta2 rancangan Audition NTV7 buat persembahan. Aku memang tak ambik port sgt rancangan ni, tak tau apa2 pun pasal diorang ni. Yg aku tau pemenang dia dulu namanya Tria. Tu je. Mus kata ada sorang antara diorang yg dia minat. Kitorang usha2 kat belakang stage kalau2 ada can bergambar. Tup tup mmg dia ada la, Mus apa lagi dgn jurus tak malu peringkat kedua mintak bergambar. Aku pun tumpang tak malu sama la bergambar sekali. Yang anehnya Mus tak ingat nama dia ni. Dia cuba jugak ingat2kan dalam sepanjang baki perjalanan hari tu, tapi tak ingat jugak. Apalah, kata minat..

Mus kata lucky betul kitorang hari tu. Aku setuju dgn dia. Ohohoho..

Blog Dan Tujuan Wujudnya

Posted by Ikhwan on September 09, 2004

Aku dah dengar pasal “blog” atau weblog atau online journal sejak 2-3 tahun lepas, sejak aku mula2 aktif bermain Internet dulu. Tapi cuma beberapa bulan lepas baru aku mula menulis blog. Awalnya aku fikir kenapa la orang nak jaja kisah hidup dia merata-rata, kan malu? Sebab tu aku buat tak endah pasal blog ni, hinggalah pada pertengahan tahun lepas aku mula membaca antara blog2 yg terkenal dalam arena penulisan blog di Malaysia ni. Rupa2nya mereka ada komuniti, ada culture tersendiri. Menarik..

Antara blog yang aku suka baca macam blog Tok Rimau, Honeybiru Sera, dan Jongkang-Jongket Mat Jan. Ada juga yang lain, tapi ni antara yang aku paling suka. Aku suka sebab mereka pandai bermain bahasa dan idea. Aku suka bila Tok Rimau menerajang otak aku dgn istilah yang pelik2 dan analogi yg lain macam. Sera dengan cerita pesakit major depression, yang kini dah sembuh. Dan Mat Jan dengan lawak2 bijaknya.

Aku pun mahu menulis. Bahasa aku tak berapa bagus, sebab aku memang kurang membaca, dan lagi tak pandai pula menyusun isi. Tapi aku masih nak cuba juga jadi penulis yang baik. Aku rasa aku ada idea, dan aku mahu menyampaikan pd org lain. Ini salah satu tujuan wujudnya blog ni. Salah satu tujuan? Apa salah dua, tiga dan salah lain2nya? Entah lah, aku rasa ada tujuan lain lagi aku menulis blog ni, tapi aku tak dapat spesifikasikannya dengan jelas. Macam tujuan wujudkan diri aku (dan kau) di dunia ini. Apa tujuannya? Sbg khalifah di alam ini? Jangan stereotaip. Entah kau tahu maksud khalifah tu entah tak..