Tainted History

Posted by Ikhwan on August 30, 2004

Hari Sabtu 14/08/2004 tarikh bersejarah aku diberikan ijazah, mungkin hanya inilah sekali seumur hidup. Kawan aku kata pada pagi Jumaatnya, semasa aku nak pergi ke raptai, katanya these are the two most important days in my life. I’m supposed to be cherishing the moments, but I didn’t. Forced not to, at least thats the way I’m remembering it.

Aku datang ke Skudai awal pagi Jumaat. Aku rasa biasanya aku boleh bangun bila bas berhenti, dan kali ni memang aku bangun pun tapi masa tu bas dah sampai ke Larkin, aku nak turun kat Skudai. Masa dia berhenti kat Skudai aku tak tersedar. Masalah betul ni, nak naik teksi mau kena RM20 paling kurang, naik bas biasa lambat lagi baru mula operasi. Nasib baik 2 orang member baik sanggup meredah embun dinihari jemput aku kat Larkin. Terima kasih untuk mereka, sanggup naik motor jauh2 untuk secawan kopi dan segelas milo ais.

Dah la kat stesen bas tu sipi2 kena pau dengan sorang mamat ni, kata takde duit nak balik kampung, nak pergi Kangkar Pulai. Mintak aku RM3. Sambil tersengih menghina aku cakap kat dia tak payah la nak tipu aku, aku dah la tengah bengang ni. Kang silap2 ada pulak mat pau kena belasah masuk surat khabar, dan graduan tak dapat ambil sijil pulak kang.

Hari Sabtu tu aku bangun lambat, sebab malam tu aku tengok VCD yang aku jangka best, tapi tak best pun. Tergesa-gesa aku mandi dan qada’ solat Subuh. Paling2 aku tak mahu memulakan hari ni dgn tak solat, tu lah kecacatan paling hina. Selepas mendaftar aku pun berbaris dan duduk dgn bakal2 graduan lain yang rata2nya berkulit lebih putih dari aku. Aku tak ada kawan, diam. Cuma sekali2 aku tegur mereka, dan mereka tegur aku. Cukup sekadar memecah bosan mendengar ucapan (baca: bacaan) dari jemputan VVIP.

Penyampaian ijazah lancar sahaja, dan sekejap. Yang lamanya duduk menunggu. Habis sahaja majlis terus semua meluru keluar dewan, termasuk aku. Diluar aku disambut oleh muka penat adik2 aku yang menunggu sejak pukul 8 pagi, waktu itu pukul 1 tghhari. Spoil betul. Langsung tak menggembirakan. Emak abah dan adik2 tenggelam timbul dalam lautan manusia ketika itu menambah lagi kekalutan. Bila semua dah bersatu, maka sesi bergambar cuba dilaksanakan. Adik2 aku yang ambil gambar, tak lawa. Aku tak salahkan mereka, memang mereka tak berpengalaman gunakan kamera. Dan aku rasa mereka pun tak faham kenapa pentingnya mengambil gambar bersama2 waktu itu. Mereka dah penat, aku tak salahkan mereka. Dan mereka pun tak tahu, sebab tak diberitahu.

Kawan2 satu lab masa sebulan aku jadi RA sekejap dulu datang, bawa bunga ros hidup dan satu frame gambar. Aku tak sangka diorang ingat kat aku. Terima kasih banyak untuk mereka. Terima kasih juga untuk kawan2 yang hantar sms ucap tahniah, terima kasih sebab ingat kat aku. Aku panjang2kan leher tengok kalau2 ada kawan2 lain lagi yang ingat kat aku lagi. Hampa, tak ada. Aku rasa memang aku tak ada kawan, kenalan mungkin, tapi tak sampai tahap kawan. Begitulah agaknya. Aku tak salahkan siapa2, sudah begitu keadaannya, kecewa aku datang mungkin pada sebab yang tidak patut. Kenalan2 aku tu waktu itu ramai yang masih dikampung sebab waktu tu cuti semester. Dan mungkin mereka sibuk dengan hal masing2.

Lepas tu aku tergesa2 pulang jubah, kemudian ambil sijil dan transkrip, sebab aku terpaksa tergesa2 pulang dengan mak abah. Begitulah hari bersejarah dalam hidup aku itu berlangsung. Aku pada awalnya memang merasakan majlis ini seperti sia2 dan menyusahkan. Tapi masih mengharap agar berlaku sesuatu yang akan merubah tanggapan awal ini, tapi tidak, “sesuatu” itu tidak terjadi. Bagi aku sudah cukup detik gembira sewaktu aku membuka laman aimsweb melihat slip result terakhir, sambil di sisi aku mak aku yang kemudiannya mencium pipi aku. Dan disebelahnya abah aku, yang tersenyum lebar kerana tidak perlu membayar pulang pinjaman PTPTN.. Rasa puas tu dah cukup untuk aku, sebab aku tidak layak terima lain2 balasan..

Gluttons at Renaissance

Posted by Ikhwan on August 27, 2004

Wuih kenyang siyut! Company bos aku tahun kewangan lepas ni lapat-manyak-untung. Jadi petang ni pukul 6.30-8.30 semua pekerja dijemput memenuhkan tembolok masing2 di Vogue Cafe, Renaissance Hotel. Kebanyakan staff tidak melepaskan peluang menyertai acara ini. Masing2 telah berlatih dengan mengosongkan perut sejak pagi lagi. Pesta makan2 ni aku telah aku bahagikan kepada beberapa pusingan.

Pusingan Pertama

  • Daging ayam campur2 kacang - ayam tu dia dah hancur, pastu dia mampatkan balik campur kacang.
  • Smoked duck breast - dada ye, bukan buahnya.
  • Mushroom - Kulat, rasa mcm mana tak pasti la, sbb dah bercampur2.
  • Sushi - sedap pulak. Last time aku makan tak sedap, sbb sushi murah cap ayam kot
  • Wasabi - ni aku ambik sikit je, ingat nak rasa la. Pedas dia lain mcm.
  • Tiram - Aku nak try jugak, mahhal ni. Member aku cakap makan dia telan je, jgn kunyah nanti rasa nak muntah. Aku telan je, tu pun masih rasa nak muntah. Rasa mcm sushi. Agaknya la, kan aku telan je. Mentah aku rasa benda ni.
  • Kepah - La aku ingat macam tiram, tak payah telan la patutnya tadi. Nasib baik tak tercekik.
  • Udang - Mula2 aku nak ambik tapi memikirkan macam mana la aku nak kopek kulit dia, tak jadi lah.

Pusingan Kedua

  • Spaghetti - Erm ok la, takde la best sangat.
  • Tuna dalam aluminium foil - Oh sedap ni. Ikan tuna kot. Sebab tekstur dia mcm ikan sardin. Kalau tak tuna mungkin salmon.
  • Kentang - Buang masa, aku ingat fishball/meatball.
  • Roast lamb - Tak sedap sgt, takde rempah. Rasa macam sushi pun ada.

Pusingan Ketiga

  • Kek - Fuiyoo sedap. Manis2. Yang masam. Macam2 ada.
  • Buah - Ehemmm. Dragon fruit, strawberry, tembikai, tembikai susu, pic.

Rehat

  • Solat maghrib - Sibuk2 makan jangan lupa solat pulak.

Pusingan Empat

  • Kopi - Dah separuh cawan baru aku perasan ada susu kat tepi aku.
  • Kek - Kek lagi, ada banyak tak try lagi. Banyak betul kek.
  • Sushi - Kan aku dah kata sedap. Ada satu yang ketam tu lagi lazat. Kali ni cicah soy-sauce. Rugi aku dah kenyang.

Pusingan Akhir

  • Kolam renang - Menjamu mata pulak tengok orang berenang. Nasib baik orang berenang dalam air, kalau kat udara mesti lagi best.

Lepas tu aku balik la. Dah kenyang dah. Aku sebenarnya tersilap strategi, tengahhari tadi aku makan. Kalau tak mungkin ada beberapa pusingan lagi kot. Balik ni aku lalu Jln Sultan Ismail - Jln Kuching - Jln Ipoh. Tak pernah lagi lalu jalan ni. Senang je rupanya.

Tolong Urutkan

Posted by Ikhwan on August 25, 2004

*Sigh* makin lama makin susah pulak kerja aku ini. Sekarang ni aku main code yang tahap agak advance jugak ni. Pening kepala ni. Asyik2 error, ataupun tak tau nak buat mcm mana. Penat jelajah web cari solution. Badan aku pun rasa macam sakit2. Sebab duduk tak senonoh atas kerusi ni kot. Ruang bawah meja ni sempit sebab ada laci dengan CPU, jadi ruang utk kaki dah terhad. Badan aku pun berpusing2 la, kejap ke kanan kejap ke kiri.

Seronoknya kalau ada orang urutkan… ahhhhhh… Atas sikit, atas sikit.. Emmmphh sedapnya.. :)

Miss Me?

Posted by Ikhwan on August 20, 2004

Do you? Is there any “you”s there?

Aku tak boleh login ke blogspot sejak post yang lepas! Lama jugak tu rasanya, idea2 utk diblogkan pun dah lupa dah. Some really interesting stuffs has been happening while I’m away. I’ll definitely write it down here later..

And some more good news, I’ve got myself a camera. Jadi tak payah ASCII art lagi :)