Peringatan Melalui Hingus
Aku baru mula selsema. Kepala piau, urat-urat di bawah rahangku benjol. Air dari hidung asyik mahu menitis keluar. Malas hendak ku sapu, aku biarkan sahaja ia dengan kemahuannya. Bila dah puas dia, maka baru aku hapuskan dengan pangkal tapak tangan kiriku.
Baru nak mula demam selsema ni. Dah lama rasanya tak sakit. Oleh itu aku biarkan je. Mak suruh aku makan Panadol, tapi aku tak nak. Nak biarkan je dia baik sendiri. Teringat cerita pasal Saidina Ali (kalau aku tak silap ingat) tentang dia susah hati bila dia dah lama tak sakit. Pelik kan? Orang sihat la gembira, ini tidak. Bila ditanya rupa-rupanya dia sedih sebab dia bimbang Allah dah tak ingat kat dia. Sebab sakit ni peringatan dari Dia, supaya kita ingat balik kat Dia…
Dah lama sungguh tak tulis entry utk blog ni. Entahlah, aku dah lama dihurung sakit *malas* yg tak kunjung kebah. Yelah mentang2 dah abis belajar, aku jadikan ia sebagai alasan untuk lepaaakk.. Ada janji dalam blog yang lepas, aku tak tunaikan lagi. Nantilah ye, tunggu malas tu reda dulu..

