Satu Lagi Koma Kehidupan

Posted by Ikhwan on March 13, 2004

Today should be the last day of the semester. At least it supposed to be. Tapi aku Isnin masih kat sini, kena hantar tesis. Dan member2 aku kena present hari Selasa (mungkin jugak Rabu), jadi kena stay sampai Rabu mungkin. Atau Rabu tu mungkin aku bertolak balik. Hari ni aku kena hantar balik WLAN adapter ni, jadi inilah post terakhir aku dari bilik aku ni yang terletak di Kolej12, UTM.. yang akan aku tinggalkan beberapa hari lagi, sambil mengakhiri zaman persekolahan aku ini. InsyaAllah.. sedih sedih..

Satu lagi koma kehidupan. Koma iaitu tanda “,”. Selalu org sebut “noktah kehidupan”, tapi saat2 mcm ni aku anggapkan sebagai “koma”. Di mana kita berhenti sebentar dan mengukur ayat mcm mana yg kita ingin tuliskan selepas itu. Selepas ini aku kena mencongak apa yg aku nak buat bila berada di alam pekerjaan. Alam yg tak pasti mcm mana nanti. Tapi yg pasti lebih sukar, lebih mencabar kematangan dan kedewasaan.

Sepatutnya hari ini aku nak tulis post yg lain sket dari ini, tapi hari ini sibuk. Hari ini officially ialah hari mengangkut barang. Kiri kanan ada sahaja org mengangkut barang ke hulu ke hilir. Aku tak sempat nak karang, aku kena karang post tersebut supaya jadi supaya “special” sedikit. Jadi nantilah ye, harap tungguuuuu..

Dan aku nak release publicly URL blog ni ke http://www.cakarharimau.com Special for you, my friends, thanks for passing by, and hope you’ll get something from here.. This is me, this is things that I can’t express verbally and physically. This is me inside…

Kangen

Posted by Ikhwan on March 09, 2004

Malam yang menyesakkan. Malam ini aku betul2 tak tenteram. Beban kerja yang banyak tu mula terasa. Penyesalan mengasak-asak benak hati. Kenapa la aku tak buat awal-awal! Amacam skarang?! Patutkah aku melepaskannya saja? Tak patut!!! Aku kena terusss… Aku tak nak menyesal pada masa akan datang. Menyesal yang macam itu bisa buat hidup tak keruan!

Sejuk semacam pulak malam ni, nak demam ke aku ni? Jangaaanlah mintak-mintak. Tolonglah aku hamba-Mu yg lemah ni ya Allah. Minggu kritikal macam ni, kalau sakit memang teruk lah aku nanti. Sejuk-sejuk ni mengingatkan pula aku pada kesejukan malam kat kampung. Aku kalau kat kampung tidur mesti ada selimut, sejukkk. Memang enak tidur macam tu. Aku rindu suasana itu. Rindu kampung aku. Rindu emak aku. Emak, Iwan kangen dengan mak.. Balik nanti aku nak cium tangan mak aku, nak cium pipi dia kiri dan kanan. Apa? Tak boleh ke?

Vocab
- kangen: rindu dalam bahasa jawa.

Seminggu! Bolehkah Aku Lakukannya?!

Posted by Ikhwan on March 08, 2004

Lebih kurang seminggu lagi sebelum semester ini berakhir, dan berakhirnya karier aku sebagai student university. Sedih sedih sedih. Kerja aku banyak dan berlambak, dan dalam masa seminggu inilah aku kena siapkan. Susah susah susah. Dapatkah aku lakukannya? Macam mana? Semangat aku dah down near to the ground. Down sedown down sindrom. Sungguh down. Semua ini aku kena buat sendiri, tak tertolong oleh orang lain. Hanya Allah tempat aku meminta, aku berdoa agar dilindungi dari sifat lemah dan malas. Tolong tolong tolong.

“Allahumma inni auzubika min al-ajzi wa al-kasal”

Choosing Choices

Posted by Ikhwan on March 07, 2004

Choices we choose today,
Will make what we’ll be tomorrow.
As choices we chose yesterday,
Has made what we are today.

So many choices to be chosen,
Yet so heavy is the burden.
Many times we choose the choices,
But sometime the choices choose us…

Sajak ni asalnya aku buat masa lepas SPM dulu, tapi teks asal dah hilang. Aku dah lupa dah bait yang asal, ini aku reka balik, tapi sudah tak sama. Yang dulu lagi bagus rasanya. Ini sajak (bukan poem, sbb hujungnya tak sama) pasal pilihan. Pasal manusia yang dibebani pilihan setiap hari. Pasal pilihan yang terpaksa dipilih secara sedar atau tidak. Pilihan sama ada ingin bangun dari katil atau tidak hari ini? Nak hon ke tidak orang yang potong kita tanpa adab sebentar tadi? Mahu minum petang atau tidak? Mahu tidur pukul berapa? Mahu pergi universiti mana lepas ini? Mahu ambil course apa? Mahu kerja di mana? Pilihan yang menentukan siapa dan apa kita di detik seterusnya.

Aku Tipu

Posted by Ikhwan on March 02, 2004

Kalau ada sesapa pernah dengar aku cakap aku tak rajin study, sukacita aku nak bagitau, AKU TIPU.. Apabila aku bercakap begitu, dan lepas tu pulak aku score, maka aku berharap kekaguman orang lain pada aku akan berlipat-kali ganda. Ini seakan-akan menunjukkan bahawa aku memang power giler. Sebenarnya kini baru aku sedar aku menipu, sebab selama ini perkara itu berlaku pada paras minda bawah sedar aku. Ya, itu agaknya ego. Jadi maafkan aku…