The Battle Is Not Over Yet
“The Battle Is Not Over Yet” satu lagi frasa yg aku tulis dan pinkan kat board kat dinding depa meja aku ni. Kadang aku tulis frasa yg aku kira boleh menaikkan semangat dan pinkan kat situ. Tapi tak naik2 pun semangat aku
Semalam, petang Khamis 19 Feb 2004 hari bersejarah, aku telah berjaya mempresentkan laporan PSM aku dgn penuh bergaya. Tapi masa present tu mmg gelabah gile, sbb aku kurang prepare. Bukan sebab tak sempat, tapi entah kenapa aku rasa mmg malas gile nak prepare. Tapi akhirnya lepas jugak, walaupun mcm ada isi2 yg tertinggal tak sebut. Akhir sekali lecturer siap kata tahniah lagi. Wuih bangga siyut. Ada yang tanya “lepas ni nak jadi apa”? Huh?! Jadi apa? Dia maksudkan nak buat apa lepas ni… Nak ajak aku amik master la tuh.. Ntah la, aku semacam malas la plak nak sambung master ni. Tapi nampak mcm diorang mengharapkan aku amik master je, suruh tolong diorang buat projek la tuh. Perlukah memenuhi harapan diorang tu…?
Dan lagi terserempak pulak member dari alma mater.. fuh skarang kat Ireland amik medic.. borak pasal apa dia study semua, best gak… aku memang minat nak tau cerita luarnegara ni, ye lah nak pegi tapi tak dapat.. tu la apsal ko tak amik sains dulu! terpikit gak aku, kalau aku amik sains dulu ada can gak nak gi oversea.. tapi apa yg aku lalui semua ni adalah pilihan aku, malah sebenarnya takdir dari Allah.. aku yakin ada hikmah.. dan hikmah yg aku nampak pada masa ni ialah KOMPUTER.. kalau aku amik sains mungkin aku tak mengenali komputer seperti apa yg aku kenal sekarang.. satu bidang yg amat menyeronokkan!
btw, rambut pendek aku ni kira ok la gak.. ada org kata hensem lagi macho tuh
Vocab
alma mater
ยท n. the school, college, or university that one once attended.
Haiku Rambut Hodoh
Kupotong rambut,
Rupanya sangat hodoh,
Aku menyesal.
Aku Renung Atas Yang Jauh
Aku renung atas yang jauh,
lupa menjeling yang kiri dan kanan,
tak ingin kupandang yang bawah,
walau hakikatnya perlu kulihat semua..
Mula2 nak buat haiku, tapi tak pandai pulak.. buat sajak ringkas je la.. ni aku letak kat about me dlm friendster… http://www.friendster.com/user.jsp?id=3815169
Dalam mengejar impian dan harapan, kadang aku lupakan dan terlupa lain-lain perkara yang perlu juga aku lakukan.. Dalam mengejar impian dan harapan, aku memang selalu tak mahu ingatkan perkara yang lepas.. Walau pada hakikatnya, mata hati juga sama seperti mata yang dua dikepala tu, kalau nak selamat kena pusing lihat semua…
Thank Allah for His Mercy
Laporan PSM aku akhirnya siap jugak.. gile mlm jumaat hari tu dua bab aku siapkan terus, bab Hasil & Pengujian dgn Kesimpulan.. ada la berbelas page jugak.. dgn siapkan slide sekali.. tu tak kira yg remeh temeh cam bibliografi, lampiran apa semua.. hectic sampai ke siang.. aku tak ingat nak makan pun, fuh.. AlhamduliLlah la, dgn petunjuk Ar-Rahim aku dpt jugak siapkan.. “Ya Allah, berilah petunjuk pada hamba-Mu ini”.. sejak bbrp minggu ni doa ni lah yg aku sering lafazkan.. napa tah? mcm tak kena sgt kan? tapi aku rasa tenang bila sebut lafaz tu..
skarang tunggu mood nak siapkan program plak.. ada nak kena touch-up sket.. kasi power lagi, code aku pun berterabur gile.. nak susun balik.. kerja assignment yg pending pun byk jugak nih.. tak dpt relax la sampai lepas exam.. tapi hari aku ingat nak tgk WordPress, script utk blog yg baru aku jumpa.. nampak menarik.. lepas ni tukar blog la, tanak pakai blog ni lagi..
“Ya Allah, berilah petunjuk pada hamba-Mu yang hina ini”
DTTF: Customer’s Always Right
Pelayan: Ye encik, minum?
Pelnggn: Macam biasa..
Pelayan: Biasa? Err tak pernah nampak encik kat sini pun?
Pelnggn: Biasa kalau makan luar saya minum Milo Ais.
Pelayan: Erm :? Makan?
Pelnggn: Nasi Goreng Daging Kunyit..
:
:
Pelayan: Siap encik..
Pelnggn: Eh ni Nasi Goreng AYAM Kunyit ni, saya mintak DAGING tadi!
Pelayan: Ah tersilap la ni! Errr, kalau encik ambik je boleh tak?
Pelnggn: Eh tak nak, saya nak DAGING!
Pelayan: Erm ok la, tapi lambat sikit la encik, orang ramai ni.
:
:
Pelayan: Siap encik, DAGING Kunyit..
Pelnggn: Erm saya nak AYAM Kunyit.
Pelayan: Eh tadi encik mintak DAGING Kunyit kan?!
Pelnggn: Ye la, tapi sekarang saya nak AYAM..
Pelayan: Erk }:|
Poyor Is Some Sort Of Creativity
Bentang Tugasan 1 Pemikiran Kritis dan Kreatif tadi. Best jugak, aku jadi pembentang sbb idea dari aku. Kitorang kena reka satu produk yg kreatif atau inovatif dlm tugasan ni. Dan kitorang buat apa nak tau? *** CLIPPER-X ***!! apa tuh? Clipper-X ialah satu pengetip kuku yg dapat menyimpan sisa ketipan kuku yg diketip. Inovatif kan? En Azhar my lecturer thinks so. Dia suka. Maknanya markah banyak.. ahaha..
Masa bentang tadi aku begitu selambe sekali, dgn ayat2 lawak separa spontan yg aku luahkan. Selambe..
–”Menggunakan pengetip kuku biasa, sisa kuku yang dipotong bertaburan merata
tempat. Bertaburan seperti pasir ditepian pantai.”
–”Kos untuk membuat prototaip ini adalah murah, hampir 0 ringgit Malaysia kerana
bahan2nya kami kutip dari tong sampah yang berhampiran”
–”Kuku yang dipotong dapat menggelungsur dgn selesa ke kwsn belakang ni”
Lawak tak? Masa aku sebut tu mcm lawak je, semua kelas gelak.. ok la kan.. ramai tu dlm kelas tu, mula2 nervous la gak…
Lepas tu ramai2 undi produk sapa paling best.. kitorang menang! 59 undi tu.. bonus lagi.. mintak2 A la PKK aku ni.. I really need it.. thats it, another job well done.. enough with the rejoicing and we’ll go on with our work.. the dreaded PSMII.. malas aku pun dah kurang sket nih..
Aku Orang Rajin, Aku Tidak Malas
Urrgh aku masih tak dapat nak mengatasi masalah malas ni. Apa kena dengan aku ni! Minggu depan dah nak hantar. Besok la hari terakhir untuk aku siapkan PSM ni. Lusa aku nak tunjuk dgn En. Shah. Aduh apasal ni!
Sifat malas ni macam membran yang menyelubungi aku. Nipis je rasanya tapi bila aku nak pecahkan terasa begitu liat! Dah berapa kali dah aku hampir2 nak pecahkan membran busuk ni, bila sikit lagi nak lepas dia menganjal balik. Bencilah. Aku yang wujudkan membran ni, kenapa aku tak boleh hilangkan! Bodoh! Bodoh! Woi mangkuk, kerja kerja kerja! Rajin!!!!
p/s: Pasanglah wallpaper diatas pada komputer kesayangan anda sebagai bukti anda adalah seorang yang rajin.

