Soar Throat Day
Aku sakit tekak hari ni. Sebenarnya bukan mula hari ni pun, dah 2-3 hari dah sakit tekak. Tapi baru hari ni teruk, siap tukar suara lagi. Eh sebenarnya semalam dah bertukar suara dah, jadi hari ni aku terus meneruskan penukaran suara tersebut. Aku rasa lawatan semalam ada menyumbang sebagai faktor dalam peningkatan kadar kesakitan tekak aku, ye lah kan jalan2 ni penat tekak kering. Sebab tu la kot.
Semalam aku pegi lawatan ke Shapeshifter , satu VR development company. Best jugak tuh. Dia punya produk pun kira byk jugak la, dapat la aku tengok camner suasana real graphic programmer buat keje. Nampak takde la susah sgt, cuma bila dah masuk bab fizik semua kira pening2 la jugak. Yang menariknya, syarikat ni salah satu client dia ialah Brunei punya military, dia buat tank gunner simulator, dgn rocket launcher simulator dgn bbrp benda lagi kot yg tak sempat nak ingat. Lagi ada car driving simulation, yg diguna utk belajar memandu.
Dah habis lawatan ni lega sket hati, lepas satu beban. Tunggu nak membuang beban2 lain yg masih menimbun kat bahu aku yg dah mula sengal2 memikulnya. Lepas ni back to my beloved programming machine and start coding, sambil meneruskan penukaran suara aku kepada yg lebih seksi.
Trackbacks
Use this link to trackback from your own site.

