Regrouping Myself
Berhenti sebentar. Susun semula. Walaupun kerja aku banyak, sekurang2nya sekarang tak macam 2-3 minggu lepas. Kerja bukan aja banyak, tapi *sangat* banyak. Ada satu minggu tu aku kira2 sampai 7 assgnmnt aku kena siapkan! Gile! Satu sehari?! Sampai aku bingung nak buat yang mana! Kejar satu, yang lain keciciran. Tapi aku cuba jugak kejar semuanya. Memang ada yang tercicir tapi aku cuba kutip balik semuanya. Minggu ni aku kira2 banyak jugak yang dah settle. Bolehlah aku menumpukan sepenuhnya pada PSM aku ni, yg dah kira tahap genting highland ni. Dah 3 hari cuti ni, campur cuti tahun baru cina, hari2 aku belasah buat coding utk PSM ni. Buat sekejap, pikir2 solution, lama surf Internet atau main game plak. Camni bila nak siap orang muda oi!
Ntah, aku ni susah sikit la nak fokus. Mcm mana ek? Eh kalau camni susah jugak ni. Aku kena mendisiplinkan diri, tingkatkan motivasi. Benda yang cakap mmg senang, nak buat aduih.. Tapi tak boleh tidak, aku mesti melakukannya! Kalau tak aku jugak akan menyesal tak sudah nanti! Fuh kata aku kepada diri aku sendiri. Target besok dah siapkan program yg aku kena buat. Satu untuk create awan 3D tu dan satu lagi program flight simulator ringkas utk test awan2 tu. Oh btw, tajuk PSM aku Real-Time Cloud Modeling for Flight Simulator, atau dlm bahasa Melayu nya Permodelan Awan Secara Masa Nyata Untuk Simulasi Penerbangan. Erm tapi aku rasa nak tukar sikit tajuk ni. Tukar “modeling” kepada “rendering” sbb lebih banyak teknik utk render, bukan model. Render apa ek dlm BM?
Let Me Just Stay Here, In My Shell
Malam ni ada MSK, Malam Seribu Kenangan, makan malam khas utk seluruh warga kolej 12, selepas anda membayar RM10, dan tanpa rela hati pulak tu. Sebelum ambik kunci bilik masa daftar dulu kena bayar RM10 dulu, utk MSK tu la. Takguna punya kolej, mmg suka ambik duit orang. Damn. Persatuan/perniagaan/kolej kat universiti ni mmg suka amik kesempatan. Paksa org bayar duit. Takguna. Damn. Tak rasa keji ke?!
Dan malam ni la MSK tu. Sebab utama kalau aku nak pegi pun cuma sbb 10 ringgit tu, dah bayar, kalau makan kat kedai tu dua kali tu. Takguna. Damn. Tema malam ni ialah “tribute to KSDS” sbb kebanyakan yg duduk kat kolej12 ni asalnya duduk KSDS dulu. Aku mmg bekas penghuni KSDS, tapi aku tak tergolong dlm org yg nak di”tribute”kan malam ni. Sbb tu utk org yg terlibat dgn program-program semua, yg mmg aku tak pernah nak join sbb byk keje, mana ada masa nak join2 that type of craps. So bukan utk aku, i dont have to go.
Dan duduk la aku kat kerusi pusing2 ni, menghirup mee segera Maggi perisa tom yam. Sambung keje aku buat programming (ni sbb utama aku tak nak pegi). Biarlah diorang suka2, makan2 semua. Things that i can’t afford for right now. Dua++ bulan lagi aku pulak eheh. Sebelum tu terpaksa la aku duduk kat sini, in this shell, where I peacefully live in, doing my things. Hell with those craps…
A Childish Thinking
Thinking like a child. Bad? In a certain way, yes, but not from the way I look at it. Who’s the most creative people? Children! Yes, true.. And thinking creatively in my opinion is the best way to think.
Aku belajar benda2 yg best gak dlm kelas Pemikiran Kreatif dan Kritis. Satu2 kelas yg penah aku masuk yg mengajar cara utk berfikir, perkara pertama yg patut dipelajari sebelum mempelajari pelajaran2 lain. Kita especially Malaysian (melayu!) mmg TAK KREATIF. Uuup, before saying anything please be sure you know what “creative” really means. Kalau ko rasa kreatif tu ialah membuat alat muzik dari anak mancis, please, go learn a little bit more!
Berfikir kreatif ialah berfikir dgn bukan secara konservatif. Menerima sesuatu yg tidak masuk akal, gila, tidak siuman, tak patut, pelik, tak ada orang buat etc, sebagai satu cara utk mendapatkan keputusan, penyelesaian, idea, dan kesimpulan yg boleh dipakai. “Utk mendapatkan” okay, bukan menggunakan terus. Cara ni aku rasa memang baguslah. Aku memang betul2 tertarik.
Okay nak cerita panjang pun aku bukan tau sgt. Cuma nak letak sikit kat sini “Kenapa kanak-kanak kreatif” :
–Perasaan ingin tahu (curious)
–Suka memanipulasi bahasa (language explosion)
–Kebebasan bertindak tanpa rasa takut (uninhibited)
–Merdeka (independent)
–Suka bermain-main (playful)
–Gemar sesuatu yang mencabar (adventerous)
–Terlibat secara aktif dalam apa jua aktiviti (active participant)
I just wanna get back to that time, when my CURIOUSITY is LARGER than my LAZINESS…
DTTF: Masalah Sikit
Lecturer: Apsal kamu lambat ni?
Student : Saya ada masalah sikit masa bangun tidur tadi..
Lecturer: Masalah apa pulak ni?! Bangun2 dah ada masalah?
Student : Saya bangun lambat..
Lecturer: Hmph?!
Student : Bukan tu je encik, lepas tu ada masalah lain pulak..
Lecturer: Apa pulak lagi?!
Student : Motor saya ada masalah sikit..
Lecturer: Apsal? Rosak? Ke tayar pancit?!
Student : Masalahnya saya takde motor..
Lecturer: Hmphh??!!
DTTF stands for **Dialog Tak Tentu Fasal**. Skrip yg aku reka2 bila takde apa2 benda penting nak aku tulis kat blog ni :P
Aku Yang Semakin Jauh
Semakin jauh. Aku dah lama jauh dari waktu itu. Jauh sampai susah nak ingat apa dan siapa. Cuma beberapa lapisan nipis memori yang dapat aku cuba-cuba tampalkan pada ruang ingatan aku ni. Lapisan itu pun entah betul coraknya entah tidak. Sebahagian mungkin ya, dan aku rasa ada yang aku cuba rekakan.
Lapisan-lapisan ni aku cuba lorekkan dari persinggahan aku ke tempat itu. Tempat yang berbeza benar suasananya, tak pernah lagi aku sampai ke tempat lain seperti itu. Suasana yang memang banyak membentuk diri aku yang sekarang ni. Yang natijahnya aku sendiri tak pasti baik atau tidak. Tapi nak kata apa lagi? Tempat itu yang telah aku pilih, atau tempat itu telah yang memilih aku. Tempat yang sungguh megah namanya. Agam sampai kadang tak layak rasanya aku nak sebut. Sebab aku rasa kurang layak, untuk menjadi orang yang pernah sampai ke tempat itu.
Membanding dengan memori lama menyedarkan aku betapa lainnya aku dulu dan sekarang. Memang cukup lain. Dulu yang naif, tapi baik. Sebahagian yang ku cuba hindarkan, yang sukar hendak dihindarkan jika cuma sebahagian. Hingga sebahagian lagi ikut terhindar sama. Sedang pada akal dan iman mengaku ia patut disimpan. Akal dan iman memujuk ia dikembalikan, tapi hati yang makin keras ni cuba menolaknya jua. Entah bila. Bila ia dapat dikembalikan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku tunggu. Mungkin apa dan siapa. Yang dapat membawa aku balik kepada apa dan siapa aku masa dulu itu.
OpenGL: Making a 3D Shaped Clouds of Points
5:44 pagi waktu Malaysia. Malam ni (pagi?) aku tak tido, buat assignmnt Visualisasi Data. Walaupun badan mcm tak sihat sikit, tapi ntah kenapa aku semangat nak stay-up plak ahahah. Dah rasa lalok dah ni. Utk assgnmnt kali ni aku rasa aku dapat solution yg begitu seksi sekali, jadi letak ah kat sini utk sapa2 kalo nak cuba (dan komen) keseksiannya.
Objektif:
–Nak buat satu clouds of points, tapi ada bentuk mcm sphere ke, cube ke, kon ke etc..
Ok the sexy solution:
–Memula buat cloud tu dulu, aku pakai bentuk cube sbg asal bentuk dia sbb senang je, pakai for 3 kali. Hasilnya aku simpn sbg array objek Vertex. Kalu nak gerek lagi bleh aa generate guna noise.
–Pastu kita kena sediakan container. Container ni berbentuk meshes of triangles (atau quads, ikut suka code ko la). Sebenarnya aku load mesh ni dari fail *.raw yg aku guna utk assignmnt yg lepas.
–Utk setiap triangle dlm mesh kira dia punya plane equation, pastu uji setiap point dalam cloud tadi sama ada berada di bawah semua triangle tu atau tak. Kalau ya maknanya dia ada la kat dlm objek container tadi. Tapi sebelum tu pastikan ko punya mesh tu betul normalnya, kalo tak tak jadi la. Tak paham? aku dah agak dah. Semoga ni dpt membantu:
DEFINE CONTAINED_POINTS AS ARRAY
DEFINE IN AS BOOL
FOR ALL POINT IN CLOUD
POINT_IS_IN = TRUE;
FOR ALL TRIANGLE IN MESH
IF TRIANGLE_PLANE_EQ(POINT) > 0
POINT IS OUT OF THE MESH
POINT_IS_IN = FALSE
CONTINUE
END IF
END FOR
PUT POINT IN CONTAINED_POINTS
END FOR
tatau la korang paham ke tak, pseudo-code aku ni pun entah betul ntah tidak.
–Hasilnya, korang kumpul le yg points contained in the container, dan paparkan dia.
Kelemahan:
Tak bleh buat utk object yg concave.
Aku malas nak tulis panjang sebenarnya, sbb belum siap lagi assgnmnt ni pun. Azan subuh baru berkumandang tu. Solat dulu ok. Kalau betul2 nak tau email aku 1khz@cakarharimau.com
Soar Throat Day
Aku sakit tekak hari ni. Sebenarnya bukan mula hari ni pun, dah 2-3 hari dah sakit tekak. Tapi baru hari ni teruk, siap tukar suara lagi. Eh sebenarnya semalam dah bertukar suara dah, jadi hari ni aku terus meneruskan penukaran suara tersebut. Aku rasa lawatan semalam ada menyumbang sebagai faktor dalam peningkatan kadar kesakitan tekak aku, ye lah kan jalan2 ni penat tekak kering. Sebab tu la kot.
Semalam aku pegi lawatan ke Shapeshifter , satu VR development company. Best jugak tuh. Dia punya produk pun kira byk jugak la, dapat la aku tengok camner suasana real graphic programmer buat keje. Nampak takde la susah sgt, cuma bila dah masuk bab fizik semua kira pening2 la jugak. Yang menariknya, syarikat ni salah satu client dia ialah Brunei punya military, dia buat tank gunner simulator, dgn rocket launcher simulator dgn bbrp benda lagi kot yg tak sempat nak ingat. Lagi ada car driving simulation, yg diguna utk belajar memandu.
Dah habis lawatan ni lega sket hati, lepas satu beban. Tunggu nak membuang beban2 lain yg masih menimbun kat bahu aku yg dah mula sengal2 memikulnya. Lepas ni back to my beloved programming machine and start coding, sambil meneruskan penukaran suara aku kepada yg lebih seksi.

